Image

Image

Pages

Showing posts with label being a mom. Show all posts
Showing posts with label being a mom. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

Aktiviti hujung minggu bersama yang tersayang...

Salam,

Hai semua, saya kembali lagi...Damia dah tidur so boleh la nak buat entri baru. Kali ni nak kongsi cerita hujung minggu bersama keluarga kecil saya. Selain dari menziarah rumah ibu saya dan juga mertua saya setiap hujung minggu, ada jugak aktiviti memenuhi undangan kenduri kawin, kami juga akan menghabiskan masa bersama-sama bawak Damia beriadah, bermain-main dan berjalan-jalan.

 Masa ni kami beriadah di dataran Putrajaya, Damia leka tengok air tasik. memang tenang sangat suasana kat sini. Tapi Damia sibuk kutip batu-batu kecil sepanjang jalan. Kalau pergi Taman Putra Perdana, Putrajaya pulak dia suka kutip daun-daun yang gugur sepanjang jalan tu... huhu macam-macam aktiviti diva kecil ni. Terhibur tengok telatah si kecik ni.

 Ni pulak memang rutin papa dia kalau Damia dah penat nak berjalan or dah sibuk duduk kat jalan tu, memang camni la jadinya, si kecik tu pun bukan main suka lagi bila naik atas papa die. Mama dia pulak sibuk terjerit-jerit suruh papa dia hati-hati, takut anak jatuh, terlepas. Risau mak mak ni memang camni kan....huhu

Ni baru balik kenduri tu yang saya dengan baju kurung beriadah petang-petang. Bagus jugak aktiviti macam ni, at least ada jugak la keluar peluh berjalan dengan mengejar si kecik ni. ni Damia baru jalan, belum mula berlari lagi. kalau dah lari mesti lagi ligat. Damia dah masuk 1 tahun 2 bulan dah. Sekejap betul masa berlalu....

Oh yer, nak kongsi jugak kalau nak bawak anak main boleh pergi taman putra perdana. kat situ tak ramai orang sangat berbanding dataran putrajaya yang sesak nak parking pun susah. lagipun bahaya bawak anak baru pandai jalan main kat tengah dataran tu sebab banyak orang main kereta mini tu, basikal dan macam-macam lagi. takut terlanggar jek.

Taman Putra Perdana tu terletak dekat tengah-tengah bulatan besar putrajaya tu, berhadapan dengan Shangri-la Hotel Putrajaya. Taman tu ada track joging yang sangan besar dan luas, parking yang banyak, ada toilet dan vending machine dan ada playground untuk anak-anak. So memang selesa dan sesuai nak bawak anak jalan-jalan. Kalau nak tengok sunset pun cantik kat taman ni. Tapi kami takdela tengok sunset, kang Damia habis kena gigit nyamuk dekat-dekat magrib tak balik lagi.

So sape-sape yang takde idea nak bawak anak main-main boleh la datang sini. Macam takde taman kat rumah jek kan, huhu selalu memang putrajaya jugak yang dituju. sebab selesa kot. so bley la try nanti yer. Gambar taman tu takde, ada dalam kamera papa Damia. nanti saya upload kalau ade yer. Sampai sini dulu. Bubye

Dikna

Tuesday, April 15, 2014

review: fisher price booster seat

Salam,

Harini nak buat review pasal booster seat pulak. Saya dah mula survey booster seat or high chair bila Damia dah nak masuk 6 bulan, masa untuk die mula makan solid food kan. so duk fikir macam mana la nak bagi die makan, masa tu duduk sendiri pun tak boleh lagi kan, takkan nak bagi makan dengan baringkan die? tercekik pulak nanti. So saya duk survey-survey ramai yang beli high chair ikea takpun bumbo seat tu, berkenan dengan high chair ikea tu tapi tak berkesempatan nak pergi sana. Bumbo seat tu pulak mak aih harga dia diluar kemampuan. so saya survey alternatif lain dan jumpa dengan booster seat yang best ni...


