Salam,
Semalam saya dan en husband berjaya menyerbu Pureen Warehouse Sale yang orang kata kalau pergi sana macam nak pergi berperang. actually saya pergi sekali dengan anak sedara, wife dan jugak anak beliau yang comei, Qisya. patutnya dia tak bawak anak kecik dia tu tapi takde siapa nak jaga so terpaksa la juga bawa. before pergi ni memang saya buat reseach dulu, baca blog orang yang pernah pergi untuk tengok apa yang selalu diorang beli, tip-tip penting, dan macam-macam lagi la. so takde la terkena kejutan elektrik kat sana sebab keadaan dia memang la macam kat medan perang.
kami bertolak dari rumah seawal jam 7 pagi, berkumpul di rumah mak saya. dalam pukul 8.30 kami dah sampai di depan pintu gate Pureen tu. memang dah penuh orang yang menunggu walaupun warehouse tu start pukul 10. hujan-hujan pun ramai yang sanggup tunggu. saya breakfast je dekat pintu pagar tu sambil menunggu. memang tabah betul M2B yang dah sarat-sarat tu tunggu, termasuk la saya kan. tapi saya takdela sarat. kalau dah sarat saya rasa tak sanggup kot.
Dalam pukul 9.30 pagi diorang dah bukak pintu pagar tu, Ya Allah, berebut-rebut semua orang nak masuk macam kambing terlepas kandang....huhu berhimpit-himpit. boleh penyek perut sebab bertolak-tolak. then semua orang berlari-lari sampai la ke stesen hujung di belah belakang kilang iaitu tempat baju. tip penting adalah sambar jek apa yang tercapai dan masukkan dalam beg ikea biru yang dibekalkan then baru pilih kat tepi. memang kalau tak buat macam tu alamatnya korang tenung jek la rak baju yang kosong tu.
ni keadaan bawah khemah depan pintu pagar Pureen tu...
memang bersesak-sesak...
belum pukul 9 lagi time ni...
ni pula di belakang khemah
sampai kat jalan raya pun penuh orang....
kami semua pakat sambar dan duduk kat tepi pilih, itu pun yang murah macam RM1, RM3 tu memang tak banyak yang dapat. saya dapat banyak yang RM10, RM15 jek. memang cepat betul orang sambar yang tu.so bermulalah aktiviti memilih, tengok saiz dan design yang kitorg berkenan. memang rambang mata la, tapi tengok yang orang lain sambar lagi la jeles sebab cantik-cantik. tapi dah tu jek rezeki, terima jela kan. sementara pilih tu, orang bertambah ramai memang sesak sangat. dah siap pilih, kitorg pun bergerak ke stesen seterusnya di bahagian depan.
saya bersama anak sedara n wife dia serta anak kecik beliau
tengah duduk memilih baju yang sesuai...
memang penuh sangat orang kan...
di bahagian depan ada barangan lain seperti pampers, toileteries, accessories baby, napkin, botol susu, baby wipes, detergent dan macam-macam lagi. dekat sini pun penuh jugak, memang berlaga-laga perut la nak lalu tu. tapi memang murah la. semua orang borong berkotak-kotak. kitorang just ambil apa yang diperlukan jek. tu pun x ambil banyak. dah siap semua, kene tempuh lagi satu proses yang panjang jugak iaitu bayar. memang panjang sangat barisan. nasib saya baik sebab anak sedara memang dah beratur kat depan. dia panggil jek kami. alhamdulillah, dalam pukul 11.30 semua dah settle.
ni pula di kaunter bayaran....
tu en husband dan jugak anak sedara tengah tunggu cashier kira...
saya dah duduk kat tepi dah tolong tengokkan qisya..
memang satu pengalaman yang menarik la sebab sampai ada yang nak bergaduh-gaduh kat situ. yela, orang dah ramai-ramai, bertolak-tolak tu perkara biasa la. ini orang tu siap marah pulak, konon-konon macam tak puas hati dengan dia. apa kejadahnya. dah memang sesak, biasala tu kan tertolak, terlanggar, tersiku or whatever. kalau korang memang tak reti sabar dan tak boleh bersentuh langsung dengan orang lain, tak payah la pergi tempat macam ni. pergi jela shopping kat supermarket yang besar-besar tu, mothercare ke kan. memang takde siapa nak tolak korang. tak faham betul dengan manusia macam ni.
bagi saya, sangat berbaloi-baloi pergi sini walaupun terpaksa bersesak-sesak. barang dia sangat la murah. lebih-lebih lagi baju baby. memang best sangat la. kat luar tak dapat harga macam tu. nak kata design tak lawa, sangat comel-comel tau. next time, maybe boleh la pergi lagi tapi kalau en. husband sanggup la. saya ok jek. (^_^)
p.s: nak tengok apa yang berjaya disambar
tunggu next entry yer...(^_^)
DIKNA
No comments:
Post a Comment