Image

Image

Pages

Showing posts with label love story. Show all posts
Showing posts with label love story. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Review: Hotel Casuarina@Meru, Ipoh

Salam,

     Harini tiba-tiba teringat rupanya diri ni ada blog...haha takdela, En. husband asyik bagi hint jek bila nak update blog.. hihi sesungguhnya kehidupan mak mak sangatlah busy tak menang tangan. bila la ada masa nak duduk depan pc membebel kan. Ni pun tengah duk tunggu kain dalam mesin, boleh la layan blog kejap. So kali ni nak review hotel yang kitorang stay masa pergi kenduri kawin anak saudara dekat Ipoh masa cuti merdeka haritu. Niat nak balik hari jek tapi dah kebetulan cuti kan so ape salahnya pergi bercuti sekali. ni pun last minit plan so nak booking pun dah tak banyak hotel available. So hotel pilihan kami kali ni adalah Hotel Casuarina@Meru Ipoh. 

   
Ni la Hotelnye. Gambar from google jek.

       Actually hotel ni hotel baru, so condition hotel memang tiptop la. Cantik sangat hotel ni. Rate di sederhana la, saya book 2D1N with breakfast dalam RM250+ includes tax. Lokasi hotel ni betul-betul tepi highway kat Jelapang tu, so kalau datang dari KL, memang masuk ipoh tapi terus jek sampai jelapang, dun wori sebab ada signboard hotel ni sepanjang jalan tu. so memang lokasi dia bukan dekat pekan Ipoh.  


Ni suasana di lobi hotel. source from google

     Gambar dari google jek ambil sebab sampai dah lewat petang coz jalan jem dari KL so dah penat dan memang tak sabar nak check in jek. Tu pun masa check in patutnya kami book deluxe room tapi dah full so dia upgrade bilik kitorg jadi studio suite tapi dapat 2 single bed dan dia bagi kami babycot semua without charge. So kita layan jela. Hotel ni guna konsep moden kontemporari so memang cantik dan simple jek. takde sarat-sarat so agak menenangkan fikiran jugak la. Naik-naik bilik gembira sangat coz dapat bilik besar siap ada ruang tamu dengan tv dan sofa yang besar boleh buat katil, pastu kat ruang bilik ada tv lagi satu. so damia tak perlu berebut dengan papa sorang nak tengok bola sorang nak tengok kartun. Toilet die best sangat rasa macam dapat toilet idaman...haha melampau betul.


                                      
ni kat ruang tamu dia...simple jek kan...
sofa tu sangat best tau, kalau ramai boleh jek tido kat situ



ni pulak kat area bilik tidur, 
abaikan budak kecik yang excited tu



ni pula katil single dia yang super duper besar...hihi
selesa sangat dengan bantal banyak-banyak tu...
time ni babycot tak sampai lagi



ni pula toilet dia yang menjadi idaman hati...hihi 
cermin besar, shower area yang best,
 belah kanan cermin tu tempat toilet bowl dia


After maghrib kami keluar cari dinner, dah la tak biasa dekat area Ipoh ni dan husband malas nak masuk pekan Ipoh so kita makan area situ jek. Kitorang pergi Mydin Meru Raya yang terbesar di Malaysia tu yang terletak dekat tepi hotel tu jek. pusing roundabout besar tu jek. Rupanya kalau korang nak tau ade restoren nasi vanggey yang famous amos kat Ipoh tu dekat belakang mydin tu jek... huhu esok masa nak g kenduri tu baru perasan kedai tu. bukan rezeki kami la tu kan, next time maybe. Tapi makan nasi kandar kat mydin tu pun dah sedap dah. Alhamdullillah. 

esok pagi macam biasa turun breakfast...pilihan makanan bolehla, tak banyak sangat tapi ok la. ada cereal, buah, roti n jem, nasi lemak, mee goreng, mee kicap, mee sup, scramble egg dan macam-macam lagi. rasa dia ok, xdela tak sedap. kenyang la jugak...after breakfast naik bilik, kemas-kemas barang then bersiap untuk pergi kenduri. overall sangat best stay kat sini, next time boleh pergi lagi. staf dia pun friendly, masa nak balik tu staf dia tegur and borak-borak tanya macam mana duduk kat situ ok x? ada pape masalah tak? borak sambil dia duk mengusik damia, tapi diva kecik tu sombong skit haritu, mentang-mentang dah berpeplum nak g kenduri...diva sangat...huhu so sape-sape yang nak booking hotel ni boleh pergi website dia or booking jek kat agoda macam kami buat. alamat dan website seperti yang tertera di bawah.

Casuarina@Meru
No. 1-C, Jalan Meru Casuarina,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.
http://www.casuarinahotels.com.my/

Sekian dulu dari saya. Bubye...

Thursday, May 8, 2014

Aktiviti hujung minggu bersama yang tersayang...

Salam,

Hai semua, saya kembali lagi...Damia dah tidur so boleh la nak buat entri baru. Kali ni nak kongsi cerita hujung minggu bersama keluarga kecil saya. Selain dari menziarah rumah ibu saya dan juga mertua saya setiap hujung minggu, ada jugak aktiviti memenuhi undangan kenduri kawin, kami juga akan menghabiskan masa bersama-sama bawak Damia beriadah, bermain-main dan berjalan-jalan.

 Masa ni kami beriadah di dataran Putrajaya, Damia leka tengok air tasik. memang tenang sangat suasana kat sini. Tapi Damia sibuk kutip batu-batu kecil sepanjang jalan. Kalau pergi Taman Putra Perdana, Putrajaya pulak dia suka kutip daun-daun yang gugur sepanjang jalan tu... huhu macam-macam aktiviti diva kecil ni. Terhibur tengok telatah si kecik ni.

