Image

Image

Pages

Showing posts with label tentang hati. Show all posts
Showing posts with label tentang hati. Show all posts

Friday, June 7, 2013

3 bulan sudah...

salam,

diam tak diam dah nak masuk tiga bulan cuti, Damia Zahra pun dah masuk tiga bulan and maknanya minggu depan saya dah start bekerja semula. sedihnya rasa sebab dah nak kena tinggalkan anak lepas ni. my MIL akan jaga damia starting from next week. sekarang ni tiap kali nak buat rutin harian nak mandikan, susukan tidokan damia mesti rasa sedih jek sebab fikir after this dah tak boleh tengok damia 24/7 lagi. sepanjang cuti bersalin ni saya tak pernah berpisah langsung dengan damia so memang terasa berat sangat nak kena tinggalkan dia. rasa nak berhenti kerja dan jadi surirumah jek so boleh mengadap damia tiap-tiap masa. huhu tapi apakan daya, kita kena teruskan hidup so kena la kerja kan. haha emosi tak stabil betul. tengok anak jek meleleh airmata. asyik risau takut anak lupa kat mama dia. haha ntah pape.

kembali bekerja means kembali stress...haha so rutin baru akan bermula next week. kena bangun lebih awal daripada biasa sebab nak kena siapkan anak sekali. barang-barang anak pun kena readykan jugak.hope boleh datang kerja awal sebab lepas ni en husband yang akan hantar dan ambil saya. dah ada anak takkan nak suruh en husband bawak anak naik motor kan. so tengoklah next week macam mana. saya harap semuanya ok. agaknya kalau rindu anak tiba-tiba boleh tak suruh en husband hantar damia kat opis...huhu

mama harap damia baik-baik jek duduk dengan grandma nanti tau. jangan buat perangai, kesian kat grandma nanti nak kena handle awak. huhu damia dah banyak akal sekarang. kalau orang tak layan dia, mulalah dia menjerit sekuat hati dan pura-pura nangis sampai orang dukung dia. hahaha sangat kelakar bila ingat balik. pandai betol berlakon anak dara mama ni. mama will miss u sayang....jaga diri baik-baik tau nanti... love u...(T_T)


mama love u Damia Zahra


p.s: harap tak nangis masa pergi kerja next week...huhu


DIKNA

Friday, November 23, 2012

Pregnant women memang cepat emo dan sensitif ek?


Salam,

since pregnant ni kan memang saya rasa cepat emo dan sensitif sikit. sikit ke? huhu macam banyak jek... sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak touching, sikit-sikit nak sedih, sikit-sikit nak nangis. tapi bukan dengan semua orang tau, dengan En. husband jek. haha agak mengada-ngada kat situ. selalu jek macam tiba-tiba sedih, pastu nangis sorang-sorang...entah apa-apa ntah... kadang-kadang takde sebab pun. bila en. husband sibuk sikit, takde masa nak layan mulalah fikir bukan-bukan, pastu nak touching...tak tau la kenapa, kene tegur sikit pun nak nangis jugak....nak perhatian lebih kot...gedik betul...huhu

cerita pasal sensitif ni kan, sekarang selalu mimpi pelik-pelik, dah la tidur pun tak berapa lena sebab tak selesa. Ada satu malam tu, macam biasa saya memang tidur awal sekarang, en husband pulak seminggu sekali memang pergi main badminton, balik dah kul 1 2 pagi, so saya memang takde la tunggu dia, x mampu nak tunggu pun, mengantuk betul....then tengah tidur tu saya perasan dia balik, tapi x larat nak bukak mata. saya sambung tidur balik then saya mimpi something, dalam mimpi tu saya memang rasa sedih sangat sampai terjaga pun still terasa sedih tu, macam betul-betul jadi then saya tengok sebelah saya kosong, means en husband tak tidur lagi. saya nak sambung tidur n taknak fikir pun pasal mimpi tu tapi mata ni taknak lelap.

