Image

Image

Pages

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

Aktiviti hujung minggu bersama yang tersayang...

Salam,

Hai semua, saya kembali lagi...Damia dah tidur so boleh la nak buat entri baru. Kali ni nak kongsi cerita hujung minggu bersama keluarga kecil saya. Selain dari menziarah rumah ibu saya dan juga mertua saya setiap hujung minggu, ada jugak aktiviti memenuhi undangan kenduri kawin, kami juga akan menghabiskan masa bersama-sama bawak Damia beriadah, bermain-main dan berjalan-jalan.

 Masa ni kami beriadah di dataran Putrajaya, Damia leka tengok air tasik. memang tenang sangat suasana kat sini. Tapi Damia sibuk kutip batu-batu kecil sepanjang jalan. Kalau pergi Taman Putra Perdana, Putrajaya pulak dia suka kutip daun-daun yang gugur sepanjang jalan tu... huhu macam-macam aktiviti diva kecil ni. Terhibur tengok telatah si kecik ni.

 Ni pulak memang rutin papa dia kalau Damia dah penat nak berjalan or dah sibuk duduk kat jalan tu, memang camni la jadinya, si kecik tu pun bukan main suka lagi bila naik atas papa die. Mama dia pulak sibuk terjerit-jerit suruh papa dia hati-hati, takut anak jatuh, terlepas. Risau mak mak ni memang camni kan....huhu

Ni baru balik kenduri tu yang saya dengan baju kurung beriadah petang-petang. Bagus jugak aktiviti macam ni, at least ada jugak la keluar peluh berjalan dengan mengejar si kecik ni. ni Damia baru jalan, belum mula berlari lagi. kalau dah lari mesti lagi ligat. Damia dah masuk 1 tahun 2 bulan dah. Sekejap betul masa berlalu....

Oh yer, nak kongsi jugak kalau nak bawak anak main boleh pergi taman putra perdana. kat situ tak ramai orang sangat berbanding dataran putrajaya yang sesak nak parking pun susah. lagipun bahaya bawak anak baru pandai jalan main kat tengah dataran tu sebab banyak orang main kereta mini tu, basikal dan macam-macam lagi. takut terlanggar jek.

Taman Putra Perdana tu terletak dekat tengah-tengah bulatan besar putrajaya tu, berhadapan dengan Shangri-la Hotel Putrajaya. Taman tu ada track joging yang sangan besar dan luas, parking yang banyak, ada toilet dan vending machine dan ada playground untuk anak-anak. So memang selesa dan sesuai nak bawak anak jalan-jalan. Kalau nak tengok sunset pun cantik kat taman ni. Tapi kami takdela tengok sunset, kang Damia habis kena gigit nyamuk dekat-dekat magrib tak balik lagi.

So sape-sape yang takde idea nak bawak anak main-main boleh la datang sini. Macam takde taman kat rumah jek kan, huhu selalu memang putrajaya jugak yang dituju. sebab selesa kot. so bley la try nanti yer. Gambar taman tu takde, ada dalam kamera papa Damia. nanti saya upload kalau ade yer. Sampai sini dulu. Bubye

Dikna

Tuesday, April 15, 2014

review: fisher price booster seat

Salam,

Harini nak buat review pasal booster seat pulak. Saya dah mula survey booster seat or high chair bila Damia dah nak masuk 6 bulan, masa untuk die mula makan solid food kan. so duk fikir macam mana la nak bagi die makan, masa tu duduk sendiri pun tak boleh lagi kan, takkan nak bagi makan dengan baringkan die? tercekik pulak nanti. So saya duk survey-survey ramai yang beli high chair ikea takpun bumbo seat tu, berkenan dengan high chair ikea tu tapi tak berkesempatan nak pergi sana. Bumbo seat tu pulak mak aih harga dia diluar kemampuan. so saya survey alternatif lain dan jumpa dengan booster seat yang best ni...


Fisher price Booster seat pilihan hati...
image from google

Finally saya decide untuk beli booster seat fisher ni lepas baca review dari ramai blogger yang pakai booster seat ni dan bagi feedback yang okey. saya beli dekat Kedai di Taman Prima Saujana, Kajang. Tu pun terbaca dalam blog kedai tu dan harga dia murah berbanding di tempat lain. saya beli RM160.

So saya dah pakai Booster seat ni hampir 7 bulan la, bagi saya berbaloi-baloi jek booster seat ni. sebab dia boleh kita letak kat bawah atau letak atas kerusi macam gambar di atas. ada tali untuk kita ikatkan kat kerusi tu so memang selamat la. so kalau rasa nak makan kat bawah jek, letak la bawah. masa damia baru start makan, memang booster seat ni kat bawah jek, sekarang nak ajar die makan sendiri so kitorg letak kat atas kerusi kat meja makan untuk damia join kitorg sekali time makan. so xyah la susah-susah nak kene riba dia sambil nak makan. kerusi ni jugak portable tau, boleh bawa kemana2 sahaja.just lipat dan boleh bawak dah. 

Ketinggian dia boleh dilaraskan ikut tinggi baby kita dan keselesaan dia la. dia punye tray tu pulak ade tiga lapis, lapisan atas tu penutup, lepas tu tray makanan dan bawah sekali yang biru tu tray kosong untuk main or makan pun boleh jugak. paling best sebab dia boleh bukak dan senang la nak cuci kalau kotor. 
Ni antara kelebihan booster seat ni..
image from google

Setakat ni kitorang still guna lagi booster seat ni, tapi kalau dah tak guna nanti boleh jek simpan untuk adik-adik damia nanti kan...huhu ramai nyer adik damia...InsyaAllah kalau ade rezeki ape salah nyer kan. condition booster seat ni pun still tiptop lagi la....so kalau sape-sape berminat boleh la beli jugak sebab bagi saya berbaloi-baloi la beli. 

p.s: nanti saya review benda lain pulak yer :)

Dikna


Wednesday, April 9, 2014

Carseat...penting atau tidak?



Salam,

Menyepi kian lama tup tup datang buat entri mak mak sangat....hehe diam tak diam dah lebih setahun dah bergelar ibu kepada Damia Zahra. kenapa lama sangat tak menaip kat sini? sebab busy jadi isteri n ibu-ibu la ni....memang tabik la ngan mak-mak yang bekerja tapi still gigih update blog walaupun dah beranak pinak semua. Saya nak bukak laptop pun tak sempat bila dah sampai rumah, settlekan kerja rumah jek dah tengah malam dan mengantuk so terus tidur...update dalam mimpi jela selalunya.

Bila dah jadi mak-mak ni, topik perbincangan pun mestilah berkisar tentang anak kan. but untuk entri ni saya nak cerita pasal carseat untuk anak sahaja..memang topik carseat ni tak popular kat Malaysia ni saya rasa, tak macam dekat oversea kan...dekat sini jarang tengok orang letak anak dalam carseat kecuali la sebab kena travel sorang-sorang dan anak tu baby lagi kan...itu pada pendapat dan pemerhatian saya la. 

Well saya dulu pun takde kesedaran pasal kepentingan carseat ni, rasa macam tak perlu pun takpe. But En. Husband memang sangat particular pasal safety ni, antara benda first yang kami beli memang carseat pun dan die insist untuk mula letak baby dalam carseat since day one lagi. Memang Damia lahir jek, sejak itu jugalah carseat tu mula berjasa. Memang tak pernah riba dia dalam kereta kalau travel walaupun ada ramai orang yang boleh riba dia. Memang dilarang keras oleh En Husband atas sebab-sebab keselamatan. So until now, Damia memang akan duduk dalam carseat die even nak pegi kedai depan umah jek pun. :)

Damia yang pasrah dengan carseatnya


Ramai yang saya dengar bagi alasan anak tak nak duduk dalam carseat tu, so end up beli then tak pakai pun. Macam tu jugak dengan stroller, baby cot atau playpen. Kebanyakan orang yang saya kenal akan cakap membazir beli semua tu. But for me n En. Husband semua tu sangat berjasa dan kitorg tak pernah rasa membazir pun. Alhamdulillah Damia memang gunakan ketiga-tiga barang tu sejak dia lahir lagi. Ikut pengalaman saya sebenarnya benda tu boleh di ajar tapi ibu bapa juga perlu berdisiplin dalam hal ni. memang rasa leceh nak letak dia dalam carseat everytime nak pergi mana-mana, kadang-kadang anak meragam bila letak dalam tu, tapi kena rajinkan diri dan disiplin sangat. InsyaAllah kalau dari day one lagi kita dah latih die untuk duduk dalam carseat, stroller dan tidur dalam baby cot, memang dia akan terbiasa dan tak jadi masalah kepada dia. 