 Ni pulak memang rutin papa dia kalau Damia dah penat nak berjalan or dah sibuk duduk kat jalan tu, memang camni la jadinya, si kecik tu pun bukan main suka lagi bila naik atas papa die. Mama dia pulak sibuk terjerit-jerit suruh papa dia hati-hati, takut anak jatuh, terlepas. Risau mak mak ni memang camni kan....huhu

Ni baru balik kenduri tu yang saya dengan baju kurung beriadah petang-petang. Bagus jugak aktiviti macam ni, at least ada jugak la keluar peluh berjalan dengan mengejar si kecik ni. ni Damia baru jalan, belum mula berlari lagi. kalau dah lari mesti lagi ligat. Damia dah masuk 1 tahun 2 bulan dah. Sekejap betul masa berlalu....

Oh yer, nak kongsi jugak kalau nak bawak anak main boleh pergi taman putra perdana. kat situ tak ramai orang sangat berbanding dataran putrajaya yang sesak nak parking pun susah. lagipun bahaya bawak anak baru pandai jalan main kat tengah dataran tu sebab banyak orang main kereta mini tu, basikal dan macam-macam lagi. takut terlanggar jek.

Taman Putra Perdana tu terletak dekat tengah-tengah bulatan besar putrajaya tu, berhadapan dengan Shangri-la Hotel Putrajaya. Taman tu ada track joging yang sangan besar dan luas, parking yang banyak, ada toilet dan vending machine dan ada playground untuk anak-anak. So memang selesa dan sesuai nak bawak anak jalan-jalan. Kalau nak tengok sunset pun cantik kat taman ni. Tapi kami takdela tengok sunset, kang Damia habis kena gigit nyamuk dekat-dekat magrib tak balik lagi.

So sape-sape yang takde idea nak bawak anak main-main boleh la datang sini. Macam takde taman kat rumah jek kan, huhu selalu memang putrajaya jugak yang dituju. sebab selesa kot. so bley la try nanti yer. Gambar taman tu takde, ada dalam kamera papa Damia. nanti saya upload kalau ade yer. Sampai sini dulu. Bubye

Dikna

Wednesday, May 29, 2013

cerita stroller damia...

Salam,
 
Alhamdulillah Damia Zahra dah masuk usia 2 bulan setengah. membesar dengan sihat. dah pandai senyum bila diagah. dah mengiring sikit-sikit. tapi kalau tak boleh menjerit-jerit dia marah. dah pandai ajak orang borak dengan dia. kalau nak pergi buat kerja mulalah melalak sebab takde orang layan. ada jek keletah si kecik ni tiap-tiap hari. tak jemu rasanya tengok dia. tapi cuti bersalin tinggal dua minggu jek lagi.. (T_T)
 
nak cerita kisah strolleh damia sebenarnya. actually semua keperluan damia kitorang dah beli awal-awal. stroller, car seat dan playpen Damia kami beli masa saya mengandung 6 bulan lagi.beli awal sebab banyak lagi barang nak beli lepas tu. so nanti senang sebab yang mahal ni dah beli dulu. bajet kitorg tak besar so takde la survey stroller tak mampu milik macam quinny tu. survey sweet cherry sebab harga dia mampu milik dan kualiti die okey la kan. so after survey kitorg decide beli Scr2

 
ni la stroller yang kami pilih. masa ni model ni memang baru jek keluar. ada tiga warna, biru ni, merah dan pink. pilih warna ni sebab universal, baby boy or girl semua boleh pakai. yela, cadangnya nak pakai lama la stroller ni. eksited masa ni so terus tangkap gambar.
 
bila Damia lahir, kitorg start guna bila nak bawa Damia pergi KK cek kuning dia. dan masa tu la masalah timbul, stroller ni tak muat dalam bonet myvi kitorg. boleh masuk tapi terlebih kat cermin belakang. memang hodoh la rupanya nampak tayar stroller tu dari luar. penutup atas pun tak boleh letak. sedih gila rasa sebab sayang sangat stroller ni. so ada la kitorg pakai dalam dua kali macam tu.
 
so dekat nak habis pantang tu, en husband tanya nak stroller baru tak yang muat bonet kereta, yang kecil dan ringan so mudah sikit saya nak bawa Damia sorang-sorang. lama jugak la saya fikir sebab sayang dengan stroller tu tapi sebab tak muat kereta kena la cari yang lain. kebetulan my mil baru buka online shop jual barang baby, so ada la stroller. boleh la pilih dari situ jek. en husband suruh ambil halford fliplite, dia ringan dan umbrella type. senang nak bawa. last-last saya ambil jugak la stroller baru tu.
 
 
inilah stroller yang kitorg pilih tu. biru jugak. memang ringan stroller ni, senang nak dibuka dan tutup. cuma barang tak boleh sangkut berat-berat sangat dekat handle dia tu, nanti bile angkat baby, stroller tu jatuh kebelakang. huhu tapi overall okey jek stroller ni. kecik so nak menyelit dalam restoran pun takde masalah. senang la untuk ibu-ibu yang nak bawak anak bershopping.
 
tu la dia cerita stroller damia, so untuk bakal-bakal ibu yang nak beli stroller make sure korang pilih stroller yang muat kereta yer. kalau kereta besar tu no problem la. memang kena survey betul-betul nak beli stroller ni dari segi fungsi, berat, nak fold tu senang or tak, banyak step ke x. sebab kalau banyak step sgt leceh la. apapun terpulang pada individu la kan. selamat membeli stroller..
 
p.s: nak let go stroller scr2 tu...ada yang nak beli tak?
 
 
Dikna

Friday, May 3, 2013

perkara yang berubah bila jadi ibu...

