Image

Image

Pages

Friday, August 19, 2011





"The happiest people don't have the best of everything, 
they just make the best of everything they have"
Quote from TheNotebook 

Friday, August 5, 2011

Dugaan Bertunang...

Salam semua...

Entri ni ditulis sebab sekarang ni asyik dengar kes putus tunang jek. baru aritu khairul fahmi che mat @ apek putus tunang now terbaca ally iskandar pulak putus tunang. sedikit sebanyak tempias jugak la dekat sini. diorang ni tunang baru jek tapi dah putus. macam-macam kes kan. mest korang semua tau kan. kalau tak tau boleh baca kat sini dan juga sini.

Hebat betul yer dugaan bertunang ni. macam-macam punca. tapi respek dengan ally sebab putus secara baik. selesaikan pun secara dewasa. mungkin dah bukan jodoh mereka. kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. kene la terima dengan redha. tapi walau apapun kita sebagai manusia boleh berusaha untuk menyelamatkan relationship tu.


pic source : here


Dah terlanjur baca kes-kes mereka tu, gatal la pergi search pasal dugaan bertunang. banyak rupanya orang post pasal dugaan bertunang ni. ada macam-macam kes, macam-macam dugaan. agak menyeramkan jugakla baca. dah kita pun termasuk dalam kategori orang bertunangkan. actually dari zaman sekolah dulu saya memang fobia dengan ikatan tunang ni. ntah la, maybe sebab banyak sangat dengar cerita yang -ve kan. sampai saya selalu bitau kawan-kawan yang saya tanak bertunang, nak kawin jek terus. memang x pernah berangan nak bertunang pun. sebab tu ramai yang terkejut bila saya cakap nak bertunang hari tu. tapi dah memang ditakdirkan untuk saya bertunang, maka disini la saya ketika ini. (^_^)

Alhamdulillah setakat ni kami okey. memang takde la perkara yang menyebabkan gado besar. kalau gado manja sikit-sikit tu ada la. tapi sama macam post-post yang saya baca, masa bertunang ni hati ni memang sangat sensitif la. sikit-sikit nak mara, nak merajuk. ada jek yang tak kena. bukan encik tunang tapi saya la yang bermasalah tu. macam PMS jek tiap-tiap ari. baru sebulan lebih jek. bukan tu jek, airmata ni pun murah jek nak turun. hati kecik betul. kenapa macam tu yer?? kalau terasa tu mulalah rasa yang bukan-bukan, dia dah tak sayang la, pentingkan benda lain la, ada orang lain la, dah menyampah la. entah apa-apa yang terlintas. nasib baik la still boleh berfikir dengan waras lagi lepas tu. nasib baik jugak la encik tunang saya tu penyabar orang nya. kalau nak ikut perangai saya yang tak sabar ni memang lagi huru-hara la jadinya.

Tapi saya sedar la yang perangai saya ni sangat terok sebab sensitif sangat tapi memang tak boleh nak dielakkan. tiba-tiba jek memang akan macam tu. or memang perangai saya macam tu ek. haha hanya encik tunang jek la yang tau. mungkin tu semua dugaan. terima kasih to encik tunang yang sabar melayan. sori sebab selalu menyusahkan. apepun saya hope hubungan ni berkekalan hendakNya. Aminnn... (^_^)


"Relationship last long because two people made a choice:
To KEEP it, FIGHT for it, and WORK for it."
quotes from TheNotebook


Thursday, August 4, 2011

dating plus harry potter 7

salam semua....

dah lama sangat tak update cerita dating kan. dah lama tak pergi dating memang la tak update. kalau jumpa dengan encik tunang tu selalu la but dating secara proper tu memang dah jarang sangat. dah jarang sebab encik tunang busy dengan job die hujung minggu. so saya hari minggu terperap jela dekat rumah. selalu jek macam rindu nak gi dating sebab nant excited nak bersiap, nak siap cantik-cantik...huhu cantik la sangat kan. walaupun berpuluh ribu kali pun pergi dating tapi mesti rasa excited macam nak pergi first date. haha agak gedik disitu.

before puasa hari tu berjaya jugak la pergi dating dengan encik tunang. tu pun after balik ot hari sabtu. lokasi macam biasa la alamanda tercinta. aktiviti yang kami buat macam biasa la, tengok movie dan makan. movie kali ni movie fav saya la....harry potter


dah habis dah...pasni no harry potter lagi


agak sedih sebab dah habis. memang dari dulu tak pernah miss tengok harry potter. seat paling hadapan pun saya sanggup tengok. rasanya bukan ni kali pertama tengok harry potter seat depan. huhu excited jugak nak tengok walaupun sakit tengkuk lepas tu. takpela, last time kan. pasni dah takde dah...