last-last saya tak boleh tahan saya bangun cari en husband, tengok dia tengah buat keje dia, dah pukul 4 lebih masa tu, dia pun terkejut tengok saya cari dia, dia bawak saya masuk bilik suruh sambung tidur, saya tak cakap pun saya mimpi ke apa, saya diam jek, dia suh saya baring, pastu dia selimutkan then die nak keluar sambung buat keje die. mula la saya emo time tu, memang tengah sedih dengan mimpi tu, saya terus nangis teresak-esak x henti-henti. dia dah pelik dah tengok saya, terus dia peluk dan pujuk saya suruh berhenti, tapi saya nangis jugak sampai bengkak la mata ni, dia tanya kenapa? saya x jawab langsung, saya nangis jek sepuas-puas hati. last-last terus tak jadi tidur, tunggu subuh terus, saya pun dah macam nak sesak nafas sebab teruk sangat nangis. beberapa hari lepas tu saya cerita pasal mimpi saya tu kat en husband, dia boleh bantai gelak jek. dia cakap saya ntah pape. Alhamdulillah selepas malam tu, saya takde mimpi yang bukan-bukan lagi. hope dah takde la...mengganggu emosi betul.


p.s: suka sangat wat drama melayu...huhu


DIKNA

Wednesday, February 8, 2012

kita hanya merancang....

salam,

kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan...
selalu kita ucapkan, kita percaya yang sesungguhnya semua yang dirancang tidak semestinya akan berjalan seperti yang diharapkan. qada` dan qadar telah ditentukan. kita sebagai hambaNya haruslah redha dengan apa yang telah ditetapkan.

sesungguhnya setiap ujian yang mendatangi kita itu adalah peringatan buat kita semua. tidak salah merancang, tidak salah mencuba tapi bersedia juga untuk menerima segala risiko yang mungkin berlaku. ketabahan itu perlu dipupuk, redha itu perlu ada. itulah kehidupan...


pic source: here via google image


Ya Allah,
peliharalah kami dari sebarang musibah,
semoga apa yang dirancang berjalan dengan sepatutnya,
murahkanlah rezeki kami,
permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah,
berikanlah kami ketenangan
jika itu yang terbaik buat kami
redhakan lah hati kami....
kau kurniakan lah kebahagiaan buat kami, keluarga kami, sahabat kami...
berikanlah yang terbaik buat mereka....
di dunia dan di akhirat...
sesungguhnya hanya pada Kau tempat kami meminta....
Amin...


p.s: sekadar peringatan dan renungan buat diri sendiri....
      manusia mudah lupa, ujian itu tanda Allah masih sayangkan kita...(^_^)


Friday, August 5, 2011

Dugaan Bertunang...

Salam semua...

Entri ni ditulis sebab sekarang ni asyik dengar kes putus tunang jek. baru aritu khairul fahmi che mat @ apek putus tunang now terbaca ally iskandar pulak putus tunang. sedikit sebanyak tempias jugak la dekat sini. diorang ni tunang baru jek tapi dah putus. macam-macam kes kan. mest korang semua tau kan. kalau tak tau boleh baca kat sini dan juga sini.

Hebat betul yer dugaan bertunang ni. macam-macam punca. tapi respek dengan ally sebab putus secara baik. selesaikan pun secara dewasa. mungkin dah bukan jodoh mereka. kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. kene la terima dengan redha. tapi walau apapun kita sebagai manusia boleh berusaha untuk menyelamatkan relationship tu.


pic source : here


Dah terlanjur baca kes-kes mereka tu, gatal la pergi search pasal dugaan bertunang. banyak rupanya orang post pasal dugaan bertunang ni. ada macam-macam kes, macam-macam dugaan. agak menyeramkan jugakla baca. dah kita pun termasuk dalam kategori orang bertunangkan. actually dari zaman sekolah dulu saya memang fobia dengan ikatan tunang ni. ntah la, maybe sebab banyak sangat dengar cerita yang -ve kan. sampai saya selalu bitau kawan-kawan yang saya tanak bertunang, nak kawin jek terus. memang x pernah berangan nak bertunang pun. sebab tu ramai yang terkejut bila saya cakap nak bertunang hari tu. tapi dah memang ditakdirkan untuk saya bertunang, maka disini la saya ketika ini. (^_^)