Fisher price Booster seat pilihan hati...
image from google

Finally saya decide untuk beli booster seat fisher ni lepas baca review dari ramai blogger yang pakai booster seat ni dan bagi feedback yang okey. saya beli dekat Kedai di Taman Prima Saujana, Kajang. Tu pun terbaca dalam blog kedai tu dan harga dia murah berbanding di tempat lain. saya beli RM160.

So saya dah pakai Booster seat ni hampir 7 bulan la, bagi saya berbaloi-baloi jek booster seat ni. sebab dia boleh kita letak kat bawah atau letak atas kerusi macam gambar di atas. ada tali untuk kita ikatkan kat kerusi tu so memang selamat la. so kalau rasa nak makan kat bawah jek, letak la bawah. masa damia baru start makan, memang booster seat ni kat bawah jek, sekarang nak ajar die makan sendiri so kitorg letak kat atas kerusi kat meja makan untuk damia join kitorg sekali time makan. so xyah la susah-susah nak kene riba dia sambil nak makan. kerusi ni jugak portable tau, boleh bawa kemana2 sahaja.just lipat dan boleh bawak dah. 

Ketinggian dia boleh dilaraskan ikut tinggi baby kita dan keselesaan dia la. dia punye tray tu pulak ade tiga lapis, lapisan atas tu penutup, lepas tu tray makanan dan bawah sekali yang biru tu tray kosong untuk main or makan pun boleh jugak. paling best sebab dia boleh bukak dan senang la nak cuci kalau kotor. 
Ni antara kelebihan booster seat ni..
image from google

Setakat ni kitorang still guna lagi booster seat ni, tapi kalau dah tak guna nanti boleh jek simpan untuk adik-adik damia nanti kan...huhu ramai nyer adik damia...InsyaAllah kalau ade rezeki ape salah nyer kan. condition booster seat ni pun still tiptop lagi la....so kalau sape-sape berminat boleh la beli jugak sebab bagi saya berbaloi-baloi la beli. 

p.s: nanti saya review benda lain pulak yer :)

Dikna


Wednesday, April 9, 2014

Carseat...penting atau tidak?



Salam,

Menyepi kian lama tup tup datang buat entri mak mak sangat....hehe diam tak diam dah lebih setahun dah bergelar ibu kepada Damia Zahra. kenapa lama sangat tak menaip kat sini? sebab busy jadi isteri n ibu-ibu la ni....memang tabik la ngan mak-mak yang bekerja tapi still gigih update blog walaupun dah beranak pinak semua. Saya nak bukak laptop pun tak sempat bila dah sampai rumah, settlekan kerja rumah jek dah tengah malam dan mengantuk so terus tidur...update dalam mimpi jela selalunya.

Bila dah jadi mak-mak ni, topik perbincangan pun mestilah berkisar tentang anak kan. but untuk entri ni saya nak cerita pasal carseat untuk anak sahaja..memang topik carseat ni tak popular kat Malaysia ni saya rasa, tak macam dekat oversea kan...dekat sini jarang tengok orang letak anak dalam carseat kecuali la sebab kena travel sorang-sorang dan anak tu baby lagi kan...itu pada pendapat dan pemerhatian saya la. 

Well saya dulu pun takde kesedaran pasal kepentingan carseat ni, rasa macam tak perlu pun takpe. But En. Husband memang sangat particular pasal safety ni, antara benda first yang kami beli memang carseat pun dan die insist untuk mula letak baby dalam carseat since day one lagi. Memang Damia lahir jek, sejak itu jugalah carseat tu mula berjasa. Memang tak pernah riba dia dalam kereta kalau travel walaupun ada ramai orang yang boleh riba dia. Memang dilarang keras oleh En Husband atas sebab-sebab keselamatan. So until now, Damia memang akan duduk dalam carseat die even nak pegi kedai depan umah jek pun. :)

