Image

Image

Pages

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Monday, April 14, 2014

Hujung minggu di Temerloh


Salam,

Hujung minggu lepas kami satu keluarga pergi menyertai rombongan cik kiah aka menghantar pengantin iaitu sepupu En Husband ke Temerloh, Pahang. Kenduri hari ahad tapi kami bertolak hari sabtu petang selepas pergi kenduri kawan En Husband. hujung minggu yang sangat full tapi menyeronokkan... 

Bertolak dari rumah mak saya pukul 3 petang dan selamat sampai Temerloh pukul 5.30 petang. Maklong dan paklong En husband sponsor penginapan kami di Hotel Seri Malaysia, Temerloh. Sampai-sampai Damia dah nampak kolam terus nak masuk kolam...tak sabar betul diva kecik tu. So kami pergi tukar uniform dia dulu dan baru masuk kolam...



Tengok diva kecik ni seronok sangat berendam
 sampai taknak naik...



Malam tu lepas maghrib kami pergi makan malam dan kemudiannya kami semua bergerak menjenguk nenek En husband yang berada di rumah salah seorang saudara mereka di sana. pukul 12 malam baru kami sampai ke hotel balik dan terus tidur.

Keesokan harinya lepas breakfast dekat hotel, kami pun bersiap untuk bergerak ke masjid untuk upacara akad nikah. 



Alhamdulillah dah selesai dah, selepas makan jamuan ringan yang disediakan kitorang bergerak ke homestay berdekatan sementara menunggu majlis persandingan pulak. Dalam pukul 1 rombongan kami bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk majlis bersanding . so kita layan gambar jela yer, macam blur plak nak bercerita malam ni, terasa skema jek ayat....huhu







sebahagian dari kami yang masih belum balik...
yang lain dah balik dah masa ni..

Habis majlis kami pun terus bergerak pulang ke Bangi dan selamat sampai di rumah pukul 6 petang. Alhamdulillah dah selamat lagi seorang saudara En husband. this week kenduri belah lelaki pulak di Puri Pujanggan UKM. so tunggu update yer. Bubye

Dikna

Tuesday, December 20, 2011

wedding nadrah & adam



salam, seperti yang dijanjikan, saya nak cerita pasal wedding cousin encik tunang pulak. entri before ni saya dah review pelamin dia kan. so now kita tengok their wedding pulak ok. majlis pernikahan dan juga persandingan cousin encik tunang ni diadakan di flamingo hotel, Ampang 17 dis yang lepas. memang sweet sangat majlisnya. saya malas nak cakap banyak, biar gambar yang cerita semua ok...(^_^)

ni la bride nye...Nadrah.
cousin encik tunang.


suka gambar ni...




ni masa majlis akad nikah...





upacara batal air sembahyang...




antara tetamu yang hadir...




after akad nikah selesai...




reception pulak...apa la yang kami gelakkan tu... huhu 



flower girl yang cute dengan gaun warna PINK yer...
tapi gambar ni black n white plak...
 flower girl tu cousin encik tunang jugak...




bride n groom (^_^)











potong kek...




saya dan juga keluarga & saudara mara encik tunang...





before balik, bergambar kenangan beramai-ramai dulu...
saya terselit jugak disitu. sila cari kalau pandai...(^_^)


so to Nadrah dan Adam, selamat pengantin baru. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. actually diorang ni sebaya jek ngan kami berdua. kitorg bile pulak ek agaknye?? huhu gatal soalan macam tu kan. InsyaAllah, ada jodoh nanti sampai la giliran kami pulak kan...doakan kami murah rezeki yer so boleh la cepat-cepat join club mereka berdua ni....(^_^)

p.s: doorgift dia sangat sedap...
      rasa nak lagi....(^_^)

Monday, December 19, 2011

intai-intai: pelamin part 2


salam, today nak sharing dengan u all pasal pelamin lagi. obses dengan pelamin la pulak dah sekarang. tapi this one memang simple tapi cantik sangat. actually ni pelamin wedding cousin encik tunang. saya attend wedding dia last saturday. memang suka sangat tengok pelamin ni. nasib baik encik tunang ade tangkap gambar ni.


ni la pelaminnya...simple jek kan tapi cantik sangat....
sukaaa.... (^_^)

actually suka dengan bunga yang besar gedabak kat belakang tu, lately selalu tengok orang wat pelamin guna bunga tu tapi ni first time tengok yang colourful, selalu yang warna putih cream jek. macam pelamin and deco wedding marion counter tu kan, memang jatuh hati jatuh cinta la tengok.




see, cantik giler kan...yang penting bunga-bunga itu. memang suka sangat dengan deco wedding marion ni...


ni memang awesome la...
menangis tengok...