Alhamdulillah setakat ni kami okey. memang takde la perkara yang menyebabkan gado besar. kalau gado manja sikit-sikit tu ada la. tapi sama macam post-post yang saya baca, masa bertunang ni hati ni memang sangat sensitif la. sikit-sikit nak mara, nak merajuk. ada jek yang tak kena. bukan encik tunang tapi saya la yang bermasalah tu. macam PMS jek tiap-tiap ari. baru sebulan lebih jek. bukan tu jek, airmata ni pun murah jek nak turun. hati kecik betul. kenapa macam tu yer?? kalau terasa tu mulalah rasa yang bukan-bukan, dia dah tak sayang la, pentingkan benda lain la, ada orang lain la, dah menyampah la. entah apa-apa yang terlintas. nasib baik la still boleh berfikir dengan waras lagi lepas tu. nasib baik jugak la encik tunang saya tu penyabar orang nya. kalau nak ikut perangai saya yang tak sabar ni memang lagi huru-hara la jadinya.

Tapi saya sedar la yang perangai saya ni sangat terok sebab sensitif sangat tapi memang tak boleh nak dielakkan. tiba-tiba jek memang akan macam tu. or memang perangai saya macam tu ek. haha hanya encik tunang jek la yang tau. mungkin tu semua dugaan. terima kasih to encik tunang yang sabar melayan. sori sebab selalu menyusahkan. apepun saya hope hubungan ni berkekalan hendakNya. Aminnn... (^_^)


"Relationship last long because two people made a choice:
To KEEP it, FIGHT for it, and WORK for it."
quotes from TheNotebook


Sunday, July 31, 2011

I love U..




"I don't say "I LOVE YOU" out of habit. I say it to remind you that you're the best thing that's ever happened to me."


Monday, July 11, 2011

i wish...





" i'm going to smile like nothing is wrong, 
talk like everything is perfect, 
act like it's all a dream 
and pretend like it's not hurting me..."


p.s: i wish i can... 





Monday, January 3, 2011

one step ahead....

amaran awal, entri ini ditulis hanya untuk membebel melepas gian nak update entri sebab sudah tidak berkesempatan untuk menaip seperti selalu.

rindu zaman belajar...serius. hari ni tengok kanak-kanak dah kembali ke sekolah, student dah kembali ke uni masing-masing...masa lunch tadi tengok gelagat student upm, teringat kembali zaman study dulu. happy jek, tak perlu fikir apa-apa. just fikir pergi kelas, wat asignment, study dan exam. bahagianya hidup. dulu tak sabar-sabar nak habiskan study. nak kerja. maklumlah, tengok kawan-kawan dah bekerjaya, ada duit sendiri, boleh berbelanja sesuka hati. kita pulak masih harapkan duit pinjaman, biasiswa, duit pama kan. semua macam terbatas jek. dalam hati selalu jeles dengan kawan yang bekerjaya. bila nak hangout sama-sama pun macam segan jek. serius itu apa yang pernah saya rasa dulu....

now setelah hampir setengah tahun menamatkan status pelajar tu, menjadi penanam anggur tegar selama 6 bulan, dan akhirnya dapat la jugak kerja. masa proses mencari kerja tu, rasa rindu untuk belajar kembali macam makin tebal jek bila memikirkan sangat susah untuk mendapatkan kerja. macam lecturer selalu cakap dulu, alam study dan alam kerja adalah dua perkara yang sangat berbeza. bila tengok kawan-kawan sambung study, rasa sangat jeles, hati ni rasa tergerak jugak nak sambung tapi bila memikirkan jangka panjang tu kene batalkan dulu niat suci murni tu. nant la bila dah stabil baru kita fikir balik bab study tu.

hari tu terjumpa classmate masa study dulu, masing-masing bercerita perkembangan classmate kami yang lain dan diri sendiri. masing-masing mengeluh susah nak dapat kerja yang betul-betul sesuai dengan kelulusan kita. semuanya kene bermula dari bawah. kadang-kadang terasa apa yang diusahakan selama ni macam tidak berbaloi langsung. if kene start dari bawah, better kalau takyah smbg study then start from bawah terus. pasti dah ada keje yang stabil sekarang. serius, benda tu asyik berlegar-legar difikiran. tapi apapun, saya bersyukur dengan apa yang diberikan pada saya sekarang ini. kalau ada rezeki tidak kemana kan. yang penting adalah usaha dan tawakal. mungkin belum sampai rezeki saya lagi. apapun, apa yang telah ada di dalam tangan sekarang perlu dijaga sebaiknya. itu jek yang mampu untuk dilakukan sekarang.