Carseat ni penting tau untuk keselamatan, banyak dah kes bayi-bayi meninggal kemalangan akibat tercampak dari kereta. Kita memang tak mampu nak mengelak kalau memang benda tu dah nak terjadi tapi kita boleh bersedia dari segi keselamatan dan meminimakan risiko kan. Macam mana pentingnya kita pakai tali pinggang keselamatan, macam tu jugaklah pentingnya carseat kepada bayi dan kanak-kanak. So pada ibu bapa di luar sana, tak salah kalau kita keluarkan sedikit duit untuk keselamatan anak kita. Anak merengek, meraung, melalak duduk dalam tu, well biarkan aje, jangan dilayan dan terus dikeluarkan dari carseat tu, memang sampai besar la die akan ulang taktik tu dan akhirnya tak payah duduk langsung. Damia pun ada angin die tak elok tu akan melalak, meraung, menjerit tapi kitorg biarkan jek, pujuk dia bagi mainan atau ape-ape yang boleh alihkan perhatian die tapi untuk keluarkan die memang a big no no la...

lagi satu bukan sebab keselamatan jek, anak-anak pun akan selesa untuk duduk dan tidur kat dalam tu, macam Damia pun dia kebanyakan masa memang tidur jek bila masuk kereta dan duduk dalam carseat die. Kita pun takdela lenguh tangan dan kaki sebab nak riba die lebih-lebih lagi kalau travel jauh. Nak baringkan jek kat seat belakang? bagi saya bahaya sangat, kalau buatnya break emergency ke ape tak ke terjatuh ke bawah or terpelanting budak kecik tu... mintak jauh la dari semua benda tu. But ini hanya pendapat saya, ape-ape pun terpulang kepada ibu bapa itu sendiri untuk mempraktikkan cara masing-masing. :)  



Oh yer, lagi satu kena tahan telinga dengar orang sekeliling yang duk la cakap takyah carseat, riba jela, dekat jek, dia dah besar, tak payah letak die menangis, dia taknak whatsoever la, memang susah nak memberi kefahaman kepada mereka yang tidak faham, yang penting kita tahu niat kita, dan teruskan benda yang baik ni. Ia untuk keselamatan anak kita jugak. Doa saya biarlah Damia dan adik-adik dia nanti (InsyaAllah) akan terus nak gunakan carseat sampai mereka besar nanti. Aminnn :)

Dikna

p.s: berjela betul entri...gian lama sangat tak menaip :)

Friday, September 27, 2013

Breast pump Spectra 3 untuk dijual...


Salam,

Lama tak jenguk blog ni tiba-tiba post masuk nak jual barang pulak ek. Sekarang ni memang tak sempat nak update blog. Tiap-tiap hari pun kelam kabut banyak kerja. Dah jadi mak orang ni kan, huhu balik kerja nak buat kerja rumah lagi, nak main dengan anak lagi kan. Pastu dah penat dan dah lewat malam, so tidur jela. Menceceh pulak dah. Back to the main topic, saya nak jual complete set of my breastpump. Dah lama dah nak jual sebenarnya sebab saya tak pakai. Memang duduk dalam box jek. saya pakai pump ni dua minggu jek tu pun boleh dikira berapa kali sebab saya bagi susu direct jek dekat Damia. Unfortunately susu saya tak banyak then terpaksa la bagi susu formula pada Damia. :(.

Taknak la kenang benda yang lepas, mungkin takde rezeki kan, next time saya cuba lagi. so berbalik pada breastpump saya tadi, kebanyakan barang dalam set tu memang saya tak pernah pakai lagi so memang semua in good condition la. ni saya tunjuk gambar semua barang yang saya nak let go tu.


Inilah semua barang yang saya nak let go tu


Barang-barang yang ada kat atas ni terdiri daripada:
  1. Spectra 3 electric breastpump (RM388.00)
  2. Extra spectra 3 breastshield set - for double pumping (RM70.00)
  3. Autumnz reusable ice pack (3pcs) (RM23.00)
  4. Autumnz double zip lock breastmilk storage bag (25bags/12oz) (RM12.90)
  5. Autumnz pp breastmilk storage bottle (10pcs) (RM38.90)
  6. Autumnz fun foldaway cooler bag (spring green) (RM19.90)
  7. Autumnz washable breastpads (6pcs) (RM15.90)
  8. Jingle Jungle arden mom breastfeeding bag (violet) (RM129.90) and get free jingle jungle reusable icepack worth RM15.90 plus jingle jungle breastmilk storage bottle (6pcs) worth RM24.90.
Harga dalam kurungan tu adalah harga saya beli barang tu. so kalau korang total kan semua sekali semuanya adalah RM698.50. Tapi nak let go murah jek dalam RM500 untuk semua lapan barang-barang yang best tu. breastpump tu ada warranty lagi sampai februari 2014. kalau ada yang berminat boleh email saya di syana_alisha87@yahoo.com atau pm facebook saya.

P/S: Semoga ada yang berminat dan boleh digunakan untuk yang lebih memerlukan. :)


Dikna 

Friday, June 7, 2013

3 bulan sudah...

salam,

diam tak diam dah nak masuk tiga bulan cuti, Damia Zahra pun dah masuk tiga bulan and maknanya minggu depan saya dah start bekerja semula. sedihnya rasa sebab dah nak kena tinggalkan anak lepas ni. my MIL akan jaga damia starting from next week. sekarang ni tiap kali nak buat rutin harian nak mandikan, susukan tidokan damia mesti rasa sedih jek sebab fikir after this dah tak boleh tengok damia 24/7 lagi. sepanjang cuti bersalin ni saya tak pernah berpisah langsung dengan damia so memang terasa berat sangat nak kena tinggalkan dia. rasa nak berhenti kerja dan jadi surirumah jek so boleh mengadap damia tiap-tiap masa. huhu tapi apakan daya, kita kena teruskan hidup so kena la kerja kan. haha emosi tak stabil betul. tengok anak jek meleleh airmata. asyik risau takut anak lupa kat mama dia. haha ntah pape.

kembali bekerja means kembali stress...haha so rutin baru akan bermula next week. kena bangun lebih awal daripada biasa sebab nak kena siapkan anak sekali. barang-barang anak pun kena readykan jugak.hope boleh datang kerja awal sebab lepas ni en husband yang akan hantar dan ambil saya. dah ada anak takkan nak suruh en husband bawak anak naik motor kan. so tengoklah next week macam mana. saya harap semuanya ok. agaknya kalau rindu anak tiba-tiba boleh tak suruh en husband hantar damia kat opis...huhu

mama harap damia baik-baik jek duduk dengan grandma nanti tau. jangan buat perangai, kesian kat grandma nanti nak kena handle awak. huhu damia dah banyak akal sekarang. kalau orang tak layan dia, mulalah dia menjerit sekuat hati dan pura-pura nangis sampai orang dukung dia. hahaha sangat kelakar bila ingat balik. pandai betol berlakon anak dara mama ni. mama will miss u sayang....jaga diri baik-baik tau nanti... love u...(T_T)


mama love u Damia Zahra


p.s: harap tak nangis masa pergi kerja next week...huhu


DIKNA

Wednesday, May 29, 2013

cerita stroller damia...