Salam,
 
rajin pulak nak membebel kat blog ni sekarang. maklumla masih dalam maternity leave dan duduk jek rumah jadi surirumah sepenuh masa. best la pulak duduk rumah jaga anak macam ni. kali ni nak cerita benda-benda yang berubah bila dah jadi ibu ni. memang hidup berubah 360 darjah bila dah ada anak. nak tahu apa yang berubah? jom tengok...
 
actually nak jadi ibu ni memang perlukan tahap kesabaran yang tinggi, kekuatan mental dan fizikal dan paling penting mestilah betul-betul bersedia nak ada anak. seriously bukan setakat sakit masa nak bersalin jek kena tanggung tapi banyak lagi benda lain yang kita kena hadapi lepas tu. besar tau tanggungjawab ibu ni bukan setakat korang tengok orang lain ada anak korang pun nak anak jugak.
 
masa mula-mula Damia lahir, dia memang tak nak tidur malam. so of course la mata korang akan jadi rabak sebab berjaga malam. dengan luka jahit yang still sakit, emosi pun tak berapa stabil lagi. sakit sana sini. memang sangat menguji kesabaran bila dia meragam taknak tidur dan kena didukung sepanjang malam. memang saya banyak menangis masa tu. well, anak sulung kan. takde pengalaman langsung. tiap-tiap malam dia macam tu sampai la umur sebulan. bila siang memang dia tidur tapi kita pulak sibuk nak bertungku semua. dengan orang datang melawat lagi. so takkan nak tidur pulak sepanjang hari. dapat tidur kejap pun bersyukur sangat rasa. so benda first yang berubah adalah masa tidur kita. jangan harap la nak tidur lama-lama. so pada kaki tidur macam saya ni memang agak susah nak adapt la tapi alhamdulillah sekarang dah boleh terima jadual baru ni.
 
lepas tu kena pandai bahagi masa. bila dah balik rumah sendiri lepas pantang, kena pandai-pandai cari masa nak buat kerja rumah semua. so bila anak tidur time tu la nak masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju n kemas rumah. lagi mencabar bila tinggal berdua jek dengan baby. kejap-kejap kena tengok takut dia bangun. kadang-kadang tu baru nak panaskan kuali dia dah bangun melalak. so tutup balik api jaga dia dulu. even nak solat, mandi or nak berak pun susah tau. dia tidur kena cepat-cepat pergi mandi or tunaikan hajat. mandi pun tak tenang dan tak boleh lama-lama. takut dia bangun menangis. ni baru anak seorang, kalau ramai macam mana la kan.
 
bila dah ada anak, kalau nak beli barang ke apa semua untuk anak. shopping online pun tengok barang anak. diri sendiri punya dah tak penting sangat. semua untuk anak jek. nak buat apa-apa pun ingat anak dulu. pergi shopping mall pun asyik la membelek baju baby, kasut baby, barang baby. ada jek yang rasa macam tak cukup untuk anak. nak pergi jalan sibuk fikir nak pakaikan anak baju apa, nak bawak apa lagi untuk anak. kalau dulu kita yang duk belek baju dalam almari fikir nak pakai baju apa. sekarang ni ambil jek baju mana-mana sarung terus. anak kita lebih penting.
 
lagi satu perubahan paling besar of course la fizikal kita. huhu macam saya ni memang susah la nak kurus. memang dapat balik berat badan before pregnant tapi kejap jek la kot. sekarang mesti dah naik balik. hari tu try seluar jeans lama, memang sedih sebab muat-muat jek tapi ketat dan tak selesa. perut buncit, dengan strechmark comel kat perut sangat la mengurangkan keyakinan diri. en husband cakap tak kisah tapi tetap la rasa tak yakin. nak diet untuk kurus? memang bukan saya la tu. suruh melantak laju la. huhu...
 
lagi satu yang berubah adalah ramai orang yang akan tegur kita. yela, bila bawak anak jalan, orang mesti senyum tengok baby pastu tegur tanya anak berapa bulan semua. tak kisah la dalam lif ke, kat cashier pun jadi tau, kat shopping mall, kedai makan. orang senyum tengok anak kita, kita pun senyum balik kat orang. banyak pahala kita dapat kan sebab senyum jek kat orang. huhu tiba-tiba kita pun jadi suka tengok anak orang, tengok baby orang. so ada anak ni buat kita jadi lebih peramah dan murah dengan senyuman.
 
lagi satu yang berubah adalah quality time dengan ur husband. memang berbeza sangat tau. nak makan sama-sama kena tunggu dia tidur. then baru nak makan dan borak-borak berdua, anak dah bangun. memang takde makna la korang nak berborak lama-lama kat kedai makan lepas makan macam dulu-dulu. sekarang kena makan cepat-cepat bila dia tidur. kalau tengah makan dia bangun maka kena salah sorang kena makan dulu then bergilir jaga baby. nak menikmati makanan pun tak dapat. sekarang ni janji makan jek. en husband pulak jenis kalau makan nak sama-sama, so selagi damia tak tidur, kitorang berdua memang tak boleh la nak makan. tu bab makan, ni bab tengok movie pulak. nak tengok movie kat wayang memang tak dapat la kan, tapi nak tengok movie kat rumah berdua pun satu cabaran jugak. damia sekarang dah pandai mengamuk kalau nak tidur, so sementara nak tidurkan dia sambil tengok movie sangatlah tak fokus kat movie. bila dia tidur, baru nak sambung tengok berdua saya pulak dah tertidur sebab penat sangat. huhu
 
banyak kan yang berubah, tapi walaupun banyak benda yang berubah dalam hidup kita, yang pastinya kita akan rasa lebih bahagia dan lebih gembira. walaupun ada rasa penat, tapi semuanya berbaloi-baloi. jadi ibu ni memang satu pengalaman yang tak ternilai. tak sabar rasanya nak tengok anak membesar, belajar banyak lagi benda-benda baru.

p.s: nanti dah start kerja dapat tengok anak malam-malam jek...
      rasa macam banyak jek benda yang akan miss nanti... :(
      nak jadi surirumah jek boleh tak en husband....huhu

DIKNA

Monday, April 29, 2013

Pengalaman bersalin (part 2)

Salam,

ni sambungan dari part 1 hari tu. sampai hospital saya daftar sambil dah pegang kain batik. pagi tu dah datang kan so dah tau dah nak kene buat apa, so lepas tu masuk dalam dan buat semua prosedur yang saya buat pagi tu, ambil urine, cek CTG dan juga bukaan. tapi kali ni CTG tu ambil masa yang sangat lama sebab bacaan jantung baby tak normal. kejap-kejap mesin tu bunyi. saya tak tau kenapa. nant ade nurse datang betulkan then ok kejap lepas tu bunyi balik. selalu 20 minit jek masa untuk buat CTG tu tapi kali ni berjam-jam lamanye. saya tanya nurse kenapa, nurse cakap baby tidur. huhu boleh pulak mama dia dah sakit dia tidur lagi kat dalam perut tu. last-last nurse main perut, urut gosok semua la baru bacaan normal. dalam pukul 3 pagi baru la doktor cek bukaan. masa tu dah buka 6 cm. Alhamdulillah. cepat jugak terbukak jalannya.
 
pukul 4 lebih doktor cek bukaan dah 8 cm so doktor pecahkan air ketuban. masa nak pecahkan tu saya takut sangat tapi rupanya tak rasa apa-apa, tiba-tiba rasa panas dan basah jek. lepas dah pecahkan air ketuban saya dibawa masuk ke bilik bersalin pukul 5 pagi. masa tu baru nurse panggil En. Husband. tapi masa tu tahap kesakitan dia lebih sakit lagi dari yang sebelum tu. tapi tu pun masa tunggu bukaan tu saya dah menggigil tahan sakit. saya pegang besi katil tu bila contraction datang. memang sakit yang tak tahu nak dijelaskan. tapi bila masuk dalam bilik bersalin tu sakit dia lagi berpuluh kali ganda, memang saya tak tahu nak buat apa dah time tu. nasib baik En. Husband ade, dia tak berhenti suruh saya berdoa, tolong tenangkan saya. sampai tercedera kena cakar dengan saya masa tu.
 
tak lama lepas tu bila contraction datang jek saya terasa macam nak terberak yang dah tak tahan sangat. saya panggil nurse tapi bila die cek, bukaan belum bukak sepenuhnya. jadi dia suruh saya tahan jangan teran dulu. Ya Allah, saya tak tahu nak tahan macam mana dah, habis kepit pun memang rasa nak terkeluar sangat dah. berpusing-pusing saya atas katil tu menahan sakit. tak tahu nak gambarkan macam mana sakitnya. mulut tak berhenti berdoa, berzikir semoga dipermudahkan semua.
 
bila dah tak tahan sakit, saya panggil balik nurse.kali ni alhamdulillah bukaan dah cukup dan saya dibenarkan meneran. tapi saya tak pandai nak teran. tak tahu la berapa kali saya cuba teran tapi tak berjaya sampai kena marah dengan nurse. dia ugut saya kalau dalam masa 1 jam tak keluar jugak dia akan guna cara lain. cara apa saya pun tak pasti. dengar macam tu saya dah risau. En husband tak putus-putus bagi sokongan masa tu termasuk la nurse-nurse. akhirnya saya cuba lagi meneran dengan sekuat hati, beberapa kali cuba, nurse cakap dah nampak rambut baby, nurse suruh En. husband tengok. saya cuba teran lagi sekuat hati dan kepala baby pun keluar. masa nak keluar tu terasa doktor gunting...huhu tapi still tak dapat lawan sakit bersalin tu sendiri. saya diminta rehat kejap then teran lagi sekali. finally, pukul 5.42 pagi saya selamat bersalin. bila baby keluar jek hilang semua segala kesakitan yang ditanggung tu. bila nampak baby, terharu sangat rasa. saya bersyukur kepada Allah kerana memudahkan segalanya.
 
baby keluar terus menangis, then nurse letak baby atas dada saya. tak dapat nak gambarkan perasaan saya masa tu. gembira, terharu, tak percaya, bersyukur  semua bercampur. en. husband cium dahi saya dan cakap terima kasih. macam tak percaya baby yang saya bawak selama 9 bulan tu kini dah ada dalam dakapan saya. selepas tu baby dibawak keluar oleh nurse untuk dibersihkan. saya pulak tunggu masa untuk dijahit. nurse suntik ubat bius dan mula menjahit. masa jahit lapisan dalam tu memang tak rasa apa-apa tapi bila sampai dekat kulit luar, terangkat jugak la punggung menahan sakit, dengar bunyi jarum berdetus kat kulit. sampai saya tanya dekat nurse, banyak lagi ke. huhu sakit macam tak bius langsung. dah la tiap kali habis satu jahitan, nurse tekan dengan kapas untuk serap darah yang keluar. memang sakit la ditekan-tekan kat situ. En. husband takde dah masa tu, nurse suruh keluar dulu. lepas solat subuh dan beli sarapan, baru en husband datang semula. masa tu baby dah ada di sebelah saya untuk disusukan.
 
wad penuh masa tu so saya kene tunggu dalam bilik bersalin sampai wad kosong. lama jugak la saya duduk dengan en husband dan baby dalam tu. sempat berborak dan ambil gambar dulu. dalam pukul 9 pagi baru saya ditolak masuk ke wad. en husband request wad kelas dua masa tu tapi malangnya aircond rosak. memang saya berpeluh-peluh la time tu. saya berdoa jek supaya boleh balik petang tu jugak sebab tak larat nak duduk dalam bilik sauna tu. Alhamdulillah petang tu saya boleh balik sebab baby dah kencing dan berak. so inilah pengalaman saya bersalin kali pertama. saya bersyukur kerana Allah mudahkan semuanya. memang sakit bersalin tu tak mampu diceritakan dengan kata-kata tapi bila baby dah keluar, semua tu hilang dan rasa berbaloi sangat. memang perasaan yang tak boleh digambarkan. hanya mereka yang lalui sahaja yang faham. (^_^)
 
gambar fresh dalam bilik bersalin
lepas Damia dah dibersihkan.
 
 
p.s: terima kasih temankan saya wahai suami...
       kalau takde tak tahu la macam mana saya nak lalui semua tu sorang-sorang....
 
 
DIKNA

Wednesday, April 24, 2013

Selamat datang....

