amaran awal, entri ini ditulis hanya untuk membebel melepas gian nak update entri sebab sudah tidak berkesempatan untuk menaip seperti selalu.
rindu zaman belajar...serius. hari ni tengok kanak-kanak dah kembali ke sekolah, student dah kembali ke uni masing-masing...masa lunch tadi tengok gelagat student upm, teringat kembali zaman study dulu. happy jek, tak perlu fikir apa-apa. just fikir pergi kelas, wat asignment, study dan exam. bahagianya hidup. dulu tak sabar-sabar nak habiskan study. nak kerja. maklumlah, tengok kawan-kawan dah bekerjaya, ada duit sendiri, boleh berbelanja sesuka hati. kita pulak masih harapkan duit pinjaman, biasiswa, duit pama kan. semua macam terbatas jek. dalam hati selalu jeles dengan kawan yang bekerjaya. bila nak hangout sama-sama pun macam segan jek. serius itu apa yang pernah saya rasa dulu....
now setelah hampir setengah tahun menamatkan status pelajar tu, menjadi penanam anggur tegar selama 6 bulan, dan akhirnya dapat la jugak kerja. masa proses mencari kerja tu, rasa rindu untuk belajar kembali macam makin tebal jek bila memikirkan sangat susah untuk mendapatkan kerja. macam lecturer selalu cakap dulu, alam study dan alam kerja adalah dua perkara yang sangat berbeza. bila tengok kawan-kawan sambung study, rasa sangat jeles, hati ni rasa tergerak jugak nak sambung tapi bila memikirkan jangka panjang tu kene batalkan dulu niat suci murni tu. nant la bila dah stabil baru kita fikir balik bab study tu.
hari tu terjumpa classmate masa study dulu, masing-masing bercerita perkembangan classmate kami yang lain dan diri sendiri. masing-masing mengeluh susah nak dapat kerja yang betul-betul sesuai dengan kelulusan kita. semuanya kene bermula dari bawah. kadang-kadang terasa apa yang diusahakan selama ni macam tidak berbaloi langsung. if kene start dari bawah, better kalau takyah smbg study then start from bawah terus. pasti dah ada keje yang stabil sekarang. serius, benda tu asyik berlegar-legar difikiran. tapi apapun, saya bersyukur dengan apa yang diberikan pada saya sekarang ini. kalau ada rezeki tidak kemana kan. yang penting adalah usaha dan tawakal. mungkin belum sampai rezeki saya lagi. apapun, apa yang telah ada di dalam tangan sekarang perlu dijaga sebaiknya. itu jek yang mampu untuk dilakukan sekarang.
bercakap begini bukan bermaksud saya tidak suka dengan apa yang saya dapat sekarang.. saya suka kerja saya. ia beribu kali lebih baik daripada menjadi penanam anggur tegar. serius saya gembira sebab saya sudah mampu memberi jawapan saya bekerja bila orang bertanya apa yang saya lakukan sekarang. kalau dari pandangan peribadi, saya lebih suka bermula dari bawah, sebab saya boleh belajar dari perkara yang asas. itu bagi saya. tapi pandangan dan pendapat orang lain mungkin berlainan. but untuk kali ini, pedulik apa orang kata, ini hidup saya. so up to me la nak wat apa kan. pekakkan telinga saja. janji ada kerja. dari takde pape. terima kasih Ya Allah kerana memberi rezeki ini kepada saya.

oh yer, bercakap pasal azam baru. azam tahun lepas tu kita bawak la ke tahun ini sebab masih belum tercapai. semoga tahun ini azam itu bakal tercapai hendaknya. mari berusaha mencapai azam masing-masing yer...(^_^)
"All I want is someone who will stay,
no matter how hard it is to be with me..."
source: tumblr
p.s: hanya apa yang bermain di fikiran...
bak kata gmok, "susah cari duit"...(^_^)
usaha tangga kejayaan
No comments:
Post a Comment