Salam,
 
Alhamdulillah Damia Zahra dah masuk usia 2 bulan setengah. membesar dengan sihat. dah pandai senyum bila diagah. dah mengiring sikit-sikit. tapi kalau tak boleh menjerit-jerit dia marah. dah pandai ajak orang borak dengan dia. kalau nak pergi buat kerja mulalah melalak sebab takde orang layan. ada jek keletah si kecik ni tiap-tiap hari. tak jemu rasanya tengok dia. tapi cuti bersalin tinggal dua minggu jek lagi.. (T_T)
 
nak cerita kisah strolleh damia sebenarnya. actually semua keperluan damia kitorang dah beli awal-awal. stroller, car seat dan playpen Damia kami beli masa saya mengandung 6 bulan lagi.beli awal sebab banyak lagi barang nak beli lepas tu. so nanti senang sebab yang mahal ni dah beli dulu. bajet kitorg tak besar so takde la survey stroller tak mampu milik macam quinny tu. survey sweet cherry sebab harga dia mampu milik dan kualiti die okey la kan. so after survey kitorg decide beli Scr2

 
ni la stroller yang kami pilih. masa ni model ni memang baru jek keluar. ada tiga warna, biru ni, merah dan pink. pilih warna ni sebab universal, baby boy or girl semua boleh pakai. yela, cadangnya nak pakai lama la stroller ni. eksited masa ni so terus tangkap gambar.
 
bila Damia lahir, kitorg start guna bila nak bawa Damia pergi KK cek kuning dia. dan masa tu la masalah timbul, stroller ni tak muat dalam bonet myvi kitorg. boleh masuk tapi terlebih kat cermin belakang. memang hodoh la rupanya nampak tayar stroller tu dari luar. penutup atas pun tak boleh letak. sedih gila rasa sebab sayang sangat stroller ni. so ada la kitorg pakai dalam dua kali macam tu.
 
so dekat nak habis pantang tu, en husband tanya nak stroller baru tak yang muat bonet kereta, yang kecil dan ringan so mudah sikit saya nak bawa Damia sorang-sorang. lama jugak la saya fikir sebab sayang dengan stroller tu tapi sebab tak muat kereta kena la cari yang lain. kebetulan my mil baru buka online shop jual barang baby, so ada la stroller. boleh la pilih dari situ jek. en husband suruh ambil halford fliplite, dia ringan dan umbrella type. senang nak bawa. last-last saya ambil jugak la stroller baru tu.
 
 
inilah stroller yang kitorg pilih tu. biru jugak. memang ringan stroller ni, senang nak dibuka dan tutup. cuma barang tak boleh sangkut berat-berat sangat dekat handle dia tu, nanti bile angkat baby, stroller tu jatuh kebelakang. huhu tapi overall okey jek stroller ni. kecik so nak menyelit dalam restoran pun takde masalah. senang la untuk ibu-ibu yang nak bawak anak bershopping.
 
tu la dia cerita stroller damia, so untuk bakal-bakal ibu yang nak beli stroller make sure korang pilih stroller yang muat kereta yer. kalau kereta besar tu no problem la. memang kena survey betul-betul nak beli stroller ni dari segi fungsi, berat, nak fold tu senang or tak, banyak step ke x. sebab kalau banyak step sgt leceh la. apapun terpulang pada individu la kan. selamat membeli stroller..
 
p.s: nak let go stroller scr2 tu...ada yang nak beli tak?
 
 
Dikna

Friday, May 3, 2013

perkara yang berubah bila jadi ibu...

Salam,
 
rajin pulak nak membebel kat blog ni sekarang. maklumla masih dalam maternity leave dan duduk jek rumah jadi surirumah sepenuh masa. best la pulak duduk rumah jaga anak macam ni. kali ni nak cerita benda-benda yang berubah bila dah jadi ibu ni. memang hidup berubah 360 darjah bila dah ada anak. nak tahu apa yang berubah? jom tengok...
 
actually nak jadi ibu ni memang perlukan tahap kesabaran yang tinggi, kekuatan mental dan fizikal dan paling penting mestilah betul-betul bersedia nak ada anak. seriously bukan setakat sakit masa nak bersalin jek kena tanggung tapi banyak lagi benda lain yang kita kena hadapi lepas tu. besar tau tanggungjawab ibu ni bukan setakat korang tengok orang lain ada anak korang pun nak anak jugak.
 
masa mula-mula Damia lahir, dia memang tak nak tidur malam. so of course la mata korang akan jadi rabak sebab berjaga malam. dengan luka jahit yang still sakit, emosi pun tak berapa stabil lagi. sakit sana sini. memang sangat menguji kesabaran bila dia meragam taknak tidur dan kena didukung sepanjang malam. memang saya banyak menangis masa tu. well, anak sulung kan. takde pengalaman langsung. tiap-tiap malam dia macam tu sampai la umur sebulan. bila siang memang dia tidur tapi kita pulak sibuk nak bertungku semua. dengan orang datang melawat lagi. so takkan nak tidur pulak sepanjang hari. dapat tidur kejap pun bersyukur sangat rasa. so benda first yang berubah adalah masa tidur kita. jangan harap la nak tidur lama-lama. so pada kaki tidur macam saya ni memang agak susah nak adapt la tapi alhamdulillah sekarang dah boleh terima jadual baru ni.
 
lepas tu kena pandai bahagi masa. bila dah balik rumah sendiri lepas pantang, kena pandai-pandai cari masa nak buat kerja rumah semua. so bila anak tidur time tu la nak masak, basuh baju, sidai baju, lipat baju n kemas rumah. lagi mencabar bila tinggal berdua jek dengan baby. kejap-kejap kena tengok takut dia bangun. kadang-kadang tu baru nak panaskan kuali dia dah bangun melalak. so tutup balik api jaga dia dulu. even nak solat, mandi or nak berak pun susah tau. dia tidur kena cepat-cepat pergi mandi or tunaikan hajat. mandi pun tak tenang dan tak boleh lama-lama. takut dia bangun menangis. ni baru anak seorang, kalau ramai macam mana la kan.
 
bila dah ada anak, kalau nak beli barang ke apa semua untuk anak. shopping online pun tengok barang anak. diri sendiri punya dah tak penting sangat. semua untuk anak jek. nak buat apa-apa pun ingat anak dulu. pergi shopping mall pun asyik la membelek baju baby, kasut baby, barang baby. ada jek yang rasa macam tak cukup untuk anak. nak pergi jalan sibuk fikir nak pakaikan anak baju apa, nak bawak apa lagi untuk anak. kalau dulu kita yang duk belek baju dalam almari fikir nak pakai baju apa. sekarang ni ambil jek baju mana-mana sarung terus. anak kita lebih penting.
 
lagi satu perubahan paling besar of course la fizikal kita. huhu macam saya ni memang susah la nak kurus. memang dapat balik berat badan before pregnant tapi kejap jek la kot. sekarang mesti dah naik balik. hari tu try seluar jeans lama, memang sedih sebab muat-muat jek tapi ketat dan tak selesa. perut buncit, dengan strechmark comel kat perut sangat la mengurangkan keyakinan diri. en husband cakap tak kisah tapi tetap la rasa tak yakin. nak diet untuk kurus? memang bukan saya la tu. suruh melantak laju la. huhu...
 
lagi satu yang berubah adalah ramai orang yang akan tegur kita. yela, bila bawak anak jalan, orang mesti senyum tengok baby pastu tegur tanya anak berapa bulan semua. tak kisah la dalam lif ke, kat cashier pun jadi tau, kat shopping mall, kedai makan. orang senyum tengok anak kita, kita pun senyum balik kat orang. banyak pahala kita dapat kan sebab senyum jek kat orang. huhu tiba-tiba kita pun jadi suka tengok anak orang, tengok baby orang. so ada anak ni buat kita jadi lebih peramah dan murah dengan senyuman.
 
