hai semua, asyik cite tempat makan jek...dah la bulan puasa, takut korang terliur pulak kalau baca siang-siang hari, so kita ubah dulu topik lain ek...nak share ngan korang novel best ni...by cecelia ahern jugak sama seperti novel the book of tomorrow yang aku cite aritu....yang ni baru jugak habis baca...tajuk dia THE GIFT tapi yang ni extreme coz aku baca b4 tido dan sambung lepas sahur trus habis satu buku aku khatamkan....sebab dia best...
cantik kan...boleh terus bagi sebagai hadiah...
but novel ni boleh jadi gift yang paling best untuk mereka yang mengabaikan orang yang tersayang yang ada disekeliling mereka sebab terlalu sibuk dengan tuntutan kerja....kalau ada orang begitu dalam hidup kalian, korang boleh hadiahkan novel ni untuk sedarkan mereka betapa pentingnya hubungan dengan keluarga dan juga yang tersayang....kerja bukan segala-galanya....tak guna kita berada di atas kalau keluarga diabaikan...itu yang cuba disampaikan dalam novel ni....gift dalam novel ini pada pandangan aku adalah masa...hargailah masa selagi masih ada....
but still ada unsur fantasi lagi la kalau novel cecelia ni....WHAT IF??? tu yang dia cuba sampaikan dalam novel-novel dia....aku tabik spring kat dia sebab boleh terfikir benda-benda yang dibuat cerita dalam novel dia....sebab aku pun tak terfikir.....sangat best novel ni...aku bagi ibu jari ke atas untuk novel ni dan cecelia....after ni habiskan koleksi novel PTS pulak....kaklong dah bagi stok baru....adalah dalam berpuluh jugak buku yang dia bagi....so selamat membaca untuk aku sempena aku bakal jadi penanam anggur balik next week...(T___T)
p.s: aktiviti yang nak dibuat untuk
tempoh menganggur seterusnya dah dirancang
selamat mengganggur kembali untuk aku...(^_^)
aku dan novel pulak
memang cutela buku ni:)siap ada riben lagi
ReplyDeletehehe comel kan...;)
ReplyDelete