 
Salam,
 
Sudah agak lama saya tinggalkan blog ni. Alhamdulillah ketika saya menaip entri ini, saya telah pun selamat bersalin dan telah selamat menghabiskan pantang selama 44 hari. Saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal pada 10 Mac 2013 pukul 5.42 pagi. betul-betul subuh baby ni lahir. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memudahkan semua urusan. cerita pasal pengalaman bersalin dan juga berpantang saya cerita kemudian yer. saya perkenalkan anak perempuan saya yang diberi nama Damia Zahra binti Muhammad Izzat Haqim.
 
 
Damia Zahra
1 hari
 
dan hari ini
 
Damia Zahra
46 hari
 
Alhamdulillah Damia membesar dengan sihat dan aktif. semoga dia terus diberi kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak yang baik dan solehah. InsyaAllah. nanti ada masa saya update lagi yer. ini pun menaip sambil meriba Damia yang merengek nak tidur tapi tahan mata. huhu (^_^)
 
p.s: Bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah...
 
 
Dikna
 
 
 

Saturday, November 24, 2012

Scan 3D/4D plus detail scan with Jezzlyn


Salam,

khamis, 22 Nov 2012...

Saya berjaya booking slot untuk scan 3D/4D with Miss Jezzlyn yang famous tu. siapa yang pregnant mesti tahu fb 3D 4D scan Malaysia  or website dia bayi-ibu.com. saya duk baca blog M2B, kebanyakan mereka pernah buat scan dengan Miss Jezzlyn. selalu nak book appoinment cepat jek penuh, finally dapat jugak book pada masa yang sesuai sebab saya nak buat detail scan sekali. detail scan sesuai masa baby dalam minggu 18 hingga 24. 3D/4D scan pula sesuai dalam minggu 22 hingga 28 lebih kurang la. sebab kalau dah 30 minggu keatas takut dah tak nampak sebab baby dah besar.

so pakej buat 3D/4D scan dengan detail scan in 2D ni RM200. dapat percuma CD dan jugak gambar. en husband mintak jugak detail scan untuk tengok baby secara detail dan periksa kecacatan bayi. bagi saya memang berbaloi-baloi la. miss Jezzlyn ni sangat sabar tunggu sampai kita nampak muka baby. dia bagi penerangan tentang detail scan tu pun jelas. saya dapat tengok setiap anggota badan, jantung, tulang, jari kaki dan tangan, tulang dan organ lain dan dia tengok sama ada normal atau pun tidak. memang detail la dia scan. puas hati sangat. jantina baby pun cepat jek dia confirmkan. tanpa ragu-ragu, dia cakap terus 100% confirm. (^_^)
tapi baby saya memang sangat la pemalu orangnya. lama sangat dia pujuk-pujuk baby suruh tunjuk muka tapi my baby tidur lena dan buat tak layan jek. dia tidur tangan dan kaki semua kat muka. bayangkan la macam mana nak nampak muka dia. lama sangat tunggu tapi tak nampak jugak, dia mintak kami jalan-jalan dulu kat luar sementara dia scan orang lain. then dia panggil balik, kali ni memang lama la sebab sekali dengan detail scan but still my baby taknak tunjuk muka dia. memang naughty sungguh your baby dia cakap.


macam ni la my baby tiap masa
sorok muka dia dengan tangan n kaki dia....
tidur taknak layan kitorang....


After penat la memujuk si comel ni, ada la jugak nampak muka dia tapi sekejap jela. then dia letak balik tangan dia kat muka.siap nampak dia menguap dan menganga lapar. saya memang belum makan time tu. ada jugak dia senyum kejap then tutup muka balik. sabar jela. nasib baik la Miss Jezzlyn tu sabar orangnya. tak jemu-jemu pujuk baby tunjuk muka dia. nak tengok my baby?




 taraaaa.....





ni la muka dia yang mahal sangat nak tunjuk tu... (^_^)
still kecil lagikan,
kalau nak tengok yang dah tembam kena tunggu week 28
sekarang baru week 23.

so pada M2B yang nak scan 3D/4D ni, saya recommend sangat pergi dekat Miss Jezzlyn ni. memang puas hati sangat. so jom la pergi terjah ramai-ramai. jantina baby dah confirm, so boleh la shopping barang baby dengan konfiden lepas ni. apa yer jantina my baby? hehe biarlah rahsia dulu kan. nant teka bila saya dah beli barang baby yer.... (^_^)

p.s: berjaya jejakkan kaki dekat Pureen Warehouse Sale tadi...
       memang macam pergi berperang....
       tunggu next entry yer....(^_^)


DIKNA

Friday, November 23, 2012

Pregnant women memang cepat emo dan sensitif ek?


Salam,

since pregnant ni kan memang saya rasa cepat emo dan sensitif sikit. sikit ke? huhu macam banyak jek... sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak touching, sikit-sikit nak sedih, sikit-sikit nak nangis. tapi bukan dengan semua orang tau, dengan En. husband jek. haha agak mengada-ngada kat situ. selalu jek macam tiba-tiba sedih, pastu nangis sorang-sorang...entah apa-apa ntah... kadang-kadang takde sebab pun. bila en. husband sibuk sikit, takde masa nak layan mulalah fikir bukan-bukan, pastu nak touching...tak tau la kenapa, kene tegur sikit pun nak nangis jugak....nak perhatian lebih kot...gedik betul...huhu

cerita pasal sensitif ni kan, sekarang selalu mimpi pelik-pelik, dah la tidur pun tak berapa lena sebab tak selesa. Ada satu malam tu, macam biasa saya memang tidur awal sekarang, en husband pulak seminggu sekali memang pergi main badminton, balik dah kul 1 2 pagi, so saya memang takde la tunggu dia, x mampu nak tunggu pun, mengantuk betul....then tengah tidur tu saya perasan dia balik, tapi x larat nak bukak mata. saya sambung tidur balik then saya mimpi something, dalam mimpi tu saya memang rasa sedih sangat sampai terjaga pun still terasa sedih tu, macam betul-betul jadi then saya tengok sebelah saya kosong, means en husband tak tidur lagi. saya nak sambung tidur n taknak fikir pun pasal mimpi tu tapi mata ni taknak lelap.

