Image

Image

Pages

Wednesday, July 27, 2011

senyum (^_^)

salam semua...

senyum, tak perlu kata apa-apa...hehe sila senyum sekarang. kenapa tiba-tiba nak bercakap pasal topik senyum ni ek? just wonder adakah terlalu susah untuk seseorang itu memberi senyuman? senyum itu kan satu sedekah. tapi kenapa still ada mereka-mereka ini yang susah sangat nak senyum. maksud saya disini bukanlah senyuman yang berbaur kegatalan itu yer. takdela tiap kali terserempak dengan sapa-sapa terus sengih jek tak tentu pasal. itu dah lain dah tu. orang cakap tak betul pulak nant.

selalu pagi-pagi tiap kali pergi kerja, mest rasa macam takde mood, malas jek. but bila sampai dekat guard, angkat tangan then diorang pun senyum. kite balas balik senyum. saya dapat rasakan yang hari itu jadi lebih ceria. muka muncung itik pun terus hilang. itu bagi kes yang membalas senyuman la kan. but cuba kite tukar situasi bila kita senyum kat sapa-sapa yang kite jumpa especially yang kite kenal or kita hormat la kan then turn out dia langsung tak balas senyuman kita dan even worst bila dia tak pandang langsung pun kita walaupun hakikatnya kita depan mata dia. Pernah tak korang berada di situasi itu??

saya dah banyak kali kena macam tu, dengan orang yang sama pun berkali-kali...memang hari yang ceria boleh bertukar jadi hari yang gelap dan suram....memang rasa nak marah sangat...dalam hati berkali-kali tanya susah sangat ke nak senyum?? mati ke kalau senyum. tipu la kalau nak cakap tak nampak, memang kompem berselisih...then solution yang saya wat, tiap kali terjumpa, terserempak dengan orang begitu, saya pun buat-buat tak nampak dan buat muka bodo jek...sangat tidak seronok yer buat macam tu...macam orang sombong dan bongkak...

sedikit sebanyak rasa hormat tu kurang pada mereka yang macam ni. tak kisah la kita ni berpangkat ke, lebih pandai ke, lebih kaya ke, lebih segala-galanya ke, kita tetap manusia biasa dan tetap sama disisi Allah. saya rasa adalah tidak patut berkelakuan begitu even kita berada diatas pun. macam mana orang nak hormat kita kalau kita sendiri tak reti nak hormat orang lain. tak salah kalau senyum, takde nyer kita jadi lebih miskin, buruk dan hina kalau memberi senyuman. tapi macam tu la lumrah kan, manusia ni ada bermacam ragam dan perangai. terima jek la apa seadanya. now dah faham orang begitu, kita pun buat jugak la begitu. dah penat dah malu sebab rasa macam senyum kat dinding. even senyum kat kucing pun dia balas dengan bunyi meoowww dia tu, manusia pulak yang tak reti nak berperangai macam makhluk yang berakal....

p.s: dah tak tahan lagi dengan sikap segelintir manusia
       yang sombongnya terlampau...

2 comments: