Image

Image

Pages

Friday, July 23, 2010

Restoren Mohd Chan Abdullah

hai semua, harini kene update banyak benda, esok2 taktau ada masa ke tak nak update...takpe, akan ku usaha sedaya upaya...so ni alkisah semalam, habis hantar dokumen untuk fasa pertama, kira habis kat satu kawasan la, lega sangat rasa coz pening kepala nak siapkan, berkampung la dekat bilik gerakan tu dari pagi sampai malam....akhirnya selesai jugak...so nak release kan tekanan mental, ajak la gmok gi dinner...tu pun sebab habis tu awal before kul 8 malam....tapi gi makan nyer lambat jugak sebab tunggu gmok siapkan keje dia...takpela, yang penting makan...huhu

dua-dua duk berborak jek sampai tak decide nak gi makan katne, aku ni drive jela tanpa hala tuju...ikut la mana tangan ni nak pusing stereng tu...mula-mula nak makan kat bangi kopitiam (dah try haritu, sedap dan murah tapi tak review kat sini..nantila ek..) pastu gmok cakap die ada baca review pasal restoren mohd chan abdullah yang katanya sedap...so kami ni memang la suka nak try try ni...lajulah aku gi tuju restoren tu yang baru bukak cawangan kat bangi ni...

tengok ramai orang, so dapat la seat kat sebelah tempat die serve makanan dari dapur tu...layan jela, dia bagi menu..mak aih, mahal bebenor...aku niat nak makan bese-bese jek...tapi takkan nak blah pulak dah duduk, muka kami dah terkebil2 pandang menu tu...last-last gmok order la ape yang patut....macam bese la kami makan nasi putih dan lauk pauk, bajet macam makan kat tmpt lain la...sekali dia hidangkan, terbeliak bijik mata aku tengok...

tomyam seafood kot nama dia..huhu tak sure


thai tauhu kot...haha 


kangkung goreng belacan sedap...

thai chicken yang rangup dan enak..

saiz hidangan die tu yang wat aku terbeliak biji mata...kami berdua jek kot tapi saiz hidangan macam nak makan satu family...aku dah gelak-gelak ngan gmok, yela, mesti orang kat meja lain tu cakap kitorang ni kuat makan sampai order banyak macam tu...tapi memang die takde saiz lain, tomyam tu la paling aku takleh terima....banyak gile kot, selalu makan kat kedai lain dia bagi mangkuk macam mangkuk mee sup tu, ni die bagi satu mangkuk besar selalu tempat letak nasi tu....sesak nafas gak la nak habiskan semua makanan tu....

tapi tomyam tu memang mustahil la nak habiskan berdua, tu untuk makan 4 hari gmok cakap....kami baru nak try kan. so taktau la style die macam tu....sama macam kes kat tupai-tupai hari tu la, patut la mahal, dah saiz nyer besar....tapi semuanya sedap belaka, puas hati la jugak walaupun bankrap gmok malam tadi...huhu tomyam tu tak luak langsung, kitorang senduk kat mangkuk kecik tu ada la dalam dua senduk sorang, yang lebih tu gmok suruk waiter tu bungkuskan, adalah dalam satu plastik besar...aku bawak balik umah dan dah selamat dimakan tgh hari tadi...membazir pulak nak tinggalkan sebab banyak sangat....

so total semua harga makanan tu plus air jus tembikai dan jus oren adalah RM49++ untuk dua orang tapi makanan dia macam untuk 5-6 orang...huhu kira ok la tu, tapi pasni kalau nak makan kat sana bila ramai-ramai sesuai la..kalau berdua, makan yang nasi goreng die or mee boleh la...so pada sesiapa yang nak blanja kawan-kawan or family makan boleh la try restoren ni...berbaloi-baloi kalau makan ramai-ramai untuk menu macam tu... ada banyak menu lain yang korang boleh pilih....nak tengok apa yang ada boleh gi kat website die....

yang ni from their website..

Bandar Baru Bangi
No 30, Jalan Medan Pusat 2c,
Pusat Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor

aku bagi yang kat bangi jek ek...yang tempat lain tu korang boleh tengok kat website die....so selamat mencuba...(^_^)

p.s: macam-macam jenis restoren dah bukak kat bangi ni..
      makin malas la orang bangi masak pasni....(^_^)

tak salah mencuba

4 comments: