rajin pulak nak membebel kat blog ni sekarang. maklumla masih dalam maternity leave dan duduk jek rumah jadi surirumah sepenuh masa. best la pulak duduk rumah jaga anak macam ni. kali ni nak cerita benda-benda yang berubah bila dah jadi ibu ni. memang hidup berubah 360 darjah bila dah ada anak. nak tahu apa yang berubah? jom tengok...
actually nak jadi ibu ni memang perlukan tahap kesabaran yang tinggi, kekuatan mental dan fizikal dan paling penting mestilah betul-betul bersedia nak ada anak. seriously bukan setakat sakit masa nak bersalin jek kena tanggung tapi banyak lagi benda lain yang kita kena hadapi lepas tu. besar tau tanggungjawab ibu ni bukan setakat korang tengok orang lain ada anak korang pun nak anak jugak.
masa mula-mula Damia lahir, dia memang tak nak tidur malam. so of course la mata korang akan jadi rabak sebab berjaga malam. dengan luka jahit yang still sakit, emosi pun tak berapa stabil lagi. sakit sana sini. memang sangat menguji kesabaran bila dia meragam taknak tidur dan kena didukung sepanjang malam. memang saya banyak menangis masa tu. well, anak sulung kan. takde pengalaman langsung. tiap-tiap malam dia macam tu sampai la umur sebulan. bila siang memang dia tidur tapi kita pulak sibuk nak bertungku semua. dengan orang datang melawat lagi. so takkan nak tidur pulak sepanjang hari. dapat tidur kejap pun bersyukur sangat rasa. so benda first yang berubah adalah masa tidur kita. jangan harap la nak tidur lama-lama. so pada kaki tidur macam saya ni memang agak susah nak adapt la tapi alhamdulillah sekarang dah boleh terima jadual baru ni.
lepas tu kena pandai bahagi masa. bila dah balik rumah sendiri lepas pantang, kena pandai-pandai cari masa nak buat kerja rumah semua. so bila anak tidur time tu la nak masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju n kemas rumah. lagi mencabar bila tinggal berdua jek dengan baby. kejap-kejap kena tengok takut dia bangun. kadang-kadang tu baru nak panaskan kuali dia dah bangun melalak. so tutup balik api jaga dia dulu. even nak solat, mandi or nak berak pun susah tau. dia tidur kena cepat-cepat pergi mandi or tunaikan hajat. mandi pun tak tenang dan tak boleh lama-lama. takut dia bangun menangis. ni baru anak seorang, kalau ramai macam mana la kan.
bila dah ada anak, kalau nak beli barang ke apa semua untuk anak. shopping online pun tengok barang anak. diri sendiri punya dah tak penting sangat. semua untuk anak jek. nak buat apa-apa pun ingat anak dulu. pergi shopping mall pun asyik la membelek baju baby, kasut baby, barang baby. ada jek yang rasa macam tak cukup untuk anak. nak pergi jalan sibuk fikir nak pakaikan anak baju apa, nak bawak apa lagi untuk anak. kalau dulu kita yang duk belek baju dalam almari fikir nak pakai baju apa. sekarang ni ambil jek baju mana-mana sarung terus. anak kita lebih penting.
lagi satu perubahan paling besar of course la fizikal kita. huhu macam saya ni memang susah la nak kurus. memang dapat balik berat badan before pregnant tapi kejap jek la kot. sekarang mesti dah naik balik. hari tu try seluar jeans lama, memang sedih sebab muat-muat jek tapi ketat dan tak selesa. perut buncit, dengan strechmark comel kat perut sangat la mengurangkan keyakinan diri. en husband cakap tak kisah tapi tetap la rasa tak yakin. nak diet untuk kurus? memang bukan saya la tu. suruh melantak laju la. huhu...
lagi satu yang berubah adalah ramai orang yang akan tegur kita. yela, bila bawak anak jalan, orang mesti senyum tengok baby pastu tegur tanya anak berapa bulan semua. tak kisah la dalam lif ke, kat cashier pun jadi tau, kat shopping mall, kedai makan. orang senyum tengok anak kita, kita pun senyum balik kat orang. banyak pahala kita dapat kan sebab senyum jek kat orang. huhu tiba-tiba kita pun jadi suka tengok anak orang, tengok baby orang. so ada anak ni buat kita jadi lebih peramah dan murah dengan senyuman.
lagi satu yang berubah adalah quality time dengan ur husband. memang berbeza sangat tau. nak makan sama-sama kena tunggu dia tidur. then baru nak makan dan borak-borak berdua, anak dah bangun. memang takde makna la korang nak berborak lama-lama kat kedai makan lepas makan macam dulu-dulu. sekarang kena makan cepat-cepat bila dia tidur. kalau tengah makan dia bangun maka kena salah sorang kena makan dulu then bergilir jaga baby. nak menikmati makanan pun tak dapat. sekarang ni janji makan jek. en husband pulak jenis kalau makan nak sama-sama, so selagi damia tak tidur, kitorang berdua memang tak boleh la nak makan. tu bab makan, ni bab tengok movie pulak. nak tengok movie kat wayang memang tak dapat la kan, tapi nak tengok movie kat rumah berdua pun satu cabaran jugak. damia sekarang dah pandai mengamuk kalau nak tidur, so sementara nak tidurkan dia sambil tengok movie sangatlah tak fokus kat movie. bila dia tidur, baru nak sambung tengok berdua saya pulak dah tertidur sebab penat sangat. huhu
banyak kan yang berubah, tapi walaupun banyak benda yang berubah dalam hidup kita, yang pastinya kita akan rasa lebih bahagia dan lebih gembira. walaupun ada rasa penat, tapi semuanya berbaloi-baloi. jadi ibu ni memang satu pengalaman yang tak ternilai. tak sabar rasanya nak tengok anak membesar, belajar banyak lagi benda-benda baru.
p.s: nanti dah start kerja dapat tengok anak malam-malam jek...
rasa macam banyak jek benda yang akan miss nanti... :(
nak jadi surirumah jek boleh tak en husband....huhu
DIKNA
p.s: nanti dah start kerja dapat tengok anak malam-malam jek...
rasa macam banyak jek benda yang akan miss nanti... :(
nak jadi surirumah jek boleh tak en husband....huhu
DIKNA
No comments:
Post a Comment