lagi satu yang berubah adalah quality time dengan ur husband. memang berbeza sangat tau. nak makan sama-sama kena tunggu dia tidur. then baru nak makan dan borak-borak berdua, anak dah bangun. memang takde makna la korang nak berborak lama-lama kat kedai makan lepas makan macam dulu-dulu. sekarang kena makan cepat-cepat bila dia tidur. kalau tengah makan dia bangun maka kena salah sorang kena makan dulu then bergilir jaga baby. nak menikmati makanan pun tak dapat. sekarang ni janji makan jek. en husband pulak jenis kalau makan nak sama-sama, so selagi damia tak tidur, kitorang berdua memang tak boleh la nak makan. tu bab makan, ni bab tengok movie pulak. nak tengok movie kat wayang memang tak dapat la kan, tapi nak tengok movie kat rumah berdua pun satu cabaran jugak. damia sekarang dah pandai mengamuk kalau nak tidur, so sementara nak tidurkan dia sambil tengok movie sangatlah tak fokus kat movie. bila dia tidur, baru nak sambung tengok berdua saya pulak dah tertidur sebab penat sangat. huhu
 
banyak kan yang berubah, tapi walaupun banyak benda yang berubah dalam hidup kita, yang pastinya kita akan rasa lebih bahagia dan lebih gembira. walaupun ada rasa penat, tapi semuanya berbaloi-baloi. jadi ibu ni memang satu pengalaman yang tak ternilai. tak sabar rasanya nak tengok anak membesar, belajar banyak lagi benda-benda baru.

p.s: nanti dah start kerja dapat tengok anak malam-malam jek...
      rasa macam banyak jek benda yang akan miss nanti... :(
      nak jadi surirumah jek boleh tak en husband....huhu

DIKNA

Monday, April 29, 2013

Pengalaman bersalin (part 2)

Salam,

ni sambungan dari part 1 hari tu. sampai hospital saya daftar sambil dah pegang kain batik. pagi tu dah datang kan so dah tau dah nak kene buat apa, so lepas tu masuk dalam dan buat semua prosedur yang saya buat pagi tu, ambil urine, cek CTG dan juga bukaan. tapi kali ni CTG tu ambil masa yang sangat lama sebab bacaan jantung baby tak normal. kejap-kejap mesin tu bunyi. saya tak tau kenapa. nant ade nurse datang betulkan then ok kejap lepas tu bunyi balik. selalu 20 minit jek masa untuk buat CTG tu tapi kali ni berjam-jam lamanye. saya tanya nurse kenapa, nurse cakap baby tidur. huhu boleh pulak mama dia dah sakit dia tidur lagi kat dalam perut tu. last-last nurse main perut, urut gosok semua la baru bacaan normal. dalam pukul 3 pagi baru la doktor cek bukaan. masa tu dah buka 6 cm. Alhamdulillah. cepat jugak terbukak jalannya.
 
pukul 4 lebih doktor cek bukaan dah 8 cm so doktor pecahkan air ketuban. masa nak pecahkan tu saya takut sangat tapi rupanya tak rasa apa-apa, tiba-tiba rasa panas dan basah jek. lepas dah pecahkan air ketuban saya dibawa masuk ke bilik bersalin pukul 5 pagi. masa tu baru nurse panggil En. Husband. tapi masa tu tahap kesakitan dia lebih sakit lagi dari yang sebelum tu. tapi tu pun masa tunggu bukaan tu saya dah menggigil tahan sakit. saya pegang besi katil tu bila contraction datang. memang sakit yang tak tahu nak dijelaskan. tapi bila masuk dalam bilik bersalin tu sakit dia lagi berpuluh kali ganda, memang saya tak tahu nak buat apa dah time tu. nasib baik En. Husband ade, dia tak berhenti suruh saya berdoa, tolong tenangkan saya. sampai tercedera kena cakar dengan saya masa tu.
 
tak lama lepas tu bila contraction datang jek saya terasa macam nak terberak yang dah tak tahan sangat. saya panggil nurse tapi bila die cek, bukaan belum bukak sepenuhnya. jadi dia suruh saya tahan jangan teran dulu. Ya Allah, saya tak tahu nak tahan macam mana dah, habis kepit pun memang rasa nak terkeluar sangat dah. berpusing-pusing saya atas katil tu menahan sakit. tak tahu nak gambarkan macam mana sakitnya. mulut tak berhenti berdoa, berzikir semoga dipermudahkan semua.
 
bila dah tak tahan sakit, saya panggil balik nurse.kali ni alhamdulillah bukaan dah cukup dan saya dibenarkan meneran. tapi saya tak pandai nak teran. tak tahu la berapa kali saya cuba teran tapi tak berjaya sampai kena marah dengan nurse. dia ugut saya kalau dalam masa 1 jam tak keluar jugak dia akan guna cara lain. cara apa saya pun tak pasti. dengar macam tu saya dah risau. En husband tak putus-putus bagi sokongan masa tu termasuk la nurse-nurse. akhirnya saya cuba lagi meneran dengan sekuat hati, beberapa kali cuba, nurse cakap dah nampak rambut baby, nurse suruh En. husband tengok. saya cuba teran lagi sekuat hati dan kepala baby pun keluar. masa nak keluar tu terasa doktor gunting...huhu tapi still tak dapat lawan sakit bersalin tu sendiri. saya diminta rehat kejap then teran lagi sekali. finally, pukul 5.42 pagi saya selamat bersalin. bila baby keluar jek hilang semua segala kesakitan yang ditanggung tu. bila nampak baby, terharu sangat rasa. saya bersyukur kepada Allah kerana memudahkan segalanya.
 
baby keluar terus menangis, then nurse letak baby atas dada saya. tak dapat nak gambarkan perasaan saya masa tu. gembira, terharu, tak percaya, bersyukur  semua bercampur. en. husband cium dahi saya dan cakap terima kasih. macam tak percaya baby yang saya bawak selama 9 bulan tu kini dah ada dalam dakapan saya. selepas tu baby dibawak keluar oleh nurse untuk dibersihkan. saya pulak tunggu masa untuk dijahit. nurse suntik ubat bius dan mula menjahit. masa jahit lapisan dalam tu memang tak rasa apa-apa tapi bila sampai dekat kulit luar, terangkat jugak la punggung menahan sakit, dengar bunyi jarum berdetus kat kulit. sampai saya tanya dekat nurse, banyak lagi ke. huhu sakit macam tak bius langsung. dah la tiap kali habis satu jahitan, nurse tekan dengan kapas untuk serap darah yang keluar. memang sakit la ditekan-tekan kat situ. En. husband takde dah masa tu, nurse suruh keluar dulu. lepas solat subuh dan beli sarapan, baru en husband datang semula. masa tu baby dah ada di sebelah saya untuk disusukan.
 
wad penuh masa tu so saya kene tunggu dalam bilik bersalin sampai wad kosong. lama jugak la saya duduk dengan en husband dan baby dalam tu. sempat berborak dan ambil gambar dulu. dalam pukul 9 pagi baru saya ditolak masuk ke wad. en husband request wad kelas dua masa tu tapi malangnya aircond rosak. memang saya berpeluh-peluh la time tu. saya berdoa jek supaya boleh balik petang tu jugak sebab tak larat nak duduk dalam bilik sauna tu. Alhamdulillah petang tu saya boleh balik sebab baby dah kencing dan berak. so inilah pengalaman saya bersalin kali pertama. saya bersyukur kerana Allah mudahkan semuanya. memang sakit bersalin tu tak mampu diceritakan dengan kata-kata tapi bila baby dah keluar, semua tu hilang dan rasa berbaloi sangat. memang perasaan yang tak boleh digambarkan. hanya mereka yang lalui sahaja yang faham. (^_^)
 
gambar fresh dalam bilik bersalin
lepas Damia dah dibersihkan.
 
 
p.s: terima kasih temankan saya wahai suami...
       kalau takde tak tahu la macam mana saya nak lalui semua tu sorang-sorang....
 