last-last saya tak boleh tahan saya bangun cari en husband, tengok dia tengah buat keje dia, dah pukul 4 lebih masa tu, dia pun terkejut tengok saya cari dia, dia bawak saya masuk bilik suruh sambung tidur, saya tak cakap pun saya mimpi ke apa, saya diam jek, dia suh saya baring, pastu dia selimutkan then die nak keluar sambung buat keje die. mula la saya emo time tu, memang tengah sedih dengan mimpi tu, saya terus nangis teresak-esak x henti-henti. dia dah pelik dah tengok saya, terus dia peluk dan pujuk saya suruh berhenti, tapi saya nangis jugak sampai bengkak la mata ni, dia tanya kenapa? saya x jawab langsung, saya nangis jek sepuas-puas hati. last-last terus tak jadi tidur, tunggu subuh terus, saya pun dah macam nak sesak nafas sebab teruk sangat nangis. beberapa hari lepas tu saya cerita pasal mimpi saya tu kat en husband, dia boleh bantai gelak jek. dia cakap saya ntah pape. Alhamdulillah selepas malam tu, saya takde mimpi yang bukan-bukan lagi. hope dah takde la...mengganggu emosi betul.


p.s: suka sangat wat drama melayu...huhu


DIKNA

Sunday, November 4, 2012

after a while...


Salam Semua,

Dah lama sangat menyepi tapi hati ni rasa rindu pulak nak update blog bersawang ni. actually quite busy dengan rutin baru dan memang sangat tak sempat nak update apa-apa. rutin baru apa yer? huhu senyap berkurun lama dari awal tahun lagi....actually right now saya sudah pun bertukar status kepada isteri orang mei 2012 yang lalu dan InsyaAllah will be a mother march next year.  (^_^)

baby dalam perut dah pun masuk 5 Bulan now. tiba-tiba muncul jek dah 5 bulan kan. huhu so tu la rutin baru yang buat saya sibuk. actually still dalam fasa mengadaptasi lagi. tapi sekarang dah boleh sesuaikan diri dah pun. doakan saya dan kandungan sihat yer. apa-apa nant saya update lagi. gambar kawin pun x sempat nak update sebab belum siap pun. tu la dia kalau en. husband yang jadi tukang edit dan buat albumnya. so tunggu jela bila dia free sebab dia sibuk siapkan album customer die. silap-silap nanti dah ada baby pun gambar kawin tak siap lagi...nasib la kan. (^_^)

kami masa honeymoon di Cameron...bila la boleh berjalan lagi agaknya?

sampai sini dulu yer, nanti saya update lagi.


bubye...(^_^)


DIKNA

Tuesday, December 13, 2011

restoran ikan bakar parameswara, umbai

salam, so saya nak tunaikan janji ni...nak tau kan tempat wajib pergi tu...kat sini la...restoran ikan bakar parameswara, umbai. saya pernah pergi sekali dulu dan pernah buat entri pasal tempat ni di sini. so this time kami nak pergi lagi kali kedua sebab asyik teringat jek kelazatan makanan kat situ...huhu so takdelah frust sangat trip ke melaka kali ni coz saya dapat apa yang sangat dihajati....


on the way ke umbai...
muka sengih tak ingat...
nak melantak la katakan....hehe

kami dah sampai...

as usual, tempat ni penuh seperti biasa, nak pilih meja pun berebut-rebut dan siap kene tunggu kat sebelah meja yang macam dah nak habis makan then bila diorang bangun, cepat-cepat terkam meja tu...memang hampir semua orang kene buat perangai macam ni kat sini. i know agak tak senonoh disitu tapi memang itulah hakikatnya. sebab bila dah dapat meja baru kita dibenarkan pergi pilih ikan. kalau tak nant kene marah dengan pekerja kat situ. sampai dah naik hafal dialog dia..."dah ada meja ke belom? kalau dah ada baru pegi pilih ikan, kalau tak makan berdiri nanti" huhu memang tu jela yang diulang dari kami sampai hingga kami balik...terhibur sangat...kami berdua gelak jek...

so dah dapat meja, saya pun jadi penjaga meja manakala encik tunang pergi kaunter pilih ikan...jom tengok apa kami order kali ni....(^_^)


kerang bakar yang maveles..
dia bakar kosong jek tapi makan begitu saja pun sedap
apatah lagi kalau dah cicah air asam kan...memang wallah...




next, ikan siakap masak tiga rasa..
as usual sedap seperti hari tu...
licin hingga tinggal tulang dikerjakan...




menu wajib, sotong goreng tepung yang enak...
memang ratah jek sotong ni..
tepung die sedap la...



ni pulak jenahak bakar sambal...
recommend by kawan kami, nabil
sedap jugak tapi bukan taste saya...
saya suka lagi bakar yang biasa tu...




so jom makan sampai buncit...
jauh perjalanan nak balik nant....
muka happy tak terkira...(^_^)



sangat sedap hingga licin semuanya...
tak tau bila dapat kesini lagi
tapi pasti akan datang lagi...


total semua untuk malam ni plus fresh oren, jus tembikai dan sambal belacan sedap adalah RM90++. ikan dua ekor yer, so quite reasonable la harga dia...so thats how we end our trip that day. habis makan kami bergerak pulang but before that kita beli ole-ole untuk my mom n also for his mom...walaupun banyak tempat tak dapat pergi but dapat makan disini dah cukup puas untuk saya, thanks to encik tunang coz sudi menemani saya dari pagi hingga malam dan sudi melayan permintaan saya yang bermacam-macam ni. next time, kita jalan-jalan lagi yer...(^_^)

p.s: sapa-sapa pergi melaka jangan lupa datang sini
      dijamin tidak menyesal....(^_^)