Damia yang pasrah dengan carseatnya


Ramai yang saya dengar bagi alasan anak tak nak duduk dalam carseat tu, so end up beli then tak pakai pun. Macam tu jugak dengan stroller, baby cot atau playpen. Kebanyakan orang yang saya kenal akan cakap membazir beli semua tu. But for me n En. Husband semua tu sangat berjasa dan kitorg tak pernah rasa membazir pun. Alhamdulillah Damia memang gunakan ketiga-tiga barang tu sejak dia lahir lagi. Ikut pengalaman saya sebenarnya benda tu boleh di ajar tapi ibu bapa juga perlu berdisiplin dalam hal ni. memang rasa leceh nak letak dia dalam carseat everytime nak pergi mana-mana, kadang-kadang anak meragam bila letak dalam tu, tapi kena rajinkan diri dan disiplin sangat. InsyaAllah kalau dari day one lagi kita dah latih die untuk duduk dalam carseat, stroller dan tidur dalam baby cot, memang dia akan terbiasa dan tak jadi masalah kepada dia. 

Carseat ni penting tau untuk keselamatan, banyak dah kes bayi-bayi meninggal kemalangan akibat tercampak dari kereta. Kita memang tak mampu nak mengelak kalau memang benda tu dah nak terjadi tapi kita boleh bersedia dari segi keselamatan dan meminimakan risiko kan. Macam mana pentingnya kita pakai tali pinggang keselamatan, macam tu jugaklah pentingnya carseat kepada bayi dan kanak-kanak. So pada ibu bapa di luar sana, tak salah kalau kita keluarkan sedikit duit untuk keselamatan anak kita. Anak merengek, meraung, melalak duduk dalam tu, well biarkan aje, jangan dilayan dan terus dikeluarkan dari carseat tu, memang sampai besar la die akan ulang taktik tu dan akhirnya tak payah duduk langsung. Damia pun ada angin die tak elok tu akan melalak, meraung, menjerit tapi kitorg biarkan jek, pujuk dia bagi mainan atau ape-ape yang boleh alihkan perhatian die tapi untuk keluarkan die memang a big no no la...

lagi satu bukan sebab keselamatan jek, anak-anak pun akan selesa untuk duduk dan tidur kat dalam tu, macam Damia pun dia kebanyakan masa memang tidur jek bila masuk kereta dan duduk dalam carseat die. Kita pun takdela lenguh tangan dan kaki sebab nak riba die lebih-lebih lagi kalau travel jauh. Nak baringkan jek kat seat belakang? bagi saya bahaya sangat, kalau buatnya break emergency ke ape tak ke terjatuh ke bawah or terpelanting budak kecik tu... mintak jauh la dari semua benda tu. But ini hanya pendapat saya, ape-ape pun terpulang kepada ibu bapa itu sendiri untuk mempraktikkan cara masing-masing. :)  



Oh yer, lagi satu kena tahan telinga dengar orang sekeliling yang duk la cakap takyah carseat, riba jela, dekat jek, dia dah besar, tak payah letak die menangis, dia taknak whatsoever la, memang susah nak memberi kefahaman kepada mereka yang tidak faham, yang penting kita tahu niat kita, dan teruskan benda yang baik ni. Ia untuk keselamatan anak kita jugak. Doa saya biarlah Damia dan adik-adik dia nanti (InsyaAllah) akan terus nak gunakan carseat sampai mereka besar nanti. Aminnn :)

Dikna

p.s: berjela betul entri...gian lama sangat tak menaip :)

Friday, June 7, 2013

3 bulan sudah...

salam,

diam tak diam dah nak masuk tiga bulan cuti, Damia Zahra pun dah masuk tiga bulan and maknanya minggu depan saya dah start bekerja semula. sedihnya rasa sebab dah nak kena tinggalkan anak lepas ni. my MIL akan jaga damia starting from next week. sekarang ni tiap kali nak buat rutin harian nak mandikan, susukan tidokan damia mesti rasa sedih jek sebab fikir after this dah tak boleh tengok damia 24/7 lagi. sepanjang cuti bersalin ni saya tak pernah berpisah langsung dengan damia so memang terasa berat sangat nak kena tinggalkan dia. rasa nak berhenti kerja dan jadi surirumah jek so boleh mengadap damia tiap-tiap masa. huhu tapi apakan daya, kita kena teruskan hidup so kena la kerja kan. haha emosi tak stabil betul. tengok anak jek meleleh airmata. asyik risau takut anak lupa kat mama dia. haha ntah pape.