 
DIKNA

Wednesday, April 24, 2013

Pengalaman bersalin (part 1)

Salam,
 
Hari ni saya nak ceritakan pengalaman melahirkan Damia. Anak pertama kan, so memang takde pengalaman lagi. Dah masuk minggu 30 ke atas masa tu dah mula rasa nervous, tak tahu nak expect apa. risau kalau dah keluar tanda tapi tak perasan ke apa ke, tak tahu tanda yang mana yang akan keluar. setiap orang berbeza kan. so teruslah menjalankan aktiviti harian dengan penuh debaran. masa tu memang cepat sangat penat, nak tidur susah, semua posisi pun tak selesa. bila bangun dari tidur pun sakit sangat bahagian celah kelangkang tu, nak jalan memang berpaut kat dinding dan almari. memang mencabar sangat masa tu. rasa tak sabar sangat nak bersalin sebab tak sanggup tiap pagi nak bangun tu sakit macam tu. sampai rasa taknak baring taknak tidur.
 
so akhirnya saat tu sampai jugak. saya ada masalah kenaikan berat badan yang agak melampau sepanjang kehamilan. so bila berat naik banyak, saya kene pergi klinik kesihatan setiap dua hari sekali untuk monitor tekanan darah dan buat urine test. so tanggal 9 Mac tu macam biasa pagi tu saya pergi klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan. masa dalam toilet untuk ambik urine tu saya perasan ada darah dalam urine tu, dan masa tu saya pusing then tiba-tiba rasa pinggan macam tergeliat. memang sakit sangat sampai keluar air mata. saya duduk lama dalam toilet sampai hilang sakit tu. saya dah rasa nervous masa tu, dah sampai masa ke? tapi saya baca kalau keluar darah mungkin akan bersalin hari tu atau esok nya. so saya decide untuk tanya nurse apa perlu saya buat dan nurse suruh saya pergi hospital. berdebar betul masa tu.
 
risau memang risau tapi sempat jugak sarapan dulu dengan En. Husband dan lepas tu baru bergerak ke hospital. dalam perjalanan tu saya diam jek sebab takut dan nervous. sampai kat hospital dalam pukul 10 saya pergi daftar dulu, then nurse suruh bawak kain batik dan masuk ke dalam bilik tu untuk diperiksa. mula-mula kene ambil urine dulu dan tukar kain. lepas tu nurse suruh baring dan diorang start pasangkan alat untuk buat CTG tu. lama nye la tunggu benda tu. masa tu tak sakit so saya sempat la tengok orang-orang di katil sebelah yang meraung-raung sakit. dalam hati dah stress dah dengar orang menjerit-jerit. tak sakit pun boleh jadi sakit macam ni. huhu bila dah selesai CTG tu, datang doktor lelaki cina dia tanya macam-macam, kenapa datang semua la dia tanya, then lepas tu sampai la saat nak kene seluk untuk tengok bukaan. berdebar sangat masa tu, dah la doktor lelaki, pastu first time nak kene seluk ni. asyik dengar orang cakap sakit kene seluk so jadi takut.
 
dan akhirnya kena la jugak seluk, takde la sakit macam yg orang cerita sampai rasa nak sepak orang semua tu. masih ditahap ringan jugak la rasa dia. maybe tengok orang yang seluk jugak kot. entahla. bila seluk bukaan baru 2 cm. lama lagi la macam tu kan. datang lagi seorang doktor dan dia scan baby pulak. dia cek semua normal dan ok dan die beritahu masa tu berat baby 3.4 kg. saya menganga kejap, alahai besarnya, takut la pulak. tapi doc cakap tu anggaran sahaja, maybe akan jadi lagi berat atau lagi ringan dari tu. selesai semua doc benarkan saya balik sebab masih tiada contraction. doc pesan kalau dah ade contraction yang kerap baru datang semula ke hospital. So kitorg pun balik la rumah dulu. selesai semua dalam pukul 2 petang.
 
masa tu dah ada start sakit pinggang dan rasa contraction tapi tak kerap lagi. saya balik rumah berehat dan petang tu sempat lagi saya balik rumah mak saya. sempat la makan sambal udang besar dulu. banyak sangat saya makan mlm tu. walaupun dah rasa sakit selera makan tu ada jugak. takpela, makan la puas-puas sebab nanti pantang lama tak boleh makan sedap-sedap. dalam pukul 10.30 malam saya balik rumah dan masa masuk kereta tu dah start da contraction setiap 5 minit sekali. tapi masih boleh bertahan. En. Husband tanya nak pergi hospital terus tak tapi saya suruh balik rumah dulu sebab malas nak pergi takut kena balik lagi. sampai kat rumah contraction tu makin sakit tapi saya still bertahan. saya cuba tidur tapi tak boleh dan akhirnya pukul 1 pagi saya dah tak tahan sakit dah makin kerap dan makin sakit saya ajak En. husband pergi hospital.
 
 
bersambung di part 2...
 
 
Dikna

Selamat datang....

 
Salam,
 
Sudah agak lama saya tinggalkan blog ni. Alhamdulillah ketika saya menaip entri ini, saya telah pun selamat bersalin dan telah selamat menghabiskan pantang selama 44 hari. Saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal pada 10 Mac 2013 pukul 5.42 pagi. betul-betul subuh baby ni lahir. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memudahkan semua urusan. cerita pasal pengalaman bersalin dan juga berpantang saya cerita kemudian yer. saya perkenalkan anak perempuan saya yang diberi nama Damia Zahra binti Muhammad Izzat Haqim.
 
 
Damia Zahra
1 hari
 
dan hari ini
 
Damia Zahra
46 hari
 
Alhamdulillah Damia membesar dengan sihat dan aktif. semoga dia terus diberi kesihatan yang baik dan membesar menjadi anak yang baik dan solehah. InsyaAllah. nanti ada masa saya update lagi yer. ini pun menaip sambil meriba Damia yang merengek nak tidur tapi tahan mata. huhu (^_^)
 
p.s: Bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah...
 
 
Dikna
 
 
 

Thursday, January 3, 2013

tujuh bulan sudah...

Salam,
 
lamanya tak membebel, sedar-sedar dah masuk tahun baru dah. masuk tahun 2013 means dah tak lama dah nak bersalin...hehe agak nervous kat situ. sekarang dah masuk 29 weeks iaitu sama dengan 7 bulan seminggu. perut dah kedepan dengan jayanya. berat pulak dah masuk angka 7. memang membesar bagai johan kan. btw, esok 4 januari kene minum air gula untuk kali keduanya. so ni dah start puasa. hope tak pening macam hari tu la....
 
sekarang ni nak tidur malam pun tak berapa selesa, mengiring kekiri baby tendang belah kiri, mengiring ke kanan, baby tendang belah kanan. telentang memang best tapi orang kata tak elok kan, so terpaksa la ubah mengiring tu kiri dan kanan. weekend hari tu pulak hampir tiap hari kene serangan simpul biawak tu. ala yang kaki krem tiba-tiba tu. tengah tidur sedap-sedap memang terus terjaga bila krem tu datang. memang habis la En. Husband kene kejut dengan kasarnya suruh tarik kaki tu. nak menangis rasanya, nasib baik la ada En husband yang selalu jek jadi mangsa kene tarik kaki la, urut kaki la, urut belakang la...terima kasih banyak-banyak yer sayang...sekarang tiap malam tidur pakai stoking, Alhamdulillah dah tak kene serangan krem tu buat masa ni.
 
sekarang ni cepat sangat mengah, jalan sikit mengah. mana tak nye, berat dah berapa pulak kan. berat baby tak tau berapa sekarang sebab esok baru nak scan. ni baru 7 bulan kan, kalau 9 bulan nanti macam mana pulak ek? larat ke lagi nak berjalan-jalan? tapi dekat-dekat nak bersalin kene banyak jalan kan. orang kata boleh mudahkan proses bukak jalan tu. hope larat la lagi nak berjalan semua.
 
baby dalam perut ni pun makin aktif sekarang. menendang jek kejenya. kadang-kadang tu mengeras. tapi time mengeras tu memang tak selesa la. bab tendang tu bes sikit, yela kalau tak rasa dia gerak langsung tu masalah pulak kan. memang tunggu jek dia tendang sebab dah kene kira carta pergerakan bayi tu.
 
hari tu kakak ipar saya ada tangkap gambar saya time sambut besday mak tahun baru hari tu, mak ai besar giler badan. hahaha terkejut tengok badan sendiri, tengok kat cermin macam boleh terima lagi bila tengok gambar, alahai besor bebenor mak buyung sorang ni. En. husband yang dah memang besar tu pun kalah tau. kembang betul saya ni. dengan mood tak terurus nyer. serius malas nak cantik-cantik kan diri time mengandung ni. janji ko siap pakai baju, pakai tudung sarung tu dah...nak mekap-mekap, bedak bagai memang takdela. orang kata pucat jek. tapi seriously takde mood untuk tu. lantak la orang nak cakap tak siap ke ape. ramai jek orang cakap tak siap tapi dah memang takde mood nk buat macam mana. lagipun kulit muka ni dah tak sporting macam before kawin dulu. senang sangat naik jerawat. berparut muka. kalau dulu nak jumpa jerawat satu pun susah. so malas nak pakai krim ke apa, takut bertambah jerawat. just cuci muka jek sekarang. lagipun maybe hormon kot. banyak betul perubahan fizikal masa pregnant ni kan. tapi hati happy jek, gemuk pun tak kisah, muka comot pun tak kisah, jalan macam penguin pun tak kisah, yang penting saya dan baby sihat.
 