bercakap begini bukan bermaksud saya tidak suka dengan apa yang saya dapat sekarang.. saya suka kerja saya. ia beribu kali lebih baik daripada menjadi penanam anggur tegar. serius saya gembira sebab saya sudah mampu memberi jawapan saya bekerja bila orang bertanya apa yang saya lakukan sekarang. kalau dari pandangan peribadi, saya lebih suka bermula dari bawah, sebab saya boleh belajar dari perkara yang asas. itu bagi saya. tapi pandangan dan pendapat orang lain mungkin berlainan. but untuk kali ini, pedulik apa orang kata, ini hidup saya. so up to me la nak wat apa kan. pekakkan telinga saja. janji ada kerja. dari takde pape. terima kasih Ya Allah kerana memberi rezeki ini kepada saya.

oh yer, bercakap pasal azam baru. azam tahun lepas tu kita bawak la ke tahun ini sebab masih belum tercapai. semoga tahun ini azam itu bakal tercapai hendaknya. mari berusaha mencapai azam masing-masing yer...(^_^)

"All I want is someone who will stay,
no matter how hard it is to be with me..."
source: tumblr

p.s: hanya apa yang bermain di fikiran...
      bak kata gmok, "susah cari duit"...(^_^)

usaha tangga kejayaan

Friday, November 5, 2010

izinkan diriku meluahkan rasa...ayat nak bajet jiwang karat jek....huhu

dah lama betol tak main badminton, rasa lepu pulak malam ni...tangan dah mula rasa lenguh, rasa penat dan rasa mengantok...teruk betol stamina aku sekarang..tadi baru main sekejap pun dah termengah-mengah pastu sejam lepas tu teros sakit kepala...ape kejadahnya sakit kepala bagai...tu la akibatnya kalau dah lama tak bersenam aka bersukan ni..dah bapa lama stop main badminton? ada la dua bulan rasanye...dari puasa sampai dah nak raya haji pulak...ni pun kepala weng weng lagi... pastu stamina takde tu da satu hal, skill pulak dah kelaut...hahaha macam orang tak reti main pun ada dah....ntah ape-ape ntah...terok betol aku ni....kata sesi meluah rasa kan, takkan tu jek, hambek ko aku bagi panjang berjela kat bawah ni, selamat membaca...hehe

aku lepu sangat ni da lama tak main badminton...huhu
pic source: google la...

kehidupan aku sangat la tidak terurus sekarang...apa la nasib badan...tanam anggur dah dekat setengah tahun...eh tak sampai, tolak keje banci dua bulan, baru 4 bulan la kirenye...bley ek macam tu...ahh layan jela...huhu seronok ke?? seronok ape kalau dah keje ko makan tido jek...paling tertekan bila duit dah licin licau...giler sengkek la aku sekarang...selama aku abes blaja ni la saat paling sengkek yg pernah aku rasa...kadang-kadang rasa nak nangis tu...bukan kadang-kadang...hampir setiap hari...tapi hidup mest senyum yer semua...nak nangis, melalak, tergolek, terkangkang skali pun, itu ko duk sorang-sorang ko buat la ape yg ko patut wat tu...apasal aku tanam anggur lagi? sebab aku degil, nak tunggu kerja gomen jek...yg swasta tanak so padan la muka aku...tunggu la sampai lebam disitu...ko ingat senang nak dapat keje...haha gelakkan diri sendiri...(T_T)


plez plez plez, bagi aku keje
aku merayu...(T_T)
pic source: google lagi

kerana aku sudah bosan tahap ini

bosan dah sama jek ngan kucing hidung penyek aku ni
btw, nama dia ni peyeyen...huhu

Ya Allah, tabah kan la hatiku...semoga ada rezeki aku nanti...aminnnn....yang penting kene rajin usaha dan jangan putus asa kan....kalau ada rezeki tak kemana...sila bertabah wahai dikna...actually aku da tahap bosan dah duduk rumah jek...nak sambung study?? wang nyer ngak ada, nak sambung pakai ape? air liur? huhu air liur laku tak? hahaha kepala dah mereng...balik-balik layan facebook...muka aku pun dah macam facebook...pastu tengok movie, pastu main ngan kucing, oh yer, ada hiburan baru sekarang...mak baru beli sepasang anak angsa untuk jadi haiwan ternakan yang baru...haha sangat cute...nanti aku update pasal mereka ek...

