tajuk cerita jek sudah cukup menggambarkan semuanya..but ni bukan nak cerita pasal cerita bertajuk stairway to heaven versi korea but versi filipina. jalan cerita sama jek kot, saya cakap kot sebab saya tak tengok yang versi korea tu, now tengah ditayangkan di tv3 adalah cerita versi filipina tersebut. jarang tengok tv sebenarnya but masa tengok awal cerita ni rasa tertarik pulak dengan pelakon kanak-kanak dia yang comel..jalan cerita dia pun sweet jek masa diorang kanak-kanak tu...bayangkan la kanak-kanak pun ada cinta sejati jugak..siap ada scene nangis-nangis kat airport macam cerita org dewasa...tapi sangat comel la..sweet jek...
now watak die dah jadi dewasa la, tapi still suke sebab hero n heroin die sama cantik, sama padan. hero nyer sangat hensem, kaya dengan badan sasa, ala macam hero yang selalu digambarkan dalam novel tu la kirenye...heroin dia pulak sangat cantik, slim dan yang penting haruslah baik kan...standard la cerita..but benda yang buat saya suka dengan heronye tu adalah kerana dia sangat setia, sanggup berkorban apa jek dan paling sweet dia tak boleh lupa kekasih dia walaupun kekasih dia time tu sudah mati...memang terharu la tengok laki tu..suka tengok dia jadi macam giler sebab kekasih dia tu...well biasa la, cerita memang la kene romantik, setia pada yang satu jek...
paling menarik adalah mural yang dilukis oleh tristan dekat taman tema tu, tajuk mural tu sama dengan tajuk cerita tu, dan diilhamkan oleh lelaki tu untuk abadikan kekasih dia disitu...lukisan tu sangat cantik....gambar tangga yang berada di atas awan dan di atas penghujung tangga tu ada lukisan perempuan itu...pendek kata stairway to heaven la tu kan...memang terharu la pmpn tu tengok...actually perempuan tu tak mati tapi hilang ingatan dan disembunyikan oleh tristan yang jugak ada hati pada dia selama lima tahun dan bayangkan la lelaki tu tetap takleh lupa jugak selama lima tahun...adik tristan pulak ada hati pada lelaki hero cite ni...tapi selalu sangat termiss tengok cite ni...biasala cite panjang-panjang ni kan konflik dia tak habis-habis so kadang-kadang macam takde mood jek nak tengok sebab asyik berkonflik jek...
but tetap rasa cerita ni sweet dan comel...kerana kesetiaan yang ditunjukkan...lelaki tu sampai sanggup lepaskan semua harta, kemewahan dan kekayaan dia dan jugak pangkat dia demi perempuan itu...wah wah sangat comel dan tidak logik kan...huhu tipu la orang yang dah biasa hidup mewah mampu nak hidup susah tanpa ada duit satu sen pun...semua kene tarik...but of coz la sebab itu hanya cerita...tak tau la kalau wujud di dunia realiti ni...cerita selalu menjadikan kita kuat berimaginasi, berfantasi dan berjiwang karat...hehe but papepun layan jela cerita itu sekadar hiburan dikala bosan...so jom kita lihat hero dan heroin nyer ek...
ni la hero nyer..
nama dia cholo...
selalu kul 3 jek saya memekak panggil mak saya cakap cholo dah start
sambil tu saya berlari-lari keluar bilik nak tengok cholo
yang ni heroin nyer...dia ada dua watak
jodi or jenna...cantik kan??
tapi dia jadi jodi ke jenna ke, cholo tetap suka dia...
beruntung betul perempuan ini..
dalam cite ni la...huhu
ni mereka berdua dalam salah satu scene dalam cite tu
tapi kadang-kadang aksi dorang ni over jugak la..
romantik terlebey...hehe but still comel.
so pada yang ada masa terbuang macam saya boleh la layan cerita ni di tv3 setiap hari isnin hingga khamis pukul 3 petang...minggu ni memang tak tengok langsung so taktau la apa yang dah jadi kat cholo dan jodi sekarang...btw, selamat menonton k...(^_^)
p.s: asyik kongsi pasal movie jek
sesekali kita kongsi cerita di tv pulak...(^_^)
aku yang suka cholo
hahaha mcm bese, apis jeles...;p
ReplyDelete