hope pantang nanti dapat turunkan balik berat badan ni ke tahap asal dan lagi satu hope mood nak melawa tu datang la balik. taknak la nanti orang cakap baru beranak satu dah macam makcik-makcik dah. bukan la nak melawa mekap tebal tu, cukup la terurus dan siap sikit muka tu, berseri sikit orang kata. harap-harap macam tu la.
 
panjang nyer membebel. dah la kot sampai sini. nak pergi berehat pulak. nanti saya sambung lagi yer. bubye.
 
 
p.s: nak letak gambar tapi malu sebab besar sangat...
       next time la tunggu besar lagi ek...(^_^)
 
 
DIKNA

Friday, December 14, 2012

penyakit mengidam dah datang...

 
Salam semua,
 
lama tak membebel kat sini kan, ni cerita last week sebenarnya tapi entah kenapa mood nak menaip tu tak datang pulak. so tajuk jela tersimpan dalam draft dekat seminggu. malam ni baru datang mood tu pun sebab tinggal sorang-sorang kat rumah. En. husband dah selamat buat rutin mingguan dia, main badminton. nak ikut tu memang tak la kan, kejap lagi ada yang tertidur dekat court badminton tu. lagi-lagi bila perut dah memboyot ni, baik duduk rumah dan tidur jek lagi bagus. tengok dah melalut cerita lain pulak.
 
nak cerita pasal mengidam ni, sepanjang pregnancy ni saya takde la pulak gejala mengidam yang melampau atau pelik-pelik. masa awal-awal dulu macam tak selera tengok nasi campur masa lunch, so hari-hari pun beli nasi ayam, tak kisah la kat mana janji nasi ayam, then lepas tu ada satu masa tu gila sangat dengan maggi goreng mamak tapi nak yang dekat mamak warta bangi jek. entah kenapa entah, tapi rasa maggi mamak tu sedap sangat. bila dah habis fasa tu terus jadi normal balik. normal tapi dengan kadar selera yang melampau. tu yang berat pun naik melampau.
 
tiba-tiba last week penyakit mengidam ni datang. selama hari ni tengok jek orang upload gambar, cerita pasal benda ni tapi tak pernah rasa nak makan pun. entah kenapa minggu lepas, tengok gambar benda ni terus rasa teringin sangat-sangat. memang kalau boleh nak time tu jugak. tapi selalu kene order online la, tak pernah pulak tau kat mana ada jual yang memang dah siap. maklumla tak pernah berminat kan. tapi sebab terlampau teringin last week, sanggup cari bakeri online yang memang ada jual ready stok. finally dapat la jugak, terus sms sis tu tanya ada ke tak, memang plan nak pergi hari tu jugak. but sadly benda tu habis dan dia kata esok akan ada stok baru. terus postpone untuk cari benda tu esoknya.
 
kebetulan esok tu jumaat so lunch hour kan lama, senang la nak pergi kedai dia. dekat-dekat lunch tu sms dia balik tanya, dia cakap ada. memang kompemla nak pergi jugak lunch tu. kebetulan opismate yang jadi peneman setia cuti pulak, so pergi jugak walaupun sorang-sorang ke balakong, kedai bakeri tu. memang dia tak bukak, tapi sebab dah beritahu nak datang beli benda ni, pekerja dia tunggu. memang tabah betul demi benda yang satu ni kan. finally dapat jugak. nak tau apa benda yang diidamkan sangat tu? ala yang tengah hot sekarang ni la...ni ha...
 
 

 
durian crepe....(^_^)
1 pack ni ada 4
harga dia RM10
 
 
 
memang dapat tu masuk jek kereta terus ambil satu,
tak tunggu lagi dah


dan apa lagi, ngap la kan...huhu
memang sedap sangat-sangat
puas hati....
baby pun menendang tanda gembira... (^_^)
 
oh yer, nak cerita jugak kat mana beli durian crepe yang sedap ni, saya beli dekat sis awin, nama kedai dia awin macaron. kalau berminat nak cuba, boleh la pergi tengok fb dia, saya dah bagi link sekali. memang sangat sedap durian crepe dia, btw dia bukan la jual durian crepe jek. ada banyak lagi makanan yang best-best macam macaron dan kek, siap ada buat kelas lagi. so boleh la tengok-tengok.
 
nasib baik la dapat jugak durian crepe ni kan, sebenarnya dah siap cari resipi ingat nak buat sendiri tapi alat nak membuat benda-benda ni semua kat rumah mak jek ada. rumah sendiri mana ada apa-apa. huhu so terbantut la niat nak buat kat situ. tapi rindu nak baking sekarang. nanti la bila dah ada budget lebih, nak beli sikit-sikit barang untuk start balik aktiviti membakar kek dan membuat kuih semua. right now, kene readykan barang baby dan barang untuk berpantang. so nanti la kan... (^_^)
 
 
p.s: tak tahu la lepas ni penyakit mengidam apa pulak yang datang
       mintak-mintak takdela yang pelik-pelik dan payah dicari....(^_^)
 
 
 
DIKNA

Monday, November 26, 2012

hasil borong di Pureen Warehouse Sale


Salam,

last entry saya dah cerita pasal kemeriahan Pureen Warehouse Sale kan, so sekarang saya akan kongsi apa yang berjaya saya sambar di sana. memang berbaloi-baloi. tapi macam nak pengsan la untuk hasil yang berbaloi. huhu memang sampai rumah dah pengsan dah kami berdua, tertidur sebab letih sangat.
so jom kita tengok apa yang kami beli kat sana yer....



ni hasil barang-barang kat sana,
detergent yang liquid n powder (RM16 dan RM12),
liquid cleanser untuk botol susu (RM16),
sabun head to toe (RM11)
 baby wipes 2 jenis yang kecik (RM3) dan besar (RM9),
mosquito repellent (RM16)
baby teether (RM4)
Berus botol susu (RM4)
pampers dry5 premium (RM24)
nappy rash cream (RM10)


yang tu baru sebahagian jek, tu semua ambil kat bahagian depan warehouse. yang bawah ni pulak yang kitorang ambil di bahagian belakang warehouse. tempat paling meriah sekali kat dalam tu....



baju baby.....
baju 9 pasang (RM15x2, RM8, RM10, RM6, RM3x6)
harga ada yang sepasang sekali atau asing-asing harga for seluar dan baju
stokin comel (RM5 sepasang)
tuala besar (RM12)
tuala kecil(RM5)
hooded blanket (RM12x2)
lagi satu tu selimut baby (RM10)

so untuk semua barang-barang tu total adalah RM258.....berbaloi-baloi kan....huhu tak puas lagi belek-belek baju-baju dan barang tu semua. en. husband suruh simpan dalam stor tapi saya taknak, letak dalam bilik tidur jugak. so pagi-pagi bukak mata dah boleh nampak barang baby...(^_^)

p.s: tengok barang baby tu mesti dah boleh teka my baby gender kan? (^_^)


DIKNA

Sunday, November 25, 2012

Pureen Warehouse Sale


Salam,
Semalam saya dan en husband berjaya menyerbu Pureen Warehouse Sale yang orang kata kalau pergi sana macam nak pergi berperang. actually saya pergi sekali dengan anak sedara, wife dan jugak anak beliau yang comei, Qisya. patutnya dia tak bawak anak kecik dia tu tapi takde siapa nak jaga so terpaksa la juga bawa. before pergi ni memang saya buat reseach dulu, baca blog orang yang pernah pergi untuk tengok apa yang selalu diorang beli, tip-tip penting, dan macam-macam lagi la. so takde la terkena kejutan elektrik kat sana sebab keadaan dia memang la macam kat medan perang.