best ke Hp7 ni? overall ok la bagi saya. tapi kelakar part yang last sekali time semua dah jadi tua dan dah ada anak tu. comel jek tengok diorang dah jadi mak n bapak. hantar anak pergi hogwart. huhu



pasni dah takleh tengok mereka lagi.
suka tengok hermoine n ron...(^_^)

tu jela aktiviti dating kali ni. makan pun before tengok movie. makan sizzling yang nyum nyum. tapi kalau dapat sizzling kat mines mest lagi sedap....takpela, next time pulak. if dating lagi la...(^_^)

p.s: tak sabar nak shopping baju raya...tibe-tibe (^_^)

Wednesday, August 3, 2011

menu ramadhan hari ketiga

salam semua...

pejam celik dah masuk hari ketiga kan. korang berbuka apa hari ni? mesti meriah kan..hehe jom tengok menu berbuka saya hari ni ek....



kari ayam + roti jala + ikan pekasam


simple jek menu hari ni. sebab nak buat roti jala so buat la lauk kari ayam jek kan. first time masak roti jala, so jangan pelik pulak dengan rupa roti jala yang tak seberapa tu ek. huhu next time boleh try buat dengan lebih comey lagi. kari pun first time jugak masak...hehe my mom kata kurang garam. dah nama pun puasa kan, mana boleh rasa...takpela, yang penting cuba. ikan pekasam tu macam biasa la goreng dengan cili api dan bawang. perah asam limau then boleh ngap...memang maveles. (^_^)

p.s: pukul 10 jek ngantok...     

rumah saya pun 1malaysia....

salam semua...

nak kenalkan korang dengan masyarakat 1 malaysia kat rumah saya. meriah kalau berada dirumah. riuh rendah tunggang terbalik pun boleh dengan mereka ni. paling best sebab suara merdu diorang ni la. rasanya pernah kot saya cerita pasal mereka ni. but dulu tak meriah lagi. now makin meriah. kenalkan, masyarakat majmuk dirumah saya....



inilah masyarakat majmuk berbilang kaum...
itik putih dan itik hitam juga angsa kelabu
now tambah lagi angsa putih dan juga itik nila...

gambar ni dah lama dah, sekarang mereka ni dah gemok besar dah. setakat ni kat rumah saya ada 3 ekor itik hitam, 3 ekor itik putih tu, seekor itik nila, 3 ekor angsa kelabu dan juga dua ekor angsa putih. so total semua 12 ekor. huhu my mom dah buatkan rumah mereka siap dengan kolam renang dan juga tempat bertelur. complete set betul-betul belakang my room...so memang sangat harmoni la kalau mereka ni bising. tidur mati pun boleh terjaga. 



ni la kolam renang mereka ni. air kolam ni diganti seminggu sekali. jenuh la kalau ganti tiap-tiap harikan. tapi kalau baru tukar air kolam ni, memang semangat diorang ni terjun mandi manda beramai-ramai. sangat terhibur tengok dorang. but this one baru one part of masyarakat 1malaysia kat rumah saya. ada lagi yang lain. but next time saya cite yer...


p.s: jam loceng paling best setakat ni adalah suara mereka...(^_^) 


Tuesday, August 2, 2011

menu berbuka ramadhan kedua...

salam semua...

selamat berpuasa diucapkan kepada semua, tak terlewat lagi rasanya nak wish kan. dah masuh hari kedua dah kite berpuasa. now hari-hari excited nak tunggu waktu balik 4.30 ptg. nak balik rumah dan wat aktiviti masak-masak. so kite cerita menu berbuka la ek kali ni.

menu hari pertama iaitu semalam adalah ikan keli bakar + air asam + terung goreng cili api + cempedak goreng + durian + air yeos campur dan jugak air bandung. sedap kan kan.... (^_^)

menu hari kedua pula???



sambal ikan keli, sayur buncis + carrot goreng bersama telur
dan juga cempedak goreng



tauhu sumbat dan juga sambal.


ikan keli tu memang hidangan wajib tiap-tiap minggu. tu yang hari-hari pun ikan keli tapi my family memang suka. sambal tu nampak hitam sebab cili kering tu kaler nyer merah kehitaman. so sambal nyer tak jadi merah. sambal tu my mom masak. memang sedap hingga abg amir tambah nasi 3 kali. memang pantang nampak ikan keli die tu. huhu sayur n tauhu tu plak saya yang masak. now dah kekenyangan. esok kite update menu lain pulak ek... (^_^)

P.S: hari kedua ni mengantok sangat la...
       terlebih tidur pun ngantok kan...