kembali bekerja means kembali stress...haha so rutin baru akan bermula next week. kena bangun lebih awal daripada biasa sebab nak kena siapkan anak sekali. barang-barang anak pun kena readykan jugak.hope boleh datang kerja awal sebab lepas ni en husband yang akan hantar dan ambil saya. dah ada anak takkan nak suruh en husband bawak anak naik motor kan. so tengoklah next week macam mana. saya harap semuanya ok. agaknya kalau rindu anak tiba-tiba boleh tak suruh en husband hantar damia kat opis...huhu

mama harap damia baik-baik jek duduk dengan grandma nanti tau. jangan buat perangai, kesian kat grandma nanti nak kena handle awak. huhu damia dah banyak akal sekarang. kalau orang tak layan dia, mulalah dia menjerit sekuat hati dan pura-pura nangis sampai orang dukung dia. hahaha sangat kelakar bila ingat balik. pandai betol berlakon anak dara mama ni. mama will miss u sayang....jaga diri baik-baik tau nanti... love u...(T_T)


mama love u Damia Zahra


p.s: harap tak nangis masa pergi kerja next week...huhu


DIKNA

Friday, May 3, 2013

perkara yang berubah bila jadi ibu...

Salam,
 
rajin pulak nak membebel kat blog ni sekarang. maklumla masih dalam maternity leave dan duduk jek rumah jadi surirumah sepenuh masa. best la pulak duduk rumah jaga anak macam ni. kali ni nak cerita benda-benda yang berubah bila dah jadi ibu ni. memang hidup berubah 360 darjah bila dah ada anak. nak tahu apa yang berubah? jom tengok...
 
actually nak jadi ibu ni memang perlukan tahap kesabaran yang tinggi, kekuatan mental dan fizikal dan paling penting mestilah betul-betul bersedia nak ada anak. seriously bukan setakat sakit masa nak bersalin jek kena tanggung tapi banyak lagi benda lain yang kita kena hadapi lepas tu. besar tau tanggungjawab ibu ni bukan setakat korang tengok orang lain ada anak korang pun nak anak jugak.
 
masa mula-mula Damia lahir, dia memang tak nak tidur malam. so of course la mata korang akan jadi rabak sebab berjaga malam. dengan luka jahit yang still sakit, emosi pun tak berapa stabil lagi. sakit sana sini. memang sangat menguji kesabaran bila dia meragam taknak tidur dan kena didukung sepanjang malam. memang saya banyak menangis masa tu. well, anak sulung kan. takde pengalaman langsung. tiap-tiap malam dia macam tu sampai la umur sebulan. bila siang memang dia tidur tapi kita pulak sibuk nak bertungku semua. dengan orang datang melawat lagi. so takkan nak tidur pulak sepanjang hari. dapat tidur kejap pun bersyukur sangat rasa. so benda first yang berubah adalah masa tidur kita. jangan harap la nak tidur lama-lama. so pada kaki tidur macam saya ni memang agak susah nak adapt la tapi alhamdulillah sekarang dah boleh terima jadual baru ni.
 
lepas tu kena pandai bahagi masa. bila dah balik rumah sendiri lepas pantang, kena pandai-pandai cari masa nak buat kerja rumah semua. so bila anak tidur time tu la nak masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju n kemas rumah. lagi mencabar bila tinggal berdua jek dengan baby. kejap-kejap kena tengok takut dia bangun. kadang-kadang tu baru nak panaskan kuali dia dah bangun melalak. so tutup balik api jaga dia dulu. even nak solat, mandi or nak berak pun susah tau. dia tidur kena cepat-cepat pergi mandi or tunaikan hajat. mandi pun tak tenang dan tak boleh lama-lama. takut dia bangun menangis. ni baru anak seorang, kalau ramai macam mana la kan.
 