kami bertolak dari rumah seawal jam 7 pagi, berkumpul di rumah mak saya. dalam pukul 8.30 kami dah sampai di depan pintu gate Pureen tu. memang dah penuh orang yang menunggu walaupun warehouse tu start pukul 10. hujan-hujan pun ramai yang sanggup tunggu. saya breakfast je dekat pintu pagar tu sambil menunggu. memang tabah betul M2B yang dah sarat-sarat tu tunggu, termasuk la saya kan. tapi saya takdela sarat. kalau dah sarat saya rasa tak sanggup kot.
Dalam pukul 9.30 pagi diorang dah bukak pintu pagar tu, Ya Allah, berebut-rebut semua orang nak masuk macam kambing terlepas kandang....huhu berhimpit-himpit. boleh penyek perut sebab bertolak-tolak. then semua orang berlari-lari sampai la ke stesen hujung di belah belakang kilang iaitu tempat baju. tip penting adalah sambar jek apa yang tercapai dan masukkan dalam beg ikea biru yang dibekalkan then baru pilih kat tepi. memang kalau tak buat macam tu alamatnya korang tenung jek la rak baju yang kosong tu.
ni keadaan bawah khemah depan pintu pagar Pureen tu...
memang bersesak-sesak...
belum pukul 9 lagi time ni...

ni pula di belakang khemah
sampai kat jalan raya pun penuh orang....


kami semua pakat sambar dan duduk kat tepi pilih, itu pun yang murah macam RM1, RM3 tu memang tak banyak yang dapat. saya dapat banyak yang RM10, RM15 jek. memang cepat betul orang sambar yang tu.so bermulalah aktiviti memilih, tengok saiz dan design yang kitorg berkenan. memang rambang mata la, tapi tengok yang orang lain sambar lagi la jeles sebab cantik-cantik. tapi dah tu jek rezeki, terima jela kan.  sementara pilih tu, orang bertambah ramai memang sesak sangat. dah siap pilih, kitorg pun bergerak ke stesen seterusnya di bahagian depan.
saya bersama anak sedara n wife dia serta anak kecik beliau
tengah duduk memilih baju yang sesuai...
memang penuh sangat orang kan...


di bahagian depan ada barangan lain seperti pampers, toileteries, accessories baby, napkin, botol susu, baby wipes, detergent dan macam-macam lagi. dekat sini pun penuh jugak, memang berlaga-laga perut la nak lalu tu. tapi memang murah la. semua orang borong berkotak-kotak. kitorang just ambil apa yang diperlukan jek. tu pun x ambil banyak. dah siap semua, kene tempuh lagi satu proses yang panjang jugak iaitu bayar. memang panjang sangat barisan. nasib saya baik sebab anak sedara memang dah beratur kat depan. dia panggil jek kami. alhamdulillah, dalam pukul 11.30 semua dah settle.
ni pula di kaunter bayaran....
tu en husband dan jugak anak sedara tengah tunggu cashier kira...
saya dah duduk kat tepi dah tolong tengokkan qisya..


memang satu pengalaman yang menarik la sebab sampai ada yang nak bergaduh-gaduh kat situ. yela, orang dah ramai-ramai, bertolak-tolak tu perkara biasa la. ini orang tu siap marah pulak, konon-konon macam tak puas hati dengan dia. apa kejadahnya. dah memang sesak, biasala tu kan tertolak, terlanggar, tersiku or whatever. kalau korang memang tak reti sabar dan tak boleh bersentuh langsung dengan orang lain, tak payah la pergi tempat macam ni. pergi jela shopping kat supermarket yang besar-besar tu, mothercare ke kan. memang takde siapa nak tolak korang. tak faham betul dengan manusia macam ni.
bagi saya, sangat berbaloi-baloi pergi sini walaupun terpaksa bersesak-sesak. barang dia sangat la murah. lebih-lebih lagi baju baby. memang best sangat la. kat luar tak dapat harga macam tu. nak kata design tak lawa, sangat comel-comel tau. next time, maybe boleh la pergi lagi tapi kalau en. husband sanggup la. saya ok jek. (^_^)
p.s: nak tengok apa yang berjaya disambar
       tunggu next entry yer...(^_^)
DIKNA

Saturday, November 24, 2012

Scan 3D/4D plus detail scan with Jezzlyn


Salam,

khamis, 22 Nov 2012...

Saya berjaya booking slot untuk scan 3D/4D with Miss Jezzlyn yang famous tu. siapa yang pregnant mesti tahu fb 3D 4D scan Malaysia  or website dia bayi-ibu.com. saya duk baca blog M2B, kebanyakan mereka pernah buat scan dengan Miss Jezzlyn. selalu nak book appoinment cepat jek penuh, finally dapat jugak book pada masa yang sesuai sebab saya nak buat detail scan sekali. detail scan sesuai masa baby dalam minggu 18 hingga 24. 3D/4D scan pula sesuai dalam minggu 22 hingga 28 lebih kurang la. sebab kalau dah 30 minggu keatas takut dah tak nampak sebab baby dah besar.

so pakej buat 3D/4D scan dengan detail scan in 2D ni RM200. dapat percuma CD dan jugak gambar. en husband mintak jugak detail scan untuk tengok baby secara detail dan periksa kecacatan bayi. bagi saya memang berbaloi-baloi la. miss Jezzlyn ni sangat sabar tunggu sampai kita nampak muka baby. dia bagi penerangan tentang detail scan tu pun jelas. saya dapat tengok setiap anggota badan, jantung, tulang, jari kaki dan tangan, tulang dan organ lain dan dia tengok sama ada normal atau pun tidak. memang detail la dia scan. puas hati sangat. jantina baby pun cepat jek dia confirmkan. tanpa ragu-ragu, dia cakap terus 100% confirm. (^_^)
tapi baby saya memang sangat la pemalu orangnya. lama sangat dia pujuk-pujuk baby suruh tunjuk muka tapi my baby tidur lena dan buat tak layan jek. dia tidur tangan dan kaki semua kat muka. bayangkan la macam mana nak nampak muka dia. lama sangat tunggu tapi tak nampak jugak, dia mintak kami jalan-jalan dulu kat luar sementara dia scan orang lain. then dia panggil balik, kali ni memang lama la sebab sekali dengan detail scan but still my baby taknak tunjuk muka dia. memang naughty sungguh your baby dia cakap.


macam ni la my baby tiap masa
sorok muka dia dengan tangan n kaki dia....
tidur taknak layan kitorang....


After penat la memujuk si comel ni, ada la jugak nampak muka dia tapi sekejap jela. then dia letak balik tangan dia kat muka.siap nampak dia menguap dan menganga lapar. saya memang belum makan time tu. ada jugak dia senyum kejap then tutup muka balik. sabar jela. nasib baik la Miss Jezzlyn tu sabar orangnya. tak jemu-jemu pujuk baby tunjuk muka dia. nak tengok my baby?




 taraaaa.....





ni la muka dia yang mahal sangat nak tunjuk tu... (^_^)
still kecil lagikan,
kalau nak tengok yang dah tembam kena tunggu week 28
sekarang baru week 23.

so pada M2B yang nak scan 3D/4D ni, saya recommend sangat pergi dekat Miss Jezzlyn ni. memang puas hati sangat. so jom la pergi terjah ramai-ramai. jantina baby dah confirm, so boleh la shopping barang baby dengan konfiden lepas ni. apa yer jantina my baby? hehe biarlah rahsia dulu kan. nant teka bila saya dah beli barang baby yer.... (^_^)

p.s: berjaya jejakkan kaki dekat Pureen Warehouse Sale tadi...
       memang macam pergi berperang....
       tunggu next entry yer....(^_^)


DIKNA

Friday, November 16, 2012

pengalaman minum air gula yang...???


