Image

Image

Pages

Friday, June 11, 2010

aku bersyukur.....

hai semua...hari ni awal pulak nak menaip dalam blog ni...ada benda yang nak dikongsikan bersama kawan-kawan. hari ini result final exam keluar. actually dah tengok tengah mlm tadi. alhamdulillah aku berjaya bergraduat...huhu ayat skema betul...berjaya mendapatkan segulung ijazah, so now officially aku dah habis belajar la hanya menunggu konvo....

my result...tengok sikit jela ek...

walaupun agak kecewa sedikit dengan result tu, dan kecewa dengan cgpa yang lagi secubit jek nak dapat 1st class...tapi aku tetap bersyukur. memang setakat tu jek rezeki untuk aku.tapi aku puas hati aku dah usaha sebaik mungkin selama 4 tahun ni...tahniah untuk diri sendiri...tahniah jugak kepada rakan-rakan seperjuangan. tahniah jugak untuk cik wawa yang dapat first class dan now dah keje dah pun...happy tengok orang dapat apa yang dia impikan...as for me, maybe that was good enough...impian untuk dapat first class tu tak dapat nak dilaksanakan....adik mintak maaf yer mak, hanya tu jek yang adik mampu...

apapun, tanpa mereka yang penting dalam hidup aku, aku takkan jadi aku sekarang. so terima kasih untuk semua yang banyak membantu, memberi sokongan dan galakan kepada aku dalam tempoh 4 tahun ni. terima kasih untuk my family yang sentiasa bagi sokongan, mak yang memahami kesibukan aku belajar, kaklong yang selalu memberi sokongan dan jugak abang-abang aku.

terima kasih jugak kepada ezad yang selalu jadi sumber inspirasi untuk aku terus belajar dan berjaya. thank u so much. dia yang banyak ubah cara aku, bagi aku semangat, tak jemu-jemu berleter kalau aku malas belajar, bagi nasihat sampai aku boleh jadi diri aku sekarang....terima kasih banyak-banyak...hope aku dapat jadi someone yang seperti itu untuk die one day...tak lupa jugak untuk my bff, farah nur ain yang selalu memberi perangsang...bagi kata-kata semangat...tak pernah lupa wish good luck bila aku exam...terima kasih banyak-banyak...sayang korang semua ketat-ketat....(^_^)

kepada rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas bantuan yang korang berikan, ilmu yang korang kongsikan...ida, wawa, sherina....terima kasih atas semuanya...semoga kita sama-sama berjaya dapat kerja yang baik dan ada kehidupan yang baik...sampai bertemu lagi bulan 10 nanti masa konvo...insyaAllah....now its time to melangkah ke fasa baru kehidupan....alam kerjaya...good luck semua...(^_^)

p.s: mimpi aku dapat 4 flat
      sampai menangis dalam mimpi tu...
      hakikatnya itu hanyalah mimpi... (T_T)

aku yang bersyukur

6 comments:

  1. tahniah dikna..takpela...tu rezeki..ok pe nak first clas..so now tengah cari keje ke...:)

    ReplyDelete
  2. thanks icee...sebab lagi sikit tu yg frust skit..huhu takpela, bersyukur kan...now baru leh cari keje...;)

    ReplyDelete
  3. Tahniah dekna! Yeay! Merdeka! Xpe..w'pn x dpt 1st clss yg ko nk result ko tu pn da ckup bgus! Cayala! Hehe pasni join ktorg yg b'kerja ni ye! ;-D

    ReplyDelete
  4. thanks kak mar...tak sabar nak join korang jadi orang bekerjaya...huhu:)

    ReplyDelete
  5. GILER KENTANGGGGGGGG.. aku da kata.. msti dean list la ko..hohoho.tahniah²

    ReplyDelete
  6. kentang la sgt...huhu tima kasih la cik fawah...:)

    ReplyDelete