Image

Image

Pages

Wednesday, September 8, 2010

dah nak raya dah...

salam, pejam celik pejam celik, ramadhan sudah sampai penghujungnya dan syawal pula bakal menjelma...tahun ini macam biasa aku bakal beraya di rumah sendiri, maklumla my mom sudah jadi yang paling veteran diantara sedara mara so rumah aku jadi tempat pertama yang diziarahi sanak saudara pada hari raya pertama..lagipun aku memang duduk kat kampung pastu rumah sedara mara jek keliling ni...tapi mungkin petang hari raya pertama aku akan pulang ke tanjung karang, kampung arwah ayah aku untuk menziarahi pusara beliau pada pagi hari raya kedua nanti...memang itu rutin kami sekeluarga setiap tahun...

perancangan seterusnya mungkin kami akan pulang ke kampung mak di kuala kangsar...sudah lama rasanya tak beraya disana sejak mak ngah tiada..best beraya kat sana, boleh makan laksa kuala, jalan-jalan  dan berfotogedik di bandar kuala kangsar yang cantik tu...

tahun ni abg aku akan beraya bersama kami pada hari raya pertama...sudah lama kami tak beraya bersama satu keluarga sejak dia berumahtangga...itulah jadinya kalau istilah bergilir balik kampung tu tak wujud kan...berat sebelah jek tiap tahun...walaupun tahun ni dia bakal beraya dengan kami, tapi hanya raya pertama sahaja...selepas itu beliau bakal pulang ke kampung wife nyer seperti tahun-tahun yang dulu dan pasti seminggu disana seperti biasa...sudah lali dengan kerenah mereka sampai dah malas nak cakap apa dah...alasan yang sama tiap tahun, rumah kami dekat..rumah dia jauh..so raya kene balik rumah dia jek..Ya Allah, semoga tidak ada lagi yang akan jadi begini dalam keluarga ini...aku sangat simpati melihat emak yang selalu sedih sebab tak dapat beraya bersama anaknya..semoga kami yang lain tidak akan begitu...

pada gmok yang jauh dimata, semoga dia beraya dengan gembira dan sihat hendaknya..harapan mahu beraya bersama pada hari raya pertama nampaknya tidak tertunai untuk tahun ini...sila jangan lupakan hamba disini yer...jaga diri baik-baik...

di kesempatan ini, aku ingin meminta ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini, maaf andainya aku ada terkasar bahasa, tersilap bicara, termarah, terkutuk...ampun maaf dipinta...pada yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing, berhati-hati dijalan raya...semoga semua selamat dan dapat meraikan hari raya dengan gembira...so dengan itu, selamat hari raya...(^_^)

p.s: shopping raya untuk tahun ni dah complete
      so dah boleh raya dah...(^_^)

aku tak sabar nak raya

2 comments:

  1. salam aidilfitri kak.. maaf zahir batin.. maaf kalo de tersilap kasa, terguris rasa.. semoga syawal ni memberi 10001 keberkatan kepada akak dan sekeluarga

    ReplyDelete
  2. terima kasih ain...selamat hari raya jugak k..:)

    ReplyDelete