bila dah ada anak, kalau nak beli barang ke apa semua untuk anak. shopping online pun tengok barang anak. diri sendiri punya dah tak penting sangat. semua untuk anak jek. nak buat apa-apa pun ingat anak dulu. pergi shopping mall pun asyik la membelek baju baby, kasut baby, barang baby. ada jek yang rasa macam tak cukup untuk anak. nak pergi jalan sibuk fikir nak pakaikan anak baju apa, nak bawak apa lagi untuk anak. kalau dulu kita yang duk belek baju dalam almari fikir nak pakai baju apa. sekarang ni ambil jek baju mana-mana sarung terus. anak kita lebih penting.
 
lagi satu perubahan paling besar of course la fizikal kita. huhu macam saya ni memang susah la nak kurus. memang dapat balik berat badan before pregnant tapi kejap jek la kot. sekarang mesti dah naik balik. hari tu try seluar jeans lama, memang sedih sebab muat-muat jek tapi ketat dan tak selesa. perut buncit, dengan strechmark comel kat perut sangat la mengurangkan keyakinan diri. en husband cakap tak kisah tapi tetap la rasa tak yakin. nak diet untuk kurus? memang bukan saya la tu. suruh melantak laju la. huhu...
 
lagi satu yang berubah adalah ramai orang yang akan tegur kita. yela, bila bawak anak jalan, orang mesti senyum tengok baby pastu tegur tanya anak berapa bulan semua. tak kisah la dalam lif ke, kat cashier pun jadi tau, kat shopping mall, kedai makan. orang senyum tengok anak kita, kita pun senyum balik kat orang. banyak pahala kita dapat kan sebab senyum jek kat orang. huhu tiba-tiba kita pun jadi suka tengok anak orang, tengok baby orang. so ada anak ni buat kita jadi lebih peramah dan murah dengan senyuman.
 
lagi satu yang berubah adalah quality time dengan ur husband. memang berbeza sangat tau. nak makan sama-sama kena tunggu dia tidur. then baru nak makan dan borak-borak berdua, anak dah bangun. memang takde makna la korang nak berborak lama-lama kat kedai makan lepas makan macam dulu-dulu. sekarang kena makan cepat-cepat bila dia tidur. kalau tengah makan dia bangun maka kena salah sorang kena makan dulu then bergilir jaga baby. nak menikmati makanan pun tak dapat. sekarang ni janji makan jek. en husband pulak jenis kalau makan nak sama-sama, so selagi damia tak tidur, kitorang berdua memang tak boleh la nak makan. tu bab makan, ni bab tengok movie pulak. nak tengok movie kat wayang memang tak dapat la kan, tapi nak tengok movie kat rumah berdua pun satu cabaran jugak. damia sekarang dah pandai mengamuk kalau nak tidur, so sementara nak tidurkan dia sambil tengok movie sangatlah tak fokus kat movie. bila dia tidur, baru nak sambung tengok berdua saya pulak dah tertidur sebab penat sangat. huhu
 
banyak kan yang berubah, tapi walaupun banyak benda yang berubah dalam hidup kita, yang pastinya kita akan rasa lebih bahagia dan lebih gembira. walaupun ada rasa penat, tapi semuanya berbaloi-baloi. jadi ibu ni memang satu pengalaman yang tak ternilai. tak sabar rasanya nak tengok anak membesar, belajar banyak lagi benda-benda baru.

p.s: nanti dah start kerja dapat tengok anak malam-malam jek...
      rasa macam banyak jek benda yang akan miss nanti... :(
      nak jadi surirumah jek boleh tak en husband....huhu

DIKNA

Monday, April 29, 2013

Pengalaman bersalin (part 2)