inilah anak angsa baru saya...
kenalkan kiki dan lala..haha main petik jek nama dia
mana ada nama lagi budak dua ekor ni...

sekarang pagi petang siang malam boleh dengar suara ayam, suara angsa yang sangat "merdu" itu, dan jugak suara kucing yang berlambak itu dan kadang-kadang ditambah dengan suara beruk yang datang bertandang mencari makanan...banyak hiburan kat rumah sebenarnya...seriously dah macam di kampung yang sebenar...saya suka rumah saya...huhu paling seronok dengar suara angsa la...sangat bising...dan merdu giler...huhu korang tau tak bunyi angsa?? taktau boleh datang umah aku kiter dengar sama-sama...hehe

sudah-sudah la membebel...nak luah benda lain tiba-tiba excited cite pasal binatang ternakan kat rumah pulak...lain kali aku sambung lagi...kepala dah sangat pening, so mahu beradu dulu...bubye semua..(^_^)

p.s: cuti umum ke, hari biasa ke, weekend ke
      semua dah sama jek bagi aku....sadis sungguh..(T_T)

aku yang sudah mereng

Thursday, July 8, 2010

apakah rasa itu.....

hai semua....edisi sedih tapi bangga dah lepas....yang ni edisi membebel soal hati pulak ek....pagi-pagi ni memang emosi sayu jek la....mata taknak lelap jugak....lagi-lagi lepas apa yang aku tengok tadi....whatever la....malas nak memikirkan pun....tapi maklum la...hati ni hancur dan luluh kerana mu macam lagu ella tu kan...kat sini jela aku nak luahkan ape pun.....

hati ni dah hancur luluh tapi hati ni tak sampai hati nak hancur luluh kan hati orang balik.....wah...bahasa tunggang terbalik ape yang aku pakai ni...apa-apa la....malas nak cakap....setiap kali nak buat, dalam hati berfikir berpuluh-puluh kali....dia akan lebih sakit hati jika aku buat macam tu...so tak jadi nak buat....last-last kesimpulannya....hati ni jek la yang hancur dan luluh.....kita gunakan bahasa jiwa-jiwa dan berkias sikit yer...pelik jugak la sebab aku macam "baik" sikit kali ni....sifat kejam dah hilang pulak...bertuah la orang itu....tapi sebenarnya ada something yang buat aku tak jadi buat apa aku nak buat....hanya kata-kata ini jek....

"a smart person will ignore something stupid like that"

lebih kurang macam tu la kot maksud dia....yang aku paham dari ape someone ni beritahu aku....thanks yer....nasihat, tunjuk ajar dan juga bebelan beliau banyak sangat bantu aku untuk jadi orang yang lebih matang dalam buat sesuatu perkara tu....u know who u are...no need la aku mention nama dia disini...terima kasih banyak-banyak....now aku rasa lebih tenang dan lebih yakin dengan apa yang aku buat....(^_^)

p.s: hancur dan luluh kalau orang tu orang yang kita sayang dan percaya kan....

p.s lagi: rasa nak buat sotong goreng tepung dah tadi....
            bila ramalan sotong ni nak salah.....(^_^)

aku yang hancur luluh

Wednesday, June 16, 2010

sekadar gurauan atau kejian???

hai semua...yang ini entri meluahkan rasa hati...dunno why la aku sensitif sangat...tapi hati ini sangat terasa dan a bit sedih bila teringat kembali ayat-ayat itu...aku sendiri tak tau itu hanya gurauan atau perli atau kejian...bak kata orang, nak bergurau pun ada had nya dan ada orang-orang nya yang tertentu kalau nak bergurau sekasar itu...but for me dia bukan orang yang layak untuk mengeluarkan kata-kata seperti itu...