Monday, December 12, 2011

jalan-jalan ke melaka

salam semua, hari sabtu 10 dis 2011 yang lepas, saya dan encik tunang telah pun selamat menjelajah melaka berdua. tujuan utama trip ke melaka kali ni adalah untuk menghadiri kenduri kawen coursemate encik tunang di Masjid Tanah dan coursemate saya di Merlimau. first time pergi wedding jauh-jauh sebenarnya so quite excited jugak la. maklumlah, orang jarang berjalan jauh kan.

kami bertolak pukul 10 pagi dan sampai di Masjid Tanah pukul 1 petang. lama betol kan perjalanan, huhu takdela, tu termasuk dengan berhenti breakfast, isi minyak, pergi toilet, cari charger gps lagi dan yang paling penting sesat mencari rumah pengantin. ada gps pun sesat jugak...memang menguji kesabaran betol bile tempat tu tiada dalam gps, so terpaksa la try n error. alhamdulillah sampai jugak.


next destination, Merlimau...

oleh kerana nak kejar wedding my coursemate pulak, after makan terus jek kami terus bertolak ke Merlimau. this time, saya pulak drive, encik tunang mengantok katanya. mungkin jugak penat sebab sesat tadi. sempat jugak la dia tidur sampai tol air keroh. but kat sini jalan jam pulak. maklumlah, weekend plus school holiday so semua pakat pergi melaka bercuti. memang tak best betol. so sampai kat wedding my fren pukul 3.30 ptg..orang da nak kemas-kemas...so kitorg makan cepat-cepat, salam pengantin dan mintak diri. segan la pulak sebab dah takde tetamu, just saudara mara jek. coursemate saya yang lain pun dah selamat balik semuanya. tak dapat jumpa...


after mission selesai...our next mission was?? (^_^)

memang dah plan dengan encik tunang nak berjalan-jalan sekali kat melaka. yela, bukan senang nak sampai sana but turn out our plan semua tak dapat ditunaikan. memang hampa kecewa betol....kenapa semua tak jadi?? 


motif tangkap gambar banyak-banyak dalam kereta??
jalan jammmmm....

macam saya cerita tadi, jalan dekat air keroh tu adalah jam yer korang. so saya cakap saya nak pergi bandar hilir, nak jalan-jalan kat sana. tapi nak sampai kat situ pun berjam-jam sebab jalan jam sangat. kalah jam kat KL macam ni. padahal dekat jek tempat nak pergi tu. so sebab jam sangat so akhirnya saya give up, tak payah la jalan kt sana, kita pergi air keroh jek. pergi zoo ke...yela, tu baru jam, nant dah sampai sana nak cari parking dah lagi satu hal kan, so x jadi la.... 


sempat tukar uniform dulu but this time frust jugak....huhu

after that kitorg bergerak pergi air keroh, selamat sampai, dapat parking....sempat tengok kereta lembu dulu then bergerak ke zoo...haha dalam hati memang dah boleh agak dah tapi tak salah nak tengok jugak kan. time tu dah pukul 6 petang so of coz la zoo pun dah tutup...nak kene tunggu malam pukul 8 baru bukak balik. so memang tak dapat jugak la berjalan....huhu tapi takpe, pujuk hati...lain kali kita datang lagi dan make sure kita jalan puas-puas. (^_^)


ni hasil tangkapan yang berjaya disambar...
walaupun frust, ole-ole tetap kena beli jugak..
baru lengkap trip kali ni....

tu jek ke?? tak menarik betul kan jalan jauh-jauh tapi tu jek hasilnya...tunggu dulu...kitorg ada tempat wajib pergi kalau dah sampai sini. memang fav ni...kemana??


cuba teka nak pergi mana??
nasib baik ada gps dan juga bear tempat pegang gps..
tiba-tiba tukar function bear tu..
berjasa jugak...(^_^)



mood kembali happy
sebab hajat yang satu ini tercapai...
nak tau kemana?
tunggu next entri ok...(^_^)

p.s: next time, akan jalan puas-puas...(^_^)


Friday, October 14, 2011

dear my other half, happy birthday.. (^_^)


HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

There are so many things to say but I will never be able to it into words.
You have been so sweet to me, I know I can always count on you.
Thank you so much. May Allah bless you.
Love you. Happy Birthday! (^_^)


Friday, August 5, 2011

Dugaan Bertunang...

Salam semua...

Entri ni ditulis sebab sekarang ni asyik dengar kes putus tunang jek. baru aritu khairul fahmi che mat @ apek putus tunang now terbaca ally iskandar pulak putus tunang. sedikit sebanyak tempias jugak la dekat sini. diorang ni tunang baru jek tapi dah putus. macam-macam kes kan. mest korang semua tau kan. kalau tak tau boleh baca kat sini dan juga sini.

Hebat betul yer dugaan bertunang ni. macam-macam punca. tapi respek dengan ally sebab putus secara baik. selesaikan pun secara dewasa. mungkin dah bukan jodoh mereka. kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. kene la terima dengan redha. tapi walau apapun kita sebagai manusia boleh berusaha untuk menyelamatkan relationship tu.


pic source : here


Dah terlanjur baca kes-kes mereka tu, gatal la pergi search pasal dugaan bertunang. banyak rupanya orang post pasal dugaan bertunang ni. ada macam-macam kes, macam-macam dugaan. agak menyeramkan jugakla baca. dah kita pun termasuk dalam kategori orang bertunangkan. actually dari zaman sekolah dulu saya memang fobia dengan ikatan tunang ni. ntah la, maybe sebab banyak sangat dengar cerita yang -ve kan. sampai saya selalu bitau kawan-kawan yang saya tanak bertunang, nak kawin jek terus. memang x pernah berangan nak bertunang pun. sebab tu ramai yang terkejut bila saya cakap nak bertunang hari tu. tapi dah memang ditakdirkan untuk saya bertunang, maka disini la saya ketika ini. (^_^)

Alhamdulillah setakat ni kami okey. memang takde la perkara yang menyebabkan gado besar. kalau gado manja sikit-sikit tu ada la. tapi sama macam post-post yang saya baca, masa bertunang ni hati ni memang sangat sensitif la. sikit-sikit nak mara, nak merajuk. ada jek yang tak kena. bukan encik tunang tapi saya la yang bermasalah tu. macam PMS jek tiap-tiap ari. baru sebulan lebih jek. bukan tu jek, airmata ni pun murah jek nak turun. hati kecik betul. kenapa macam tu yer?? kalau terasa tu mulalah rasa yang bukan-bukan, dia dah tak sayang la, pentingkan benda lain la, ada orang lain la, dah menyampah la. entah apa-apa yang terlintas. nasib baik la still boleh berfikir dengan waras lagi lepas tu. nasib baik jugak la encik tunang saya tu penyabar orang nya. kalau nak ikut perangai saya yang tak sabar ni memang lagi huru-hara la jadinya.