teruja tengok pelamin tu sebab konsep dia sama dengan pelamin marion ni, bunga-bunga itu sangat gojes then colourful pulak tu...very nice la. entri pasal wedding cousin encik tunang tu nant saya update ek. memang sweet...(^_^)

p.s: To Nadrah n Adam, congratulations
       Semoga bahagia hingga akhir hayat....(^_^)

Sunday, December 11, 2011

intai-intai: pelamin

salam semua, hari ni nak berkongsi sikit apa yang telah saya intai sejak kebelakangan ni. huhu takde pape makna pun, just untuk rujukan dimasa akan datang..so saya mulakan entri intai-intai ni dengan pelamin dulu la ek...saja suka-suka tengok...sume gambar-gambar di bawah adalah dari google yer, harap maklum...

ni semua antara pelamin yang saya suka...jom kite tengok...(^_^)


(1)
ni sangat nice kan
sweet sangat...

 (2)
yang ni pun simple, pink lagi..
suka kerusi tu...cute


 (3)
yang ni comel, color combination yang sweet
simple jugak...
sesuai untuk dewan kan...



 (4)
ni pun sama macam yang no 3 tu
comel n sweet...
tanglung tu penambah seri...



(5)
sangat suka dengan kerusi tu dan bantal tu...
nice dengan carpet bulu-bulu tu...



 (6)
sangat suka dengan yang ni...
color combination bunga tu sangat awesome...



(7)

bantal biru tu buat naik seri pelamin ni kan...
kerusi pun unik...



(8)
pelamin nikah yang memang sweetttttt sangat...
kombinasi color yang sangat menarik..
of coz sebab ada pink kan...
bantal-bantal tu memang cute bila letak disitu...



 (9)
love that chair...
comel sangat..

perasan tak persamaan dalam gambar-gambar tu? huhu semua kerusi kat dalam gambar tu adalah satu kan...macam sofa...rasa comel jek bile guna kerusi macam ni. ada yang berkenan?? for me saya paling suka no 3, no 6 dan no 8 tu...korang pulak?? (^_^)

picture source: google

p.s: mood suka nak tengok wedding stuff sekarang ni...
      seiiring dengan musim orang kawin jugak..


Monday, July 4, 2011

congratulation hanis & eja

salam...

2 julai 2011 iaitu sabtu yang lalu, saya, encik tunang dan rakan-rakan menghadiri majlis perkahwinan schoolmate saya, hanis dan eja. actually ada dua wedding yang kitorang pergi. lagi satu wedding adalah wedding anak kepada opismate saya. tapi yang itu kitorang datang makan kejap then terus bergerak g kenduri my fren tu. nasib baik dua-dua wedding tu di dalam maeps, so senang la...

wedding ni sebenarnya jadi tempat berkumpul kawan-kawan yang dah lama tak berjumpa kan. excited nak pergi sebab nak jumpa kawan-kawan la. disamping tu wedding pun adalah platform untuk kawan-kawan menayang bf bak kata farah...huhu me pun sama ke? takdela tayang, semua kawan saya dah kenal kot encik tunang saya tu.... (^_^)

tanak membebel panjang....jom layan gambar, thanks to encik tunang sebab tolong uploadkan for me...


kami di wedding anak my ofismate..
really love the decoration...




di wedding eja...
perut masing-masing dah kenyang
makan dua kenduri...





ketibaang bride n groom...
really sweet together...





pengantin dan pelamin indah...
sangat suke... (^_^)





berfotogedik dengan kawan-kawan lama...
bukan senang nak jumpa...









budak kecik itu sangat comel...
anak my schoolmate...
nak anak comel macam tu jugak boleh??
hehehe tibe-tibe... (^_^)






before balik,
bergambar dengan pengantin dulu...



to hanis & eja, tahniah diucapkan dan semoga berbahagia hingga keakhir hayat. cinta mereka ni memang bertahan lama sejak di bangku sekolah lagi. sungguh jeles yer kerana saya selalu berangan nak bercinta dari sekolah hingga kawin. huhu tapi takpe, saya dapat bercinta dari bangku matrikulasi hingga akhir hayat pun jadila kan... InsyaAllah... (^_^)


p.s: penyakit berangan pasal wedding dah datang...
       pantang tgk wedding orang... (^_^)

Sunday, October 31, 2010

selamat pengantin baru beeha & khairy

Hello semua...dah lama blog ni menyepi tanpa celoteh baru kan...so sekarang dah sampai masa untuk kembali berceloteh. ini entri khas sempena majlis perkahwinan salah seorang kawan sekolah saya dulu, beeha. rasa sangat happy hari ini sebab dapat berkumpul dan berjumpa dengan kawan-kawan sekolah. masing-masing dah dewasa dan dah banyak berubah. hanya dengan majlis-majlis begini jek cara kita nak berkumpul beramai-ramai kan...