cerita bermula bila aku upload gambar...dimana?? tak perlu la aku sebutkan...komen beliau hanya statement biasa dan aku hanya mengiakan kerana aku sendiri sedar kot diri aku macam mane...ok fine...aku ingat tamat disitu..but after that untuk hari istimewa aku die jadi orang yang turut wish..terima kasih untuk itu tapi sangat terasa dengan ayat selepas itu dan gambar itu...perlu ke untuk disebut lagi sekali??? dengan gambar yang begitu terang-terangan menghina??? aku tak paham ape yang cuba disampaikan...sangat la terasa...aku tau dia cantik, cun, kurus slim tapi tak perlu kot buat statement macam tu...itu menghina namanya...yes, kita memang kawan...but aku rasa fizikal seseorang tak perlu la dipertikaikan...so what kalau aku macam ni??? malu ke nak ngaku ko kawan aku?? bukan kita selalu jumpa pun...series aku tak paham la ape tujuan statement itu...

aku tak boleh terima la statement begitu..even bf aku sendiri pun tak pernah nak pertikaikan ape-ape...aku rasa kalau bab macam tu dia lagi layak kot nak tegur macam tu...sebab die yang jalan dengan aku, die yang banyak kaitan dengan aku, malu la kalau aku macam ni...boleh la diterima akal lagi tapi die tak kisah langsung pun..tak pernah pun bagi aku statement macam tu...tetibe ko pulak yang terlebey kisah?? ape ke hal nye??? tak paham aku manusia ni...bersyukur la dengan apa yang ko dah ada...tak perlu la nak pertikaikan keadaan orang lain....ini hidup aku..terpulang pada aku la nak jadi lidi or nak jadi kayu balak...yang penting aku tak kaco orang dan aku bahagia dengan hidup aku...tu dah cukup kot...

kucing ini gemok...aku rasa die comel
maknanya die cukup makan dan hidup bahagia...
macam aku jugak...
tu pun salah ke???

aku tak kisah kalau yang tegur tu orang yang rapat giler dengan aku...series aku tak kisah..memang selalu jadi bahan gurauan teman-teman rapat dan family aku..aku tak terasa pun tapi tak boleh terima bila benda tu keluar dari orang yang tak berapa nak rapat dan bertahun pulak tak jumpa...ia buat aku berfikir kenapa statement begitu perlu keluar dari die??? apa masalahnya kalau aku gemok pun?? aku susahkan hidup ko ke??? entahla...malas aku nak fikir...apepun terima kasih untuk semua itu..semoga satu hari nanti ko dapat "pujian" yang setimpal...(^_^)

p.s: thanks gmok kerana menerima aku seadanya..
      sangat terharu bila dia berikan kata-kata itu
      bila aku mengadu tentang ini...(^_^)


aku yang terasa

Monday, May 24, 2010

maksudnya macam ni....

hai semua...
jom membebel edisi soal hati ek
pompuan ni susah sgt ke nak difahami ek???
bila die cakap A maksud die C ke ek??

dunno why pompuan ni suka kias-kias
kadang-kadang laki pening sebab
pompuan tak cakap apa yang die nak
dah kalau cakap tak, dalam hati sebenarnya ya
tak ke pening macam tu
mana la lelaki tau dalam ati cakap ape
takkan nak belah dada, x-ray hati macam cite P.Ramlee kan

aku pun kadang-kadang macam tu jugak
dah lumrah pompuan memang macam tu...huhu
so lelaki kenalah faham maksud tersirat di sebalik kata-kata pompuan tu
macam wat soalan rumusan masa SPM dulu kan
ada isi tersurat dan tersirat..
(tetibe ingat paper BM pulak...huhu)


goggle image...

maybe sumtime bercakap apa yang kite nak tu macam 
tak sedap didengar kot
so kias-kias la skit
dengan harapan dorang ni faham la
tapi siyes tak faham nyer
so kesimpulannya...
cakap jela terus-terang apa kita nak cakap
whether its bad or good
dari ko kias-kias pastu sampai lebam dorang tak faham

apa la tetibe membebel bab macam ni
huhu...tetibe terasa macam kadang-kadang
apa yang aku maksudkan tu tak sampai
kepada orang yang mendengar
maksud die jadi lain pulak....
aku still berkias-kias ke????
kadang-kadang rasa dah cakap dah apa nak cakap
pening nak memahami diri sendiri...huhu

