Image

Image

Pages

Friday, August 5, 2011

Dugaan Bertunang...

Salam semua...

Entri ni ditulis sebab sekarang ni asyik dengar kes putus tunang jek. baru aritu khairul fahmi che mat @ apek putus tunang now terbaca ally iskandar pulak putus tunang. sedikit sebanyak tempias jugak la dekat sini. diorang ni tunang baru jek tapi dah putus. macam-macam kes kan. mest korang semua tau kan. kalau tak tau boleh baca kat sini dan juga sini.

Hebat betul yer dugaan bertunang ni. macam-macam punca. tapi respek dengan ally sebab putus secara baik. selesaikan pun secara dewasa. mungkin dah bukan jodoh mereka. kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. kene la terima dengan redha. tapi walau apapun kita sebagai manusia boleh berusaha untuk menyelamatkan relationship tu.


pic source : here


Dah terlanjur baca kes-kes mereka tu, gatal la pergi search pasal dugaan bertunang. banyak rupanya orang post pasal dugaan bertunang ni. ada macam-macam kes, macam-macam dugaan. agak menyeramkan jugakla baca. dah kita pun termasuk dalam kategori orang bertunangkan. actually dari zaman sekolah dulu saya memang fobia dengan ikatan tunang ni. ntah la, maybe sebab banyak sangat dengar cerita yang -ve kan. sampai saya selalu bitau kawan-kawan yang saya tanak bertunang, nak kawin jek terus. memang x pernah berangan nak bertunang pun. sebab tu ramai yang terkejut bila saya cakap nak bertunang hari tu. tapi dah memang ditakdirkan untuk saya bertunang, maka disini la saya ketika ini. (^_^)

Alhamdulillah setakat ni kami okey. memang takde la perkara yang menyebabkan gado besar. kalau gado manja sikit-sikit tu ada la. tapi sama macam post-post yang saya baca, masa bertunang ni hati ni memang sangat sensitif la. sikit-sikit nak mara, nak merajuk. ada jek yang tak kena. bukan encik tunang tapi saya la yang bermasalah tu. macam PMS jek tiap-tiap ari. baru sebulan lebih jek. bukan tu jek, airmata ni pun murah jek nak turun. hati kecik betul. kenapa macam tu yer?? kalau terasa tu mulalah rasa yang bukan-bukan, dia dah tak sayang la, pentingkan benda lain la, ada orang lain la, dah menyampah la. entah apa-apa yang terlintas. nasib baik la still boleh berfikir dengan waras lagi lepas tu. nasib baik jugak la encik tunang saya tu penyabar orang nya. kalau nak ikut perangai saya yang tak sabar ni memang lagi huru-hara la jadinya.

Tapi saya sedar la yang perangai saya ni sangat terok sebab sensitif sangat tapi memang tak boleh nak dielakkan. tiba-tiba jek memang akan macam tu. or memang perangai saya macam tu ek. haha hanya encik tunang jek la yang tau. mungkin tu semua dugaan. terima kasih to encik tunang yang sabar melayan. sori sebab selalu menyusahkan. apepun saya hope hubungan ni berkekalan hendakNya. Aminnn... (^_^)


"Relationship last long because two people made a choice:
To KEEP it, FIGHT for it, and WORK for it."
quotes from TheNotebook


6 comments:

  1. haha..knp cik..sedey eh?? hehe tetibe aku ternampak post ko yg baru 2 minit ni..so aku click!

    ReplyDelete
  2. hehe x sedey la kak mar..ini namanya post nak beri peringatan kat diri sendiri...:)

    ReplyDelete
  3. mya: hehe ape yg lebey kurang tu mya?

    ReplyDelete