Tapi saya sedar la yang perangai saya ni sangat terok sebab sensitif sangat tapi memang tak boleh nak dielakkan. tiba-tiba jek memang akan macam tu. or memang perangai saya macam tu ek. haha hanya encik tunang jek la yang tau. mungkin tu semua dugaan. terima kasih to encik tunang yang sabar melayan. sori sebab selalu menyusahkan. apepun saya hope hubungan ni berkekalan hendakNya. Aminnn... (^_^)


"Relationship last long because two people made a choice:
To KEEP it, FIGHT for it, and WORK for it."
quotes from TheNotebook


Thursday, August 4, 2011

dating plus harry potter 7

salam semua....

dah lama sangat tak update cerita dating kan. dah lama tak pergi dating memang la tak update. kalau jumpa dengan encik tunang tu selalu la but dating secara proper tu memang dah jarang sangat. dah jarang sebab encik tunang busy dengan job die hujung minggu. so saya hari minggu terperap jela dekat rumah. selalu jek macam rindu nak gi dating sebab nant excited nak bersiap, nak siap cantik-cantik...huhu cantik la sangat kan. walaupun berpuluh ribu kali pun pergi dating tapi mesti rasa excited macam nak pergi first date. haha agak gedik disitu.

before puasa hari tu berjaya jugak la pergi dating dengan encik tunang. tu pun after balik ot hari sabtu. lokasi macam biasa la alamanda tercinta. aktiviti yang kami buat macam biasa la, tengok movie dan makan. movie kali ni movie fav saya la....harry potter


dah habis dah...pasni no harry potter lagi


agak sedih sebab dah habis. memang dari dulu tak pernah miss tengok harry potter. seat paling hadapan pun saya sanggup tengok. rasanya bukan ni kali pertama tengok harry potter seat depan. huhu excited jugak nak tengok walaupun sakit tengkuk lepas tu. takpela, last time kan. pasni dah takde dah...

best ke Hp7 ni? overall ok la bagi saya. tapi kelakar part yang last sekali time semua dah jadi tua dan dah ada anak tu. comel jek tengok diorang dah jadi mak n bapak. hantar anak pergi hogwart. huhu



pasni dah takleh tengok mereka lagi.
suka tengok hermoine n ron...(^_^)

tu jela aktiviti dating kali ni. makan pun before tengok movie. makan sizzling yang nyum nyum. tapi kalau dapat sizzling kat mines mest lagi sedap....takpela, next time pulak. if dating lagi la...(^_^)

p.s: tak sabar nak shopping baju raya...tibe-tibe (^_^)

Sunday, July 31, 2011

I love U..




"I don't say "I LOVE YOU" out of habit. I say it to remind you that you're the best thing that's ever happened to me."


Saturday, July 23, 2011

From Me to Him....


Salam semua....

so entri malam ni berbalik semula pasal majlis pertunangan. kali ni saya nak cerita tetang hantaran pulak tau. hantaran untuk pertunangan kami adalah sebanyak 5 dulang berbalas 7 dulang. maknanya hantaran belah perempuan adalah 7 dulang manakala hantaran pihak lelaki adalah 5 dulang. huhu tu pun nak cakap, takkan la taktau kan...

sebenarnya nak fikir hantaran yang 7 tu pun sangat complicated. mula-mula nak bagi ni, pastu tukar pulak yang lain, tukar dan tukar until tercapai 7 yang ada tu. tapi still ada jugak tambahan satu. takpela, biar lebih jangan berkurang kan...hehe so lets see ape yang saya bagi untuk pihak encik tunang yer....gambar bukan dari OP so kualiti memang kureng. kecik ati sebenarnya gambar hantaran takde langsung ditangkap oleh OP (T_T)



yang memang wajib ada, kepala hantaran ni...
sireh junjung plus fresh flower
siap naik basikal sireh ni kan...



kain dan sampin untuk nikah nant..
sangat cantik kaler peach ni.. 
dipilih oleh mama encik tunang... (^_^)



kemeja untuk encik tunang...
tak sabar nak tengok encik tunang pakai..

 


wallet pun belum rasmi lagi...
ada potpuri sekali pengganti bunga rampai.


seterusnya apam polka dot, made by me...
rasa puas hati sebab ada something yang dihasilkan oleh diri sendiri..

 


next one ni buah-buahan la kan...
paling suke decoration buah ni...
sangat menyelerakan...
buah ni sponsor by abg saya
terima kasih abg amir...

 

kek yang sangat cute ni plak
sponsor by my bff fara dan yan
tima kasih korang...
actually kek ni adalah special edition untuk fathers day
tapi terjadi kek tunang pulak...huhu





lastly adalah homemade chocholate
sponsor dan dibuat sendiri oleh my cousin
thanks lina untuk coklat yang comel ini...


kalau ada gambar from OP mesti lagi cantik dan menawan hantaran ni. all the decoration was made by my kaklong. saya tolong gam dan tampal jek. terima kasih atas semuanya..finally my dream untuk bertemakan warna pink tercapai jua akhirnya. sebab kalau kami tak bertunang, warna pink memang takkan jadi pilihan untuk nikah or kawin. encik tunang dah reject awal-awal...hehe takkan la dia nak pakai warna pink kan..memang tak la...(^_^)



p.s: hantaran kawin nant tema warna ape pulak ek?? (^_^)