Salam,

ni sambungan dari part 1 hari tu. sampai hospital saya daftar sambil dah pegang kain batik. pagi tu dah datang kan so dah tau dah nak kene buat apa, so lepas tu masuk dalam dan buat semua prosedur yang saya buat pagi tu, ambil urine, cek CTG dan juga bukaan. tapi kali ni CTG tu ambil masa yang sangat lama sebab bacaan jantung baby tak normal. kejap-kejap mesin tu bunyi. saya tak tau kenapa. nant ade nurse datang betulkan then ok kejap lepas tu bunyi balik. selalu 20 minit jek masa untuk buat CTG tu tapi kali ni berjam-jam lamanye. saya tanya nurse kenapa, nurse cakap baby tidur. huhu boleh pulak mama dia dah sakit dia tidur lagi kat dalam perut tu. last-last nurse main perut, urut gosok semua la baru bacaan normal. dalam pukul 3 pagi baru la doktor cek bukaan. masa tu dah buka 6 cm. Alhamdulillah. cepat jugak terbukak jalannya.
 
pukul 4 lebih doktor cek bukaan dah 8 cm so doktor pecahkan air ketuban. masa nak pecahkan tu saya takut sangat tapi rupanya tak rasa apa-apa, tiba-tiba rasa panas dan basah jek. lepas dah pecahkan air ketuban saya dibawa masuk ke bilik bersalin pukul 5 pagi. masa tu baru nurse panggil En. Husband. tapi masa tu tahap kesakitan dia lebih sakit lagi dari yang sebelum tu. tapi tu pun masa tunggu bukaan tu saya dah menggigil tahan sakit. saya pegang besi katil tu bila contraction datang. memang sakit yang tak tahu nak dijelaskan. tapi bila masuk dalam bilik bersalin tu sakit dia lagi berpuluh kali ganda, memang saya tak tahu nak buat apa dah time tu. nasib baik En. Husband ade, dia tak berhenti suruh saya berdoa, tolong tenangkan saya. sampai tercedera kena cakar dengan saya masa tu.
 
tak lama lepas tu bila contraction datang jek saya terasa macam nak terberak yang dah tak tahan sangat. saya panggil nurse tapi bila die cek, bukaan belum bukak sepenuhnya. jadi dia suruh saya tahan jangan teran dulu. Ya Allah, saya tak tahu nak tahan macam mana dah, habis kepit pun memang rasa nak terkeluar sangat dah. berpusing-pusing saya atas katil tu menahan sakit. tak tahu nak gambarkan macam mana sakitnya. mulut tak berhenti berdoa, berzikir semoga dipermudahkan semua.
 
bila dah tak tahan sakit, saya panggil balik nurse.kali ni alhamdulillah bukaan dah cukup dan saya dibenarkan meneran. tapi saya tak pandai nak teran. tak tahu la berapa kali saya cuba teran tapi tak berjaya sampai kena marah dengan nurse. dia ugut saya kalau dalam masa 1 jam tak keluar jugak dia akan guna cara lain. cara apa saya pun tak pasti. dengar macam tu saya dah risau. En husband tak putus-putus bagi sokongan masa tu termasuk la nurse-nurse. akhirnya saya cuba lagi meneran dengan sekuat hati, beberapa kali cuba, nurse cakap dah nampak rambut baby, nurse suruh En. husband tengok. saya cuba teran lagi sekuat hati dan kepala baby pun keluar. masa nak keluar tu terasa doktor gunting...huhu tapi still tak dapat lawan sakit bersalin tu sendiri. saya diminta rehat kejap then teran lagi sekali. finally, pukul 5.42 pagi saya selamat bersalin. bila baby keluar jek hilang semua segala kesakitan yang ditanggung tu. bila nampak baby, terharu sangat rasa. saya bersyukur kepada Allah kerana memudahkan segalanya.
 