Salam,

saja nak share pengalaman baru dengan korang semua. sepanjang pregnancy ni banyak sangat benda baru yang saya belajar dan lalui. lepas ni mesti banyak lagi benda baru kan. hari ni pergi KK Bangi lagi padahal baru isnin hari tu pergi checkup, tapi disebabkan peningkatan berat badan yang sangat melampau so nurse suruh datang lagi hari jumaat iaitu hari ini untuk minum air gula.

selalu dengar ibu-ibu mengandung cerita pasal minum air gula ni. daripada cerita diorang tu minum air gula ni macam menakutkan jek. risau jugak sebenarnya masa tahu kena minum tu. tapi redha jela kan. nak buat macam mana, sapa suruh berat naik melampau-lampau. tapi itulah, selera makan ni lately memang tinggi. kejap-kejap dah lapar lagi. jom tengok berat badan saya dulu dan sekarang.

berat sebelum pregnant = 62 kg
berat after morning sickness sebulan = 58 kg
berat last month checkup = 61.5 kg
berat hari isnin (12/11/12) = 64 kg
berat hari ni (16/11/12) = 65.5 kg

see? naik dengan jayanya kan. takut tengok berat naik macam tu. sekarang baru 5 bulan setengah, so cuba bayangkan 9 bulan....huhu boleh bawak badan ke tak ek? hope boleh la, sekarang pun kalau jalan banyak sangat kaki ni memang lenguh dah. tapi asyik la nak berjalan jek. nasib baik la ada En. husband yang rajin urut saya....terima kasih wahai suami.. (^_^)

so berbalik kepada cerita minum air gula tadi. sampai KK dalam pukul 8 terus ambil nombor dapat la nombor 4028. kira lambat jugak la tu. then duduk tunggu sampai dia panggil, bila nombor naik, saya pun pergi ke bilik tersebut dan diberi satu borang dan jugak 2 botol kecil untuk letak darah tu. then tunggu giliran ambil darah, after that masuk bilik tadi balik dan ambil la 1 cawan air gula yang telah disediakan tu dan minum sampai habis. rasa dia? macam air gula la, memang sakit tekak minum. pekat dan manis sangat. yang saya dapat tu air gula biasa, tiada perisa mcm yang orang lain cerita. dah la kena puasa malam tu start 10 malam, then kene tunggu lagi 2 jam after minum air gula tu untuk ambil darah sekali lagi. memang hampir pukul 12 tgh hari jugak baru selesai semua. dah ambil darah kali kedua baru boleh balik. result tak tahu pun, maybe next check up kot.

tapi saya start dari ambil darah yang first tu dah mula pening kepala. maybe sebab tak makan kan. memang sampai tengah hari. then habis tu decide untuk pergi klinik untuk ambil mc, x larat sangat kepala ni pening lepas tu rasa macam nak muntah. dah dapat mc baru la pergi makan tengah hari. tu pun makan tak habis sebab perut dah masuk angin. memang aim nak balik rumah dan tidur jek. hasilnya saya tidur dari tengah hari tu sampai la ke petang. nasib baik sedar kejap pukul 3 lebih tu bangun dan solat zohor. then sambung tidur balik sampai 6 lebih. tu pun En husband kejutkan suruh solat asar. baru lega sikit pening kepala. punya lama la tidur kan. sekarang ni pun still pening-pening lagi. maybe terlebih tidur kot.

so itulah pengalaman saya. semua first time kan so banyak sangat benda baru yang saya tak tahu. hope baby sihat dan aktif jek cuma sekarang baby kurang gerak sangat. tapi bila scan macam aktif. doakan saya dan baby sihat selalu yer. gender baby doc tak confirm lagi so kita tunggu lagi sebulan.
ada masa nanti saya update lagi yer. bubye....


p.s: dah start beli barang baby sikit-sikit...(^_^)


DIKNA

Thursday, June 30, 2011

happy besday to adly cupak....


salam semua.....

budak kecik adly cupak dah berumur 2 tahun. besday dia sebenarnya awal bulan 6 aritu. disambut dirumah saya. tak sangka tiba-tiba die muncul bersama mak n ayah dia pada hari tersebut. masa tu saya tengah sibuk dengan persiapan nak bertunang so memang tak kemana-mana. saya ingat hari tu besday adly cuma tak sempat nak menjenguk dia.

alhamdulillah dia datang kerumah. walaupun menangis sebab tak mahu dengan kami semua kecuali mak dan ayahnye sahaja, tapi saya tetap happy sebab dapat sambut besday anak buah tunggal saya ni. sekejap jek rasanya dia dah pun berusia 2 tahun. mungkin kerana saya jarang berjumpa dia maka terasa macam sekejap jek masa berlalu.

ni jek gambar yang sempat diambil, tu pun sangat payah sebab sentiasa nak berkepit dengan mak n ayahnya. memang dia taknak dengan orang lain langsung. nak dukung dia memang takdela....




my adly cupak...
ternganga pulak ek.... (^_^)




with his mom...
kusyuk betol nak potong kek adly ni....

maaf kerana tiada hadiah buat adly tahun ini. bajet tiada kerana majlis pertunangan yang hampir dengan besday adly. InsyaAllah ada rezeki nant maksu belikan hadiah untuk adly k. semoga adly membesar dengan sihat dan bahagia dengan keluarga tersayang. semoga adly jadi anak yang soleh. walaupun kita jarang jumpa, tapi maksu sayang adly sangat-sangat..... (^_^)

p.s:  rindu budak kecik ini....

Saturday, November 13, 2010

binatang comel-comel...

                   (via)

sangat cute baby-baby ni with costume zirafah n elephant tu...gigit n picit nant tau la..suka sangat...(^_^)

p.s: bermasalah dengan baby...
      tengok diorang geram sgt...
      rasa nak picit kuat-kuat....haha (^_^)

aku suka baby

Thursday, June 17, 2010

dah macam pelakon shaolin soccer dah aku tengok....

hai semua...bosan tak tengok aku asyik update blog jek...yg latest about badminton tu bukan aku yang update tau...gmok yang update...aku tak mahir nak menaip entri bi 100% macam dia...huhu baru bercadang nak buat entri pasal tu tapi die dah buat dulu..so terbatal la satu entri from me...

korang pernah tengok tak cite shaolin soccer yang stephen chow berlakon tu...cite bola yang tak logik tapi sangat lawak dan best tu....huhu tiba-tiba teringat pulak cite tu bila tengok budak kecik masa datang umah dia baru-baru ni....budak kecik tu anak buah aku la, adly cupak...dia dah seminggu demam, naik campak bagai...now pun demam lagi. so hari tu aku g la melawat dia dengan my family...

tup tup aku sampai-sampai kakak ipar aku suh tengok something, suprise katanya...die tarik aku masuk dalam bilik, aku nervous betul, ape la agaknye ek...sekali memang terkejut beruk pun bila aku tengok budak kecik yang tengah tidur tu...OMG....kenapa die jadi macam tu...sangat kelakar...jom kita buat suprise ek...tengok before and after....

SEBELUM.....

*

*

*

my budak kecik, adly cupak...


SELEPAS

*

*

*


tengok la ape dah jadi kat rambut budak kecik
botak licin....huhu kelakar tengok...



korang tengok ni...sama kan...dengan bedak sejuk kat kepala tu lagi
kan dah macam pelakon shaolin soccer...(^_^)

kesian budak kecik dibotakkan kepala....mak dia botakkan sebab die ada masalah kat kulit kat kepala die tu...macam gatal-gatal then dia ni pulak suka garu kepala kalau nak tido...so habis la kepala dia luka-luka...teruk jugak la merah-merah kat belakang kepala dia tu...sebab tu la mak dia botakkan kepala dia so senang nak letak ubat dan bedak sejuk tu..bagi kurang gatal sikit....kesian budak kecik...asyik tak sihat jek...tengok la kat kepala tu bertampal cool fever jek...

semoga cepat tumbuh rambut tu yer budak kecik, kelakar maksu tengok fesyen baru adly tu....semoga cepat sembuh....tak sakit2 lagi dah...gigi die da tumbuh 2 batang..comel jek baru nampak pangkal gigi...huhu nanti maksu datang tengok adly lagi ek....sayang budak kecik ketat-ketat...(^_^)

p.s: dah macam kepala alien pulak bila botak ni kan...
      tak biasa tengok....huhu (^_^)

aku suka budak kecik botak tu..