Image

Image

Pages

Thursday, June 30, 2011

happy besday to adly cupak....


salam semua.....

budak kecik adly cupak dah berumur 2 tahun. besday dia sebenarnya awal bulan 6 aritu. disambut dirumah saya. tak sangka tiba-tiba die muncul bersama mak n ayah dia pada hari tersebut. masa tu saya tengah sibuk dengan persiapan nak bertunang so memang tak kemana-mana. saya ingat hari tu besday adly cuma tak sempat nak menjenguk dia.

alhamdulillah dia datang kerumah. walaupun menangis sebab tak mahu dengan kami semua kecuali mak dan ayahnye sahaja, tapi saya tetap happy sebab dapat sambut besday anak buah tunggal saya ni. sekejap jek rasanya dia dah pun berusia 2 tahun. mungkin kerana saya jarang berjumpa dia maka terasa macam sekejap jek masa berlalu.

ni jek gambar yang sempat diambil, tu pun sangat payah sebab sentiasa nak berkepit dengan mak n ayahnya. memang dia taknak dengan orang lain langsung. nak dukung dia memang takdela....




my adly cupak...
ternganga pulak ek.... (^_^)




with his mom...
kusyuk betol nak potong kek adly ni....

maaf kerana tiada hadiah buat adly tahun ini. bajet tiada kerana majlis pertunangan yang hampir dengan besday adly. InsyaAllah ada rezeki nant maksu belikan hadiah untuk adly k. semoga adly membesar dengan sihat dan bahagia dengan keluarga tersayang. semoga adly jadi anak yang soleh. walaupun kita jarang jumpa, tapi maksu sayang adly sangat-sangat..... (^_^)

p.s:  rindu budak kecik ini....

apam polka dot

apam polka dot by venom_0009

apam polka dot, a photo by venom_0009 on Flickr.
nyam nyam...

Tuesday, June 28, 2011

my apam polka dot

salam semua...

baru taip tajuk pun dah rasa macam terliur nak makan benda comel ni. korang tau x apam polka dot ni ape? kompem la tau kan sebab sekarang tengah famous amos apam ni. blogshop yang jual kek, cupcakes, tart etc pun dah mula jual apam ni. seriously sangat comel.

saya jumpa apam ni masa sibuk baca blog resipi-resipi ni tahun lepas. masa tu x famous lagi apam ni. tertarik dengan kecomelannya so terus la ambil resipinya dan try. percubaan pertama tu menjadi jugak tapi apam nyer agak keras sedikit sebab pukul adunan dengan tangan jek. tapi ada la rasa, cuma time tu x bubuh filling apa-apa. maklumla nak cuba jek. 

tu jela first time buat then tiba-tiba nak tunang hari tu, rasa macam nak buat apam comel tu untuk hantaran for en tunang. huhu kelakar pulak panggil camtu. layankan jela. tapi plan hampir tak jadi sebab list barang hantaran dah cukup tujuh. tapi last-last minute tambah jugak apam tu. so total lapan la... (^_^)

so apam untuk hantaran tu adalah percubaan kedua saya. alhamdulillah jadi jugak dan tak keras macam yang first tu. sangat happy sebab apam menjadi. kali ni pakai mesin, dah tak pukul guna tangan lagi. pastu siap letak filling strawberry. nak tengok hasil percubaan kedua saya???




ni la apam dot dot saya...
macam mana?
comel x? (^_^)



just buat satu adunan jek, kesian kat my family sebab dapat rasa sikit sorang jek. tapi mereka kata sangat sedap dan dah boleh bukak bakeri dah. jual online pun boleh. hehe abg amir makan banyak siap mintak buat lagi tapi time tu dah tak larat sebab banyak sangat keje time tu. next time boleh buat lagi sebab mereka suka. en tunang pun cakap sedap. (^_^)

p.s: story abour our engagement akan jadi topik saya buat masa ni....
      hope tak bosan baca.... (^_^)


Monday, June 27, 2011

selamat sudah satu fasa....

salam semua...

alhamdulillah 18 jun 2011 kelmarin, telah berlangsung satu majlis yang sederhana tapi meriah di rumah saya. actually ada dua majlis dalam satu hari. majlis pertunangan saya di sebelah pagi dan kenduri tahlil dan doa selamat di sebelah petang. ahamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. sangat risau jika timbul sebarang masalah pada hari tersebut. so now secara rasminya saya telah bergelar tunangan kepada gmok...(^_^)

for the next entri saya berhajat untuk menukar panggilan gmok kepada en. tunang...boleh kan? walaupun still ada rasa kekok lagi bile nak sebut tunang itu, sebab ada rasa macam meremang bulu roma nak sebut. terasa ada tanggungjawab yang perlu dipikul dengan gelaran itu. but kene biasakan diri.

majlis bermula jam 11 pagi. semua sibuk bertanya nervous or tak, ape perasaan...dan dari malam sebelum tu lagi orang da bertanya. jawapan saya adalah tiada perasaan. secara jujurnya saya lebih risaukan segala persiapan yang perlu diselesaikan. so tak sempat nak rasa nervous. tapi tipu la kalau tak nervous langsung. nervous masa rombongan pihak lelaki da sampai jek... lepas tu dah tak nervous dah. semuanya rasa macam mimpi jek. mimpi indah... (^_^)

saya kongsi sedikit yer gambar di hari kejadian...




waiting...huhu waiting la sangat...
ni lakonan semata la...dah selamat dah time ni.





saat mendebarkan..




bersama gmok dan hantarannya...
semoga ikatan yang terjalin ini kekal hendaknya.
doakan kami tau... (^_^)


p.s: terasa macam skema jek ayat dalam entri ni. kenapa ek?  

 

Cream and Fudge

Cream and Fudge by venom_0009
Cream and Fudge, a photo by venom_0009 on Flickr.

Eaten on her birthday..

Saturday, June 25, 2011

status update...

salam semua...

rasa teruja dapat kembali menaip di blog yang dah bersawang ni. tapi takdela bersawang sangat sebab ade gambar yang tibe-tibe terselit kat bawah tu. perasan tak entri yang cuma ada gambar sahaja tu, bukan saya yang update tapi gmok yang tolong update. tak tahu pun dia update. huhu sejak takde internet ni memang takde masa nak update. thanks to gmok sebab tolong update kan yer.

now ade internet sebab online guna bb n dicucuk kat lappy...macam yang gmok selalu suruh buat tapi malas nak buat. (^-^) finally terbuat jugak. banyak benda nak cite tapi tak tahu nak start macam mana...takpe, nant saya fikir nak start with ape. since gmok da upload gambar our engagement tu, saya akan start dengan cite tu dulu la ek pasni.

p.s: still rasa janggal dengan status baru itu...(^_^)