baby keluar terus menangis, then nurse letak baby atas dada saya. tak dapat nak gambarkan perasaan saya masa tu. gembira, terharu, tak percaya, bersyukur  semua bercampur. en. husband cium dahi saya dan cakap terima kasih. macam tak percaya baby yang saya bawak selama 9 bulan tu kini dah ada dalam dakapan saya. selepas tu baby dibawak keluar oleh nurse untuk dibersihkan. saya pulak tunggu masa untuk dijahit. nurse suntik ubat bius dan mula menjahit. masa jahit lapisan dalam tu memang tak rasa apa-apa tapi bila sampai dekat kulit luar, terangkat jugak la punggung menahan sakit, dengar bunyi jarum berdetus kat kulit. sampai saya tanya dekat nurse, banyak lagi ke. huhu sakit macam tak bius langsung. dah la tiap kali habis satu jahitan, nurse tekan dengan kapas untuk serap darah yang keluar. memang sakit la ditekan-tekan kat situ. En. husband takde dah masa tu, nurse suruh keluar dulu. lepas solat subuh dan beli sarapan, baru en husband datang semula. masa tu baby dah ada di sebelah saya untuk disusukan.
 
wad penuh masa tu so saya kene tunggu dalam bilik bersalin sampai wad kosong. lama jugak la saya duduk dengan en husband dan baby dalam tu. sempat berborak dan ambil gambar dulu. dalam pukul 9 pagi baru saya ditolak masuk ke wad. en husband request wad kelas dua masa tu tapi malangnya aircond rosak. memang saya berpeluh-peluh la time tu. saya berdoa jek supaya boleh balik petang tu jugak sebab tak larat nak duduk dalam bilik sauna tu. Alhamdulillah petang tu saya boleh balik sebab baby dah kencing dan berak. so inilah pengalaman saya bersalin kali pertama. saya bersyukur kerana Allah mudahkan semuanya. memang sakit bersalin tu tak mampu diceritakan dengan kata-kata tapi bila baby dah keluar, semua tu hilang dan rasa berbaloi sangat. memang perasaan yang tak boleh digambarkan. hanya mereka yang lalui sahaja yang faham. (^_^)
 
gambar fresh dalam bilik bersalin
lepas Damia dah dibersihkan.
 
 
p.s: terima kasih temankan saya wahai suami...
       kalau takde tak tahu la macam mana saya nak lalui semua tu sorang-sorang....
 
 
DIKNA

Wednesday, April 24, 2013

Pengalaman bersalin (part 1)

Salam,
 
Hari ni saya nak ceritakan pengalaman melahirkan Damia. Anak pertama kan, so memang takde pengalaman lagi. Dah masuk minggu 30 ke atas masa tu dah mula rasa nervous, tak tahu nak expect apa. risau kalau dah keluar tanda tapi tak perasan ke apa ke, tak tahu tanda yang mana yang akan keluar. setiap orang berbeza kan. so teruslah menjalankan aktiviti harian dengan penuh debaran. masa tu memang cepat sangat penat, nak tidur susah, semua posisi pun tak selesa. bila bangun dari tidur pun sakit sangat bahagian celah kelangkang tu, nak jalan memang berpaut kat dinding dan almari. memang mencabar sangat masa tu. rasa tak sabar sangat nak bersalin sebab tak sanggup tiap pagi nak bangun tu sakit macam tu. sampai rasa taknak baring taknak tidur.
 
so akhirnya saat tu sampai jugak. saya ada masalah kenaikan berat badan yang agak melampau sepanjang kehamilan. so bila berat naik banyak, saya kene pergi klinik kesihatan setiap dua hari sekali untuk monitor tekanan darah dan buat urine test. so tanggal 9 Mac tu macam biasa pagi tu saya pergi klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan. masa dalam toilet untuk ambik urine tu saya perasan ada darah dalam urine tu, dan masa tu saya pusing then tiba-tiba rasa pinggan macam tergeliat. memang sakit sangat sampai keluar air mata. saya duduk lama dalam toilet sampai hilang sakit tu. saya dah rasa nervous masa tu, dah sampai masa ke? tapi saya baca kalau keluar darah mungkin akan bersalin hari tu atau esok nya. so saya decide untuk tanya nurse apa perlu saya buat dan nurse suruh saya pergi hospital. berdebar betul masa tu.
 