tema pengantin hari ni adalah pink purple, sangat cantik dan comel semuanya...baju pengantin adalah pink, sangat teruja ok..warna fav tu..cantik sangat beeha hari ini..berseri sungguh. nanti kita tunjuk gmbr plak ek...to beeha & khairy, selamat pengantin baru diucapkan. semoga berbahagia sehingga akhir hayat.


beeha & khairy
gambar yang dicuri dari syaf di fb...maaf yer syaf..
takde langsung gambar pengantin berdua


kami bersama pengantin...


before balik, kita kacau pengantin makan dulu...
sibuk nak bersalam dan bergambar la tu...

sesi reunion bersama rakan sekolah...
termasuk sesi bergambar sekali la...


ni pun reunion jugak..
bergambar kenangan before pulang...

sangat jarang berjumpa mereka-mereka ni...so next kita tunggu majlis rakan sekolah yang lain pulak baru kita berkumpul kembali yer...to beeha, semoga berbahagia selalu.. to rakan-rakan saya yang lain, semoga berjumpa lagi...(^_^)

p.s: ada lagi satu majlis 2 minggu lagi..
      nanti kita update entri kawin lagi ok...(^_^)

aku yang suka wedding..

Saturday, June 19, 2010

mari berinai...

hai semua...sekarang ni berebut-rebut dengan gmok nak update blog..tup tup dah ada post baru... rajin gmok sekarang nak update blog ini...terima kasih la yer, hope kerajinan itu diteruskan..so its my turn now to post new entri for u all...so topik hari ni adalah?? jom pakai inai...korang tau tak inai tu ape?? tak tau sila la google yer..

sekarang musim orang kawin kan..so memang sinonim la nak story pasal inai ni...tapi bukan inai yang beli kat kedai tu ek...bukan bukan bukan...yang aku nak cite ni inai yang popular zaman aku kecik-kecik dulu...yang kene tumbuk sendiri, bahan tambahan sendiri tu...korang ingat lagi tak inai tu?? or dah tak kenal langsung inai yang tu...huhu

aku pun dah lama tak jumpa inai versi tradisional tu...tapi masa pizam nak kawin tu, sedara mara aku sibuk cari daun inai. daun tu ada tertanam di belakang rumah aku..maklumla, rumah kat kampung kan, nak ape cari keliling rumah jek...senang, mudah dan jimat..takyah nak g kedai kalau setakat nak cili api, serai, daun limau purut, daun kunyit, pisang, pucuk ubi even jering pun ada...hehe tiba-tiba tukar topik lain pulak ek...

so pada yang taktau, aku nak share dengan korang cara-cara nak sediakan inai tradisional ni...orang sekarang da jarang guna kan sebab cerewet sangat tapi aku dengar orang cakap inai yang beli dah siap tu tak tahan lama...sekejap dah hilang...taktau la betul or tak coz aku tak berminat pun dengan inai-inai ni...aku rasa tangan aku macam hodoh jek bila pakai inai...haha tunggu nanti nak kawin la baru aku pakai balik...anak-anak sedara aku semua sibuk nak pakai inai...excited...

so bahan-bahan untuk buat inai adalah
daun inai
air asam jawa
lesung batu

cara nak buat inai...serius giler aku nak share..macam korang taktau kan...hehe tak kira, nak share jugak..sharing is caring kan...(^_^)


pada sesiapa yang tak tau
ni adalah daun inai yer kawan-kawan...

ini pulak adalah air asam jawa...
kalau biasa masak tau la benda ni...
kalau tak biasa kompem korang beli air asam jawa
yang untuk minum tu...huhu


so daun inai itu ditumbuk halus bersama air asam jawa
sedikit demi sedikit yer letak, kang terpercik pulak...


tumbuk sehingga lumat macam ni..
dah siap dah inai...hehe
simple giler...


pastu apa lagi, tepek la kat jari or tangan
or kat mana yang korang suka la...
dah siap...huhu

so dah siap la inai versi tradisional ni...dulu macam-macam la orang letak...ada yang letak nasik la, pastu pantang larang pun banyak..yang aku ingat kalau pakai inai jangan bagi ayam tengok, nanti inai tak merah...bila fikir macam kelakar pulak...ape kene mengena la ayam dengan kaler inai tu...ade pulak orang kata inai tu ikut kaler darah kita...aku tak tau la kesahihannya kan..just dengar orang bercerita jek...huhu so ikut la korang nak letak ape, nak tunjuk kat ayam ke tak...hehe apepun, selamat mencuba yer...(^_^)

p.s: aku rasa kalau nak kawin baru inai tu merah la
      pizam pakai hari tu merah jek
      orang len yang pakai sama sume oren jek...
      memandai jela ko ni dikna...(^_^)

mari pakai inai