google image

teringat cite the ugly truth pulak tetibe
bes tau cite tu...yang belum tengok tu gi la tengok k...
(promote pulak da...hehe)

dah la membebel untuk kali ini
nak bersiap-siap pergi main badminton malam ni
tetibe rutin sehari seminggu da jadi dua kali seminggu pulak...
bersukan baik untuk kesihatan kan
so majulah sukan untuk negara...(^_^)

p.s: malam ni nak minum milo ais di maulana selepas bersukan
      sedap beb milo die, lemak, pekat, berkrim dan disukai ramai...huhu

aku yang tak faham

Thursday, May 20, 2010

bila aku kena marah....

PERHATIAN: entri ini adalah membosankan...pada yang tidak mahu tidur di pertengahan jalan, sila jangan baca entri ini..(^_^)


Hello semua...entri ni kite serius sikit ek. Label pun tentang hati kan...tajuk pun bila aku kena marah.so ini memang serius. aku kena mara malam semalam. bukan kena marah sangat la, tapi ditegur. ape masalahnya kalau ditegur kan?? semua orang kan buat silap dan pasti ditegur betul tak? tujuannya baik, supaya kita sedar salah kita pastu kita ubah apa yang tak betul kan.....

Yer betul, aku setuju dengan niat yang baik tu. tapi aku ni bukan manusia yang senang menerima teguran ni. maklumlah anak bongsu kan manja sikit. kena mara sikit merajuk, takleh ditegur langsung. memang buruk perangai betul. aku mengaku aku ni memang selalu kalau ditegur aku menjawab. orang marah aku, aku marah balik. teruk betol perangai aku ni...tapi if aku betul-betul salah aku mengaku la dan mintak maaf....yeke?? tapi ade jugak macam tu....kalau tak nant ade rasa bersalah pulak bersarang dalam hati ni...so kepada sesiapa yang pernah terasa hati ke or aku ada wat salah ke aku mintak maaf tau....kadang-kadang kite tak sengaja menyakitkan hati orang lain tanpa sedar kan...

Berbalik kepada cerita kena marah tu....tak perlulah aku sebutkan nama orang yang marah aku tu..dia tau siapa dia. walaupun nada die marah tu bukan marah sebenarnya...just cakap dan bertanya sambil gelak-gelak...dunno why aku rasa benda tu hurt sangat. tiba-tiba rasa macam bangun dari mimpi pulak....sambil aku kene marah aka tegur tu, aku diam seribu bahasa...dunno nak jawab ape....dalam hati ni duk berfikir adakah aku ni seteruk itu?? annoying begitu?? seriously aku tak perasan yang aku sudah mendatangkan kemarahan kepada orang tersebut...im so sorry to behave like that...seriously i dont realize it....aku lupa dulu aku tak macam tu...lupa sangat...tapi memang makan dalam betul teguran tu...:'(

Mungkin keadaan dan situasi yang berbeza yang mengubah aku jadi begitu...penat dah fikir...tak faham kenapa aku jadi macam tu...terngiang-ngiang lagi ayat pedas yang ditepek tepat kat muka aku..sampai rasa tak mampu nak pandang muka dia lagi...tak pernah kot kena tegur sampai macam tu...airmata ni dah nak tumpah dah...ditahan sebaik mungkin...aku dah janji dengan diri sendiri aku takkan nangis depan dia lagi...never ever...setakat ni aku masih berjaya lagi...susah betul kan...orang selalu cakap, orang lembut selalunya hati die keras, tapi orang keras n kasar macam aku ni hati die lembut...serius aku setuju...