risau memang risau tapi sempat jugak sarapan dulu dengan En. Husband dan lepas tu baru bergerak ke hospital. dalam perjalanan tu saya diam jek sebab takut dan nervous. sampai kat hospital dalam pukul 10 saya pergi daftar dulu, then nurse suruh bawak kain batik dan masuk ke dalam bilik tu untuk diperiksa. mula-mula kene ambil urine dulu dan tukar kain. lepas tu nurse suruh baring dan diorang start pasangkan alat untuk buat CTG tu. lama nye la tunggu benda tu. masa tu tak sakit so saya sempat la tengok orang-orang di katil sebelah yang meraung-raung sakit. dalam hati dah stress dah dengar orang menjerit-jerit. tak sakit pun boleh jadi sakit macam ni. huhu bila dah selesai CTG tu, datang doktor lelaki cina dia tanya macam-macam, kenapa datang semua la dia tanya, then lepas tu sampai la saat nak kene seluk untuk tengok bukaan. berdebar sangat masa tu, dah la doktor lelaki, pastu first time nak kene seluk ni. asyik dengar orang cakap sakit kene seluk so jadi takut.
 
dan akhirnya kena la jugak seluk, takde la sakit macam yg orang cerita sampai rasa nak sepak orang semua tu. masih ditahap ringan jugak la rasa dia. maybe tengok orang yang seluk jugak kot. entahla. bila seluk bukaan baru 2 cm. lama lagi la macam tu kan. datang lagi seorang doktor dan dia scan baby pulak. dia cek semua normal dan ok dan die beritahu masa tu berat baby 3.4 kg. saya menganga kejap, alahai besarnya, takut la pulak. tapi doc cakap tu anggaran sahaja, maybe akan jadi lagi berat atau lagi ringan dari tu. selesai semua doc benarkan saya balik sebab masih tiada contraction. doc pesan kalau dah ade contraction yang kerap baru datang semula ke hospital. So kitorg pun balik la rumah dulu. selesai semua dalam pukul 2 petang.
 
masa tu dah ada start sakit pinggang dan rasa contraction tapi tak kerap lagi. saya balik rumah berehat dan petang tu sempat lagi saya balik rumah mak saya. sempat la makan sambal udang besar dulu. banyak sangat saya makan mlm tu. walaupun dah rasa sakit selera makan tu ada jugak. takpela, makan la puas-puas sebab nanti pantang lama tak boleh makan sedap-sedap. dalam pukul 10.30 malam saya balik rumah dan masa masuk kereta tu dah start da contraction setiap 5 minit sekali. tapi masih boleh bertahan. En. Husband tanya nak pergi hospital terus tak tapi saya suruh balik rumah dulu sebab malas nak pergi takut kena balik lagi. sampai kat rumah contraction tu makin sakit tapi saya still bertahan. saya cuba tidur tapi tak boleh dan akhirnya pukul 1 pagi saya dah tak tahan sakit dah makin kerap dan makin sakit saya ajak En. husband pergi hospital.
 
 
bersambung di part 2...
 
 
Dikna

Selamat datang....

 
Salam,
 
Sudah agak lama saya tinggalkan blog ni. Alhamdulillah ketika saya menaip entri ini, saya telah pun selamat bersalin dan telah selamat menghabiskan pantang selama 44 hari. Saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal pada 10 Mac 2013 pukul 5.42 pagi. betul-betul subuh baby ni lahir. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memudahkan semua urusan. cerita pasal pengalaman bersalin dan juga berpantang saya cerita kemudian yer. saya perkenalkan anak perempuan saya yang diberi nama Damia Zahra binti Muhammad Izzat Haqim.
 
 
Damia Zahra
1 hari
 
dan hari ini
 
Damia Zahra
46 hari
 
Alhamdulillah Damia membesar dengan sihat dan aktif. semoga dia terus diberi kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak yang baik dan solehah. InsyaAllah. nanti ada masa saya update lagi yer. ini pun menaip sambil meriba Damia yang merengek nak tidur tapi tahan mata. huhu (^_^)
 
p.s: Bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah...
 
 
Dikna