Salam,
ni sambungan dari part 1 hari tu. sampai hospital saya daftar sambil dah pegang kain batik. pagi tu dah datang kan so dah tau dah nak kene buat apa, so lepas tu masuk dalam dan buat semua prosedur yang saya buat pagi tu, ambil urine, cek CTG dan juga bukaan. tapi kali ni CTG tu ambil masa yang sangat lama sebab bacaan jantung baby tak normal. kejap-kejap mesin tu bunyi. saya tak tau kenapa. nant ade nurse datang betulkan then ok kejap lepas tu bunyi balik. selalu 20 minit jek masa untuk buat CTG tu tapi kali ni berjam-jam lamanye. saya tanya nurse kenapa, nurse cakap baby tidur. huhu boleh pulak mama dia dah sakit dia tidur lagi kat dalam perut tu. last-last nurse main perut, urut gosok semua la baru bacaan normal. dalam pukul 3 pagi baru la doktor cek bukaan. masa tu dah buka 6 cm. Alhamdulillah. cepat jugak terbukak jalannya.
pukul 4 lebih doktor cek bukaan dah 8 cm so doktor pecahkan air ketuban. masa nak pecahkan tu saya takut sangat tapi rupanya tak rasa apa-apa, tiba-tiba rasa panas dan basah jek. lepas dah pecahkan air ketuban saya dibawa masuk ke bilik bersalin pukul 5 pagi. masa tu baru nurse panggil En. Husband. tapi masa tu tahap kesakitan dia lebih sakit lagi dari yang sebelum tu. tapi tu pun masa tunggu bukaan tu saya dah menggigil tahan sakit. saya pegang besi katil tu bila contraction datang. memang sakit yang tak tahu nak dijelaskan. tapi bila masuk dalam bilik bersalin tu sakit dia lagi berpuluh kali ganda, memang saya tak tahu nak buat apa dah time tu. nasib baik En. Husband ade, dia tak berhenti suruh saya berdoa, tolong tenangkan saya. sampai tercedera kena cakar dengan saya masa tu.
tak lama lepas tu bila contraction datang jek saya terasa macam nak terberak yang dah tak tahan sangat. saya panggil nurse tapi bila die cek, bukaan belum bukak sepenuhnya. jadi dia suruh saya tahan jangan teran dulu. Ya Allah, saya tak tahu nak tahan macam mana dah, habis kepit pun memang rasa nak terkeluar sangat dah. berpusing-pusing saya atas katil tu menahan sakit. tak tahu nak gambarkan macam mana sakitnya. mulut tak berhenti berdoa, berzikir semoga dipermudahkan semua.
bila dah tak tahan sakit, saya panggil balik nurse.kali ni alhamdulillah bukaan dah cukup dan saya dibenarkan meneran. tapi saya tak pandai nak teran. tak tahu la berapa kali saya cuba teran tapi tak berjaya sampai kena marah dengan nurse. dia ugut saya kalau dalam masa 1 jam tak keluar jugak dia akan guna cara lain. cara apa saya pun tak pasti. dengar macam tu saya dah risau. En husband tak putus-putus bagi sokongan masa tu termasuk la nurse-nurse. akhirnya saya cuba lagi meneran dengan sekuat hati, beberapa kali cuba, nurse cakap dah nampak rambut baby, nurse suruh En. husband tengok. saya cuba teran lagi sekuat hati dan kepala baby pun keluar. masa nak keluar tu terasa doktor gunting...huhu tapi still tak dapat lawan sakit bersalin tu sendiri. saya diminta rehat kejap then teran lagi sekali. finally, pukul 5.42 pagi saya selamat bersalin. bila baby keluar jek hilang semua segala kesakitan yang ditanggung tu. bila nampak baby, terharu sangat rasa. saya bersyukur kepada Allah kerana memudahkan segalanya.
baby keluar terus menangis, then nurse letak baby atas dada saya. tak dapat nak gambarkan perasaan saya masa tu. gembira, terharu, tak percaya, bersyukur semua bercampur. en. husband cium dahi saya dan cakap terima kasih. macam tak percaya baby yang saya bawak selama 9 bulan tu kini dah ada dalam dakapan saya. selepas tu baby dibawak keluar oleh nurse untuk dibersihkan. saya pulak tunggu masa untuk dijahit. nurse suntik ubat bius dan mula menjahit. masa jahit lapisan dalam tu memang tak rasa apa-apa tapi bila sampai dekat kulit luar, terangkat jugak la punggung menahan sakit, dengar bunyi jarum berdetus kat kulit. sampai saya tanya dekat nurse, banyak lagi ke. huhu sakit macam tak bius langsung. dah la tiap kali habis satu jahitan, nurse tekan dengan kapas untuk serap darah yang keluar. memang sakit la ditekan-tekan kat situ. En. husband takde dah masa tu, nurse suruh keluar dulu. lepas solat subuh dan beli sarapan, baru en husband datang semula. masa tu baby dah ada di sebelah saya untuk disusukan.
wad penuh masa tu so saya kene tunggu dalam bilik bersalin sampai wad kosong. lama jugak la saya duduk dengan en husband dan baby dalam tu. sempat berborak dan ambil gambar dulu. dalam pukul 9 pagi baru saya ditolak masuk ke wad. en husband request wad kelas dua masa tu tapi malangnya aircond rosak. memang saya berpeluh-peluh la time tu. saya berdoa jek supaya boleh balik petang tu jugak sebab tak larat nak duduk dalam bilik sauna tu. Alhamdulillah petang tu saya boleh balik sebab baby dah kencing dan berak. so inilah pengalaman saya bersalin kali pertama. saya bersyukur kerana Allah mudahkan semuanya. memang sakit bersalin tu tak mampu diceritakan dengan kata-kata tapi bila baby dah keluar, semua tu hilang dan rasa berbaloi sangat. memang perasaan yang tak boleh digambarkan. hanya mereka yang lalui sahaja yang faham. (^_^)
gambar fresh dalam bilik bersalin
lepas Damia dah dibersihkan.
p.s: terima kasih temankan saya wahai suami...
kalau takde tak tahu la macam mana saya nak lalui semua tu sorang-sorang....
DIKNA
No comments:
Post a Comment