Tujuan aku tulis ni bukan nak memalukan diri sendiri sebab kena mara or sebab berperangai buruk...tapi nak remind myself untuk jangan buat macam tu lagi...dan jugak nak bitau kat orang berkenaan jika dia baca la blog ni and especially entri ni...the real situation on my behalf..susah kot nak bitau benda ni face to face...sebab tu aku diam jek...bukan marah..tapi menyedari kesilapan sendiri...so if dia baca ni im so sorry ok...i will try not to do that things again...i will try to be more understanding and tak nak buat perangai kanak-kanak tidak matang itu lagi...susah kot nak ubah perangai buruk tu...tapi aku cuba la mana yang termampu...sorry n sorry again....

p.s: sangat lega rasanya sekarang dapat cakap apa nak cakap
       bila kita salah kita kena mengaku salah kita kan...
       mari bersama-sama berubah untuk menjadi lebih baik...

p.s lagi skali: kan dah cakap ni entri bosan...
                    sudah menyesal sebab baca dan tertido kan...(^_^)

aku yang bersalah

Saturday, April 24, 2010

what if...

lately ni tangan i ni gatal sangat nak menulis jek
rasa nak penuhkan blog ni
rasa nak cantikkan lagi blog ni
(da cantik ke????)

pasal entri geram td...
sorila terkeluar bahasa yang agak kasar
kalau saya marah memang macam itu la jadinya
tapi saya still marah lagi dengan orang tersebut
tapi xpela, saya percaya mereka mampu mengatasinya
kita dah cukup besar dan matang untuk berfikirkan
tiada masalah yang tidak mampu diselesaikan

after saya marah-marah tadi
i keep thinking what if....
what if keadaan itu berada in my shoes
yes, what if kalau saya adalah perempuan itu
saya memang suka fikir benda macam ni
macam mana jika saya berada pada keadaan itu
saya suka fikir keadaan yang tidak menyenangkan ni
selalu terfikir dan fikir lagi dan lagi
sampai saya bosan sebab tak dapat jawapan
walaupun saya tahu jika saya tanya kepada yang berkenaan
ia hanya akan mengundang pergaduhan jek
yela kan, benda takde pape jadikan ada pape
marah la orang....

i know la tp i ni asyik nak terfikir jek
saya jugak suka nak fikir kalau la mcm ni
kalau la macam tu
macam mana kalau tetibe jadi macam ni
kalau semua berubah
dah x macam sekarang
walaupun hakikatnya semuanya dalam keadaaan baik jek
ape la yang saya merepek ni
sila jangan pening
saya hanya tulis apa yang saya rasa

ada lagi satu yang saya keep fikir
ada orang2 yang always said that my life ni easy
saya dapat apa yang saya nak
takde dugaan yang berat-berat
takde kecewa-kecewa or frust menonggeng
pendek kata life saya ni bahagia la
semuanya berjalan dengan lancar dan selesa
macam laluan highway yang tak banyak liku dan halangan tu
macam tu la hidup saya diibaratkan oleh
orang-orang yang dekat dengan saya

betul ke apa yang orang tengok tu???
betul ke my life ni easy sangat
u know what..
saya jadi takut bile orang cakap macam tu
takut la, mana ada manusia yang hidup die senang jek
maybe Allah belum menguji saya
or maybe saya ni bukan orang yang tabah nak lalui dugaan berat-berat ni
my mom selalu cakap yang Allah akan menguji hambaNya
jika hambaNya itu kuat untuk menghadapi dugaan tersebut
mungkin saya belum cukup kuat kan
apapun saya bersyukur dengan hidup saya sekarang
saya x rasa pun my life sangat easy
cuma mungkin tidak la sangat susah macam hidup orang lain
mungkin kan...semua orang kan ada masalah dan dugaan masing-masing
tapi walau apepun yang orang cakap
saya sangat berharap dan berdoa
semoga my life akan terus jadi seperti highway...(^_^)

ni entri jiwa-jiwa skit la
x salah kan sesekali nak muhasabah diri sikit
biar saya ni lebih menghargai hidup saya
asyik happy jek pun xboleh jugak
sesekali kene la ade rasa susah sikit
baru la kite jadi manusia yang lebih matang
macam orang dewasa la plak
(abes ko ingat ko kanak-kanak lagi ke)

to people yang cakap my life ni easy
terima kasih kerana rasa macam tu
hope my life memang easy macam apa yang mereka lihat dan
saya harap sangat hidup orang-orang yang saya sayang
akan dipermudahkan dan semoga mereka bahagia dan gembira selalu
semoga apa yang mereka hajati akan jadi kenyataan....Aminnnn...

p.s: rasa lebih tenang bila da tulis apa kita nak tulis kan...
      terima kasih la sebab sudi baca luahan hati kecik saya ni...(^_